Pengawal Empayar Jepun

(Dilencongkan dari Pengawal Imperial Jepun)

Pengawal Imperial Jepun (近衛師団 このえしだん Konoe Shidan) adalah organisasi yang khusus bagi melindungi Maharaja Jepun, kaum kerabat, istana dan harta bendanya yang lain. Pengawal Imperial Jepun turut bertugas sebagai unit elit dalam Tentera Darat Imperial Jepun. Menjelang akhir Perang Dunia II Pengawal ini telah dibubarkan, dan pada tahun 1947 Pengawal Imperial awam telah dibentuk dan menjadi sebahagian dari Agensi Polis Negara Jepun.

Pengawal Imperial
近衛師団
War flag of the Imperial Japanese Army.svg
Aktif1867 - 1945
Dibubarkan1945
Negara Empayar Jepun
KesetiaanMaharaja Jepun
JenisTentera darat
PerananInfantri
Kavalri
Artileri
Saiz3 Divisyen
10 Rejimen
Garison/HQTokyo
PertempuranPemberontakan Satsuma
Perang China-Jepun Pertama
Perang Jepun-Rusia
Perang Dunia I
Perang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Yamagata Aritomo, Ōyama Iwao, Kotohito Kan'in, Hajime Sugiyama, Hideki Tojo, Yasuji Okamura, Shunroku Hata, Tadamichi Kuribayashi, Tomoyuki Yamashita, Masaharu Homma


Pengawal Imperial Tentera Darat JepunSunting

Pengawal Imperial dibentuk pada 1867 daripada unit pengawal istana dan menjadi sebahagian daripada tentera apabila Maharaja Jepun, Maharaja Meiji mengambil kesemua kuasa negara dan membentuk tentera berasaskan garis Eropah semasa Pemulihan Meiji. Ia terbabit dalam pertempuran dalam Pemberontakan Satsuma. Tentera ini terdiri daripada 12,000 orang pada asalnya disusun dan dilatih menurut garis Perancis, tetapi diatur dan latih kembali oleh pegawai Jerman selepas kejayaan Jerman dalam Perang Perancis-Prusia. Menjelang 1885 Tentera Darat Imperial Jepun terdiri daripada tujuh divisyen, satu darinya adalah Pengawal Empayar, dengan setiap divisyen terdiri daripada empat rejimen yang terdiri dari dua batalion setiap satu. Pengawal Empayar diasaskan mengikut model Gardes du Corps Prusia Jerman, dengan itu ia diambil dari seluruh negara bagi tugas di Tokyo. Ia kekal sebanyak satu divisyen sehingga 1905 apabila, selepas Perang Jepun-Rusia, dua Briged Pengawal dibentuk dari penduduk asal Formosa, yang dipercayai sebagai pemburu kepala secara meluas di Jepun.

Pengawal Imperial dalam Perang Dunia IISunting

Pada September 1939, divisyen dipecahkan. Briged Pengawal 1 dipindahkan ke China Selatan dan dikenali sebagai Briged Campuran Pengawal. Ia turut mengambil Rejimen Infantri Pengawal 1 dan 2, rejimen pasukan askar berkuda, dan sekitar separuh unit sokongan. Pada Oktober 1940, ia menyertai unit Jepun lain menduduki Indo-China Perancis. Pada April 1941 ia kembali ke Tokyo, tetapi tidak bergabung kembali dengan divisyen asal.

Baki divisyen (rejimen pengawal ke-3 dan ke-4) menjadi Briged Pengawal ke-2. Pada 1940 ia turut pergi ke China, berhenti di Shanghai sebelum dihantar ke Pulau Hainan. Pada Jun 1941, Rejimen Pengawal Infantri ke-5 menyertainya di sana dan menjadi Divisyen Pengawal Empayar kembali. Ia terbabit dalam pertempuran dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Pertempuran Singapura dengan Kor Ke-25 pimpinan Tomoyuki Yamashita.

Di Tanah Melayu dan Singapore, Divisyen Pengawal terbabit dalam jenayah perang Jepun seperti pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong dan pembunuhan beramai-ramai Sook Ching. Leftenan Jeneral Takuma Nishimura, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah tentera British berkaitan dengan pembunuhan Sook Ching, kemudian disabitkan dengan jenayah perang oleh Mahkamah Tentera Australia berkait dengan pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong. Dia dihukum gantung sehingga mati pada 11 Jun 1951.[1]

Briged Campuran Pengawal kekal di Tokyo, menjadi Dividion Pengawal 1 pada May 1943 sementara Divisyen Pengawal Empayar menjadi Divisyen Pengawal ke-2. Divisyen Pengawal 1 terdiri dari Rejimen Pengawal 1, ke-2, ke-6, dan ke-7.

Divisyen Pengawal ke-3 dibentuk pada 1944 dari Rejimen Pengawal ke-8, ke-9, dan ke-10 dan kekal di Jepun.

Menjelang akhir perperangan, Divisyen ke-2 dan ke-3 terbabit dengan pertempuran di China dan Manchuria sementara yang Divisyen 1 sentiasa kekal di Tokyo. Pengawal Empayar dibubarkan pada akhir Perang Dunia II dan dipulihkan pada 1947 sebagai sebahagian dari Agensi Polis Negara Jepun, yang sendiri merupakan sebahagian dari Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan Jepun.

Pakaian seragam PengawalSunting

Sehingga 1939 Kavalri Pengawal Empayar mengenakan uniform perbarisan stail Perancis yang terdiri daripada tunik biru gelap dengan rambu Brandenburg merah, kepi merah dan (breeches merah. Kepi merah mempunyai jambul putih dengan dasar merah. Diluar tugas, pakaian yang dikenakan adalah tunik biru gelap dengan stokin kaki mohair froggings 5 baris hitam dengan seluar biru gelap dengan jalur tepi bewarna merah. Sebelum penggunaan kain khaki oleh Tentera Jepun selepas Perang Russia-Jepun (1904-1905), uniform linen putih telah digunakan bagi mengatasi cuaca panas.

Infantri Pengawal Empayar mengenakan uniform biru gelap dengan jalur (leggings) putih bagi perbarisan dan perkhidmatan sehingga 1905. Ia dibezakan dari infantri baris dengan jalur merah dan piping pada puncak topi perkhidmagan (bukannya kuning). Dengan penggunaan pakaian seragam khaki Infantri Pengawal mengenakannya pada semua upacara. Di medan uniform asas tentera dikenakan. Ia dipakai dengan samaada crysanthemum atau bintang dalam kalungan.

Pengawal Maharaja Jepun moden mengenakan uniform biru gelap stail moden apabila bertugas dalam Istana Maharaja.

Pengawal Imperial Agensi Polis NegaraSunting

Pengawal Empayar ditubuhkan semula sebagai sebahagian Agensi Polis Negara Jepun pada tahun 1947 dan terdiri daripada melebihi 900 kakitangan polis keselamatan yang memberikan perlindungan sekuriti kepada Maharaja, Putera Mahkota, Kerabat diraja Jepun, Istana Maharaja Tokyo, Istana Maharaja Kyoto dan harta benda maharaja yang lain serta juga menjalankan kawalan kehormatan dalam upacara-upacara rasmi negara.

Pengawal Imperial terdiri daripada tiga jabatan, iaitu:

  • Pentadbiran Polis Pengawal Imperial
  • Keselamatan Pengawal Imperial
  • Pengiring Pengawal Imperial.

Pengawal Empayar juga mempunyai sebuah Unit Pengawal Empayar Berkuda yang terdiri daripada 14 ekor kuda.

Lihat jugaSunting