Pang Sock Tao

ahli politik Malaysia

Pang Sock Tao (Cina ringkas: 彭小桃Cina tradisional: 彭小桃pinyin: Péng Xiǎotáo; lahir 26 April 1993) ialah seorang ahli politik di Malaysia yang menjadi calon bagi Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Kuala Kubu Baharu dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu pada Mei 2024. Beliau ialah anggota Parti Tindakan Demokratik (DAP), salah sebuah komponen dalam Pakatan Harapan. Beliau juga ialah setiausaha akhbar dan bekas pegawai khas kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan pernah menjadi pegawai khas kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.[1]

Pang Sock Tao
彭小桃
Sock Tao pada 2024
Butiran peribadi
LahirPang Sock Tao
(1993-04-26) 26 April 1993 (umur 31)
Ampang, Selangor, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
(sejak 2017)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2017)
PasanganYap Bing Yew (k. 2022)
HubunganPang Sock Fong (kakak)
Alma materUniversiti Tenaga Nasional
Pekerjaan
  • Ahli politik
Pang Sock Tao
Cina Tradisional: 彭小桃
Cina Ringkas: 彭小桃

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Pang dilahirkan di Ampang, Selangor, Malaysia pada 26 April 1993. Beliau ialah graduan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).[2]

Kerjaya politik sunting

Pang menyertai DAP pada 2017. Beliau aktif berkempen untuk partinya dalam pilihan raya umum 2018 dengan menghadiri banyak jelajah, menjadi tetamu dalam acara tersebut. Selepas PH memenangi pilihan raya 2018, Yeo dinamakan menganggotai menteri kabinet dan melantik Pang sebagai pegawai khasnya. Dalam pilihan raya umum 2022, Nga dilantik sebagai menteri kabinet dan melantik Pang sebagai pegawai khas yang kemudian dinaikkan sebagai setiausaha akhbar.[3]

Kehidupan peribadi sunting

Pang berkahwin dengan peguam Yap Bing Yew pada 2022. Kakaknya Pang Sock Fong juga ialah seorang ahli politik yang berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan kini menjadi Naib Ketua Wanita cabang Ampang bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah lagi parti komponen Pakatan Harapan.[4]

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan Raya Negeri sunting

Dewan Negeri Selangor
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
2024 N06 Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao (DAP) ADK ADK Khairul Azhari Saut (BERSATU) ADK ADK ADK ADK ADK
Nyau Ke Xin (Bebas) ADK ADK ADK
Hafizah Zainuddin (PRM) ADK ADK ADK

Rujukan sunting

  1. ^ "【新古毛补选】火箭派出美女刺客 倪可敏秘书彭小桃上阵". Oriental Daily News (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
  2. ^ "新古毛补选:传倪可敏助理彭小桃领兵符". Malaysiakini (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
  3. ^ "独家 : 新古毛不选 彭小桃出现 倪可敏秘书上阵!". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
  4. ^ "天降小桃? 新古毛补选 希盟候选人是她?". China Press (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.