Oh! La La merupakan sebuah filem animasi 3D CGI muzikal pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem ini telah ditayangkan di pawagam pada 28 Mei 2015.[3]

Oh! La La
Poster filem Oh! La La
PengarahDatuk Abdul Rahman Sallehudin
Dihasilkan olehDatuk Abdul Rahman Sallehudin
Dibintangi(suara)
Syed Atiq
Nur Nazliah
Juhan Junaidi
Syarikat
penerbitan
Infinite Motion
Tarikh tayangan
28 Mei 2015
Masa tayangan
97 Minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
BajetRM 4 juta[1]
Pecah panggungRM 37, 000[2]

Sinopsis sunting

Penerbitan sunting

Penerbit dan pengarah filem ini, Datuk Abdul Rahman Salehuddin memberitahu bahawa beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan filem ini pada tahun 2009 selepas menonton filem-filem animasi luar negara seperti Show White, Toy Story dan Brave. Setelah membuat kajian, beliau mendapati rakyat Malaysia menyukai muzik dan sukan dan seterusnya mendorong beliau untuk menghasilkan filem ini. Filem animasi yang mendapat kerjasama daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ini turut mendapat bantuan dana kerajaan menerusi geran daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan dana kerajaan sebanyak RM2 juta.[4]

Filem ini menggunakan 100 peratus kepakaran tenaga seni kreatif anak-anak muda Melayu yang berbakat dalam bidang animasi, lakonan, nyanyian dan muzik .Mereka terdiri daripada bekas-bekas pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam usaha memberikan identiti, budaya dan warisan Melayu Nusantara, pihak produksi juga telah mengadaptasi tiga buah lagu keroncong iaitu Keroncong Kuala Lumpur ciptaan P. Ramlee, Keroncong Bengawan Solo dan Keroncong Kemayoran yang kesemuanya telah dirakam semula oleh pelajar-pelajar Aswara, selain 14 buah lagu asal. Filem ini turut dipasarkan di MIPCOM, Cannes, Perancis pada Oktober 2015.

Lebih daripada itu, filem animasi muzikal Oh! La La juga akan diperluas ke beberapa negara lain termasuk Sepanyol, Turki dan Australia.[5]

Untuk mempromosikan filem ini, pertandingan mewarna telah diadakan di Cempaka International School, Cheras pada 6 Mei 2015.[6]

Tayangan sunting

Filem ini telah ditayangkan di 47 pawagam seluruh Malaysia pada 28 Mei 2015. Selepas 12 hari tayangan, filem ini mendapat kutipan sebanyak RM 36,000 dengan purata tontonan 6 orang satu pawagam setiap hari.[7]

Pencapaian sunting

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Animasi Terbaik Datuk Abdul Rahman Sallehudin Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ https://amanz.my/2015/06/filem-animasi-tempatan-yang-menelan-belanja-4-juta-ini-hanya-berjaya-mengutip-rm-37-ribu/
  2. ^ http://says.com/my/entertainment/belanja-rm4-juta-kutipan-hanya-rm37-ribu-apa-dah-jadi-dengan-filem-oh-lala
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-01. Dicapai pada 2015-07-01.
  4. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/oh-la-la-filem-animasi-muzikal-pertama-malaysia-1.378568
  5. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm#ixzz3ecy9MQRA Hakcipta terpelihara
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-01. Dicapai pada 2015-07-01.
  7. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka

Pautan luar sunting

Diarkibkan 2015-07-01 di Wayback Machine