.


Mohamed Hazali Abu Hassan

Memegang jawatan
01 Jan 2014
RajaAbdul Halim
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehDato Ahmad Zaki Zahid
Kawasan pilihan rayaKuala Selangor
Butiran peribadi
Lahir (1973-12-04) 4 Disember 1973 (umur 50)
Kuala Selangor, Selangor
Parti politikBarisan Nasional (UMNO)
Alma materUniversity of Hull
PekerjaanPolitician

Dato' Mohamed Hazali Abu Hassan, 41, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 2 , Kuala Lumpur.

Beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Perseketuan ( SMAWIP/SMAP ) Negeri Sembilan .

Pelajar tajaan JPA ini seterusnya melanjutkan pelajarannya ke England di University of Hull , dalam jurusan kejuteraan. Di atas pencapaian akademik yang cemerlang , beliau di tawarkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat masters ( Sarjana ) di universiti yang sama , dan telah mendapat kelulusan Sarjana pada tahun 1997 .

Semasa di peringkat sekolah dan universiti , Hazali sangat aktif di dalam bidang sukan dan persatuan .

Beliau sekarang memegang jawatan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat , di dalam bidang perniagaan.

Di dalam bidang sosial dan masyarakat , beliau pernah menjadi Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas-Bekas Pelajar University of Hull ( Malaysia ) , Exco Dewan Muda , Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan terlibat sebagai jawatankuasa di dalam beberapa persatuan sukan dan kebajikan setempat di peringkat negeri.

Hazali merupakan seorang ahli Umno sejak tahun 90an di bahagian Kuala Selangor.

Pada tahun 2006 beliau di lantik sebagai BENDAHARI Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Pada tahun 2013, beliau terpilih sebagai Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Setelah lebih 10 tahun bergiat aktif di dalam bidang politik , kemasyarakatan dan sosial , pada bulan oktober 2013 , beliau terpilih sebagai Ahli JawatanKuasa Pusat Pemuda Umno Malaysia.

Beliau di pertanggungjawabkan untuk meneraju Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia , sebagai pengerusi.

Pada May 2015, beliau telah terpilih mewakil Malaysia dan rantau Asean untuk menyertai program berprestij tinggi anjuran ' US State Department ' di Amerika Syarikat selama satu bulan bersama-sama dengan lebih daripada 40 pemimpin-pemimpin muda pelbagai latarbelakang dari seluruh dunia untuk menjadi tetamu eksklusif kerajaan Amerika untuk program ILVP ( International Visitor Leadership Program ) . Ramai bekas-bekas dan pemimpin-pemimpin utama dunia juga telah menyertai program yang telah di adakan sejak tahun 1940 di mana antara Alumni IVLP termasuk Margaret Thatcher , Tun Abdul Razak , Indra Gandhi , Megawati Sukarno , Nicholas Sarkozy , Gerhard Schroder , Helen Clark , Devan Nair , Tun Mahathir Mohamed , Hamid Karzai , Tony Blair dan ramai lagi .

Sehingga kini Hazali sangat aktif dalam kegiatan sukan terutamanya larian, renang, fitness dan golf.

Beliau telah berkahwin dan kini mempunyai dua cahaya mata .

Hazali bercita-cita agar masyarakat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan latarbelakang dapat sentiasa hidup aman dan harmoni dan berharap agar visi Malaysia untuk menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020 akan tercapai . Kemajuan dan pencapaian ini bukan sahaja dari segi index kemajuan dan pembangunan fizikal , tetapi yang lebih penting ialah kemajuan dari segi keharmonian dan kerohanian minda secara menyeluruh , oleh masyarakat Malaysia .

YBHG Dato' Mohamed Hazali Abu Hassan Pengerusi Biro Antarabangsa PPUM Presiden Aman Malaysia Penaung Lestari Malaysia Pengerusi Yayasan Pembangunan Progressif