Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia. Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

Padang Terap
Daerah
Daerah Padang Terap di Kedah.
Daerah Padang Terap di Kedah.
Bendera bagi Padang Terap
Official seal of Padang Terap
Jata
Moto: 
"Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:
Negaraku
CountryMalaysia Malaysia
Wilayah/Provinsi Kedah Kedah
Daerah Padang Terap
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
Luas
 • Jumlah524 batu persegi (1,357 km2)
Penduduk
 ((2010))
 • Jumlah82,692
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT


Daerah
Kedah Darul Aman
Daerah Padang Terap
Pejabat daerah Kuala Nerang
Pegawai daerah Mohd. Fisol Md. Noh
Kawasan
 - Jumlah 1,357 km²
Populasi
 - Anggaran 2010 82,692
 - Kepadatan N/A/km²

Pusat pentadbiran daerah ini dikenali sebagai Kuala Nerang. Antara kawasan yang termasuk di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.

Asal Usul sunting

"Terap" bermaksud Simpan @ "Perap". Pada tahun 1821 masihi, negara Kedah telah dijajah oleh tentera Sukhothai. Maka sebahagian besar wilayah Kedah jatuh ke tangan tentera Sukhothai seperti Bendanglong, Satoi, Chaiya, Chana, Songkhla dan lain lain lagi. Semasa penyerangan balas tentera Kedah di bawah pimpinan Panglima Bukit Gantang Raja Alang Alauddin ke atas tentera Sukhothai, kawasan ini dijadikan tempat tentera kedah berkumpul. Istilah lain pada masa itu ialah memerap tentera iaitu "padang terap". Jadi tidak hairanlah jika di padang terap mempunyai tempat yang bernama Padang Gelanggang, Pong Kha, Kubu, Kurong Hitam, Padang Balai, Koya Fai (Kuala Pai), Koya Lang (Kuala Nerang), Pedu, Chang Lon (gajah duduk), Batu Pengasah dan lain lain lagi. Manakala di sebelah Thailand nama nama tempat seperti Ban Nai Lang, Bekok, Nathawi (Nai Ta),Setoi yang mempunyai hubungan dengan negara Kedah waktu itu. Pada pertengahan tahun1900an nama Padang Terap dikaitkan dengan sejenis pokok terap(Artocarpus elasticus) yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang. Oleh itu nama nama Padang Terap berasal dari pokok ini.i Kedah dan Perlis kita dapati banyak kawasan yang di namankan dengan "Padang" seperti Padang Besar,Padang Lalang,Padang Perahu,Padang Hang ,Padang Mat Sirat. Padang mengambar kawasan rata yang gersang tidak mempunyai pohon besar atau hanya di tumbuhi belukar yang jarang ini adalah di sebabkan samada tanah nya yang tandus serta juga kesan musim kemarau yang berlaku empat bulan setiap tahun di kawasan ini di mana curahan hujan kurang dari 50mm hujan sebulan.

Profil tanah kawasan ini juga cetek terbentuk dari batuan mendap shyl di kelaskan oleh pakar sains tanah sebagi Siri Terap.

Kawasan Penting sunting

Mukim sunting

  1. Mukim Batang Tunggang Kanan
  2. Mukim Batang Tunggang Kiri
  3. Mukim Belimbing Kanan
  4. Mukim Belimbing Kiri
  5. Mukim Kurong Hitam
  6. Mukim Padang Temak
  7. Mukim Padang Terap Kanan
  8. Mukim Padang Terap Kiri
  9. Mukim Pedu
  10. Mukim Tekai Kanan
  11. Mukim Tekai Kiri
  12. Mukim Tualak

Ekonomi sunting

Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap adalah dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Perlis yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia.

Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang dikeluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas.Kilang gula ini di samping memproses gula dari ladang, ia juga memproses gula yang diimpot kerana keluaran ladang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang. Lagi pun, industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang diimport dari pasaran dunia agak murah berbanding dengan keluaran tempatan. Oleh itu ladang tebu telah mempelbagai tanamannya meliputi tanaman pisang dan nenas.[2]

Tarikan pelancongan sunting

Kawasan-kawasan tarikan pelancongan juga akan memberikan kelebihan kepada Daerah Padang Terap misalnya Tasik Pedu yang terletak di timur laut merupakan kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa yang sering dikunjumgi pelancong antarabangsa. Selain itu terdapat juga Jeram Tok Din, Charok Batang Padi, Pangkalan Tok Mas, Puncak janing, Mini Muzium Padi dan Dusun Minda Resort. Satu lagi laluan masuk keluar ke Thailand sedang di bangunkan di Durian Burung.

Rujukan sunting

  1. ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.
  2. ^ Padang Terap

Pautan luar sunting