Parlimen Singapura ke-12
Parlimen Singapura ke-12 merupakan Parlimen Singapura lalu yang ditubuhkan pada 10 Oktober 2011 dan telah dibubarkan pada 25 Ogos 2015.[2][3] Para anggota parlimen telah ditentukan melalui Pilihan raya umum Singapura 2011 pada 7 Mei 2011, dan sudah dua kali diubah disebabkan oleh pengusiran Anggota Parlimen (AP) Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Hougang pada tahun 2012 dan peletakan jawatan AP SMC Punggol East merangkap Speaker Parlimen pada 2013 akibat hubungan sulit.
Parlimen Singapura ke-12 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Parlimen Majoriti | |||||||
10 Oktober 2011 – 25 Ogos 2015 | |||||||
Dewan | |||||||
Speaker Parlimen |
| ||||||
Perdana Menteri |
| ||||||
Ketua Pembangkang |
| ||||||
Sesi | |||||||
Sesi pertama | |||||||
10 Oktober 2011-15 April 2014 | |||||||
Sesi ke-2 | |||||||
16 Mei 2014–25 Ogos 2015 | |||||||
Kabinet | |||||||
Kabinet ke-12 | |||||||
Lee Hsien Loong 10 Oktober 2011-kini | |||||||
Ahli Parlimen | |||||||
| |||||||
|
Parlimen ke-12 ini dikuasai majoriti Parti Tindakan Rakyat, diketuai oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan anggota kabinet, yang mengambil kuasa pada 7 Mei 2011. Pihak pembangkang pula dipimpin oleh Setiausaha Agung Parti Pekerja, Encik Low Thia Khiang. Speaker Parlimen Singapura ialah Puan Halimah Yacob dari the Parti Tindakan Rakyat. Beliau dilantik sebagai Speaker Parlimen ke-9 pada 14 Januari 2013.
Keputusan pilihan raya umum Singapura 2011
suntingParti dan perikatan | Pemimpin | Jumlah kerusi ditanding | Kerusi mng | Undian popular | % undian sah | +/- | % undian sah di kawasan ditanding | +/- | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Parti Tindakan Rakyat | Lee Hsien Loong | 87 | 81† | 1,212,154 | 60.14 | ▼ 6.46 | 60.14 | ▼ 6.46 | ||
Parti Pekerja | Low Thia Khiang | 23 | 6 | 258,510 | 12.82 | ▼ 3.51 | 46.58 | ▲ 8.15 | ||
Parti Perpaduan Nasional | Goh Meng Seng | 24 | 0 | 242,682 | 12.04 | ▼ 0.95* | 39.25 | ▲ 6.37* | ||
Parti Demokratik Singapura | Chee Soon Juan | 11 | 0 | 97,369 | 4.83 | ▲ 0.76 | 36.76 | ▲ 13.53 | ||
Parti Reformasi | Kenneth Jeyaretnam | 11 | 0 | 86,294 | 4.28 | Parti baharu | 31.78 | Parti baharu | ||
Parti Rakyat Singapura | Chiam See Tong | 7 | 0 | 62,639 | 3.11 | ▼ 9.88* | 41.42 | ▲ 8.90* | ||
Perikatan Demokratik Singapura | Desmond Lim | 7 | 0 | 55,988 | 2.78 | ▼ 10.21 | 30.06 | ▼ 2.46 | ||
Jumlah | 87 | 2,015,636 | 97.83% jumlah undi | |||||||
Undian tolak (tidak diisi atau rosak) | 44,737 | 2.17% jumlah undi | ||||||||
Jumlah undi | 2,060,373 | Peratusan undi: 93.18% jumlah pengundi yang layak | ||||||||
Tidak mengundi | 150,729 | |||||||||
Jumlah pengundi yang layak (tidak termasuk pengundi tanpa tandingan) | 2,211,102 | |||||||||
Jumlah pengundi tanpa tandingan (kesemuanya dari GRC Tanjong Pagar) | 139,771 | |||||||||
Jumlah pengundi | 2,350,873 | |||||||||
† Termasuk kawasan menang tanpa bertanding. * Dahulunya sebahagian daripada Perikatan Demokratik Singapura. Peralihan undi yang tertera di atas adalah daripada perkongsian undi SDA pada 2006. |
Parti Pekerja (WP) dan Parti Rakyat Singapura (SPP) yang telah memperoleh peratusan undi tertinggi di kalangan calon pembangkang yang kalah di dalam pilihan raya umum ini masing-masing diberi kerusi Anggota Parlimen tanpa Kawasan Undi (NCMP) mengikut Perlembagaan. WP diberi 2 kerusi manakala SPP diberi 1 kerusi. Kerusi-kerusi ini kini diduduki oleh Encik Gerald Giam Yean Song dan Encik Yee Jenn Jong dari WP serta Puan Lina Chiam dari SPP.
Pemegang Jawatan
suntingSpeaker
sunting- Michael Palmer (AP Parti Tindakan Rakyat bagi SMC Punggol East) telah dilantik menjadi Speaker Parlimen pada 10 Oktober 2011. Beliau meletak jawatan pada 14 Disember 2012 kerana terlibat dalam hubungan sulit.[1]
- Charles Chong dari Parti Tindakan Rakyat, AP bagi SMC Joo Chiat, ditetapkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebagai Pemangku Speaker Parlimen pada 14 Disember 2012. Beliau kemudiannya digantikan oleh Halimah Yacob pada 14 Januari 2013.
- Halimah Yacob dari Parti Tindakan Rakyat, AP bagi GRC Jurong, dilantik sebagai Speaker Parlimen pada 14 Januari 2013.
- Charles Chong dan Seah Kian Peng dari Parti Tindakan Rakyat dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen pada 17 Oktober 2011.
Pemimpin
sunting- Perdana Menteri Singapura: Lee Hsien Loong (Parti Tindakan Rakyat)
- Ketua Pembangkang: Low Thia Khiang (Parti Pekerja)
Ketua Dewan
sunting- Ketua Dewan: Dr. Ng Eng Hen
- Timbalan Ketua Dewan: Heng Chee How[5]
Whip
sunting- Whip Pemerintah: Gan Kim Yong
- Timbalan Whip Pemerintah: Dr. Teo Ho Pin dan Dr. Amy Khor
Rujukan
sunting- ^ a b "Michael Palmer resigns from PAP and Parliament" [Michael Palmer meletak jawatan sebagai anggota PAP dan Parlimen] (dalam bahasa English). Parti Tindakan Rakyat. 12 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-25. Dicapai pada 2015-09-11.
- ^ "Dissolution of Parliament on 25 August 2015" [Pembubaran Parlimen pada 25 Ogos 2015]. www.pmo.gov.sg (dalam bahasa English). Pejabat Perdana Menteri Singapura. Dicapai pada 27 Ogos 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Singapore Parliamentary General Election 2011
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-25. Dicapai pada 2015-09-11.