Penjelajahan angkasa
Penjelajahan angkasa difahamkan sebagai penerokaan dan penemuan berterusan mengenai struktur cakerawala di angkasa lepas melalui kaedah perubahan dan perkembangan berterusan dalam teknologi angkasa. Ketika kajian mengenai angkasa dilakukan sebahagian besarnya oleh pakar kaji bintang dengan menggunakan teleskop, penjelajahan fizik angkasa lepas menggunakan kuar robot dan penerbangan angkasa lepas oleh angkasawan.
Sungguhpun pencerapan objek di angkasa (astronomi) telah mendahului catatan sejarah, pembangunan roket yang besar dan agak cekap pada awal kurun ke-20 yang lebih membenarkan penjelajahan angkasa secara fizikal menjadi nyata. Kewajaran yang biasa untuk meneroka ruang termasuk memajukan penyelidikan saintifik, menyatukan negara-negara berbeza fahaman, memastikan kelangsungan hidup masa depan umat manusia dan membangunkan kelebihan ketenteraan dan strategik terhadap negara-negara lain.[1]
Tujuan dan motif
suntingPenerokaan angkasa sering digunakan sebagai satu persaingan proksi untuk persaingan geopolitik seperti dalam Perang Dingin misalnya, di mana era awal penerokaan angkasa didorong oleh suatu "Perlumbaan Angkasa" di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat; pelancaran objek buatan manusia pertama yang mengelilingi Bumi, USSR Sputnik 1, pada 4 Oktober 1957, dan pendaratan di Bulan yang pertama oleh kapal angkasa Amerika Apollo 11 pada 20 Julai 1969 sering diambil sebagai sempadan kepada tempoh awal ini. Program angkasa lepas Soviet mencapai banyak peristiwa penting yang pertama, termasuk manusia hidup yang pertama berada di orbit pada tahun 1957, penerbangan angkasa lepas manusia yang pertama (Yuri Gagarin di atas kapal Vostok 1) pada tahun 1961, jalan angkasa yang pertama (oleh Aleksei Leonov) pada 18 Mac 1965, pendaratan automatik yang pertama di objek angkasa lain pada tahun 1966, dan pelancaran stesen angkasa pertama (Salyut 1) pada tahun 1971.
Selepas 20 tahun penerokaan pertama, tumpuan beralih daripada penerbangan sekali kepada perkakasan yang boleh diperbaharui, seperti program bolak-balik angkasa lepas dan dari persaingan kepada kerjasama seperti dengan Stesen Angkasa Antarabangsa.
Penyiapan ketara ISS[2] selepas STS-133 pada Mac 2011, rancangan penerokaan angkasa oleh Amerika Syarikat sentiasa dalam pertimbangan. Program Buruj [Constellation Program] yang dilangsung dalam pentadbiran George W. Bush untuk kembali ke Bulan pada tahun 2020[3] dinilai mendapat dana mencukupi dan tidak realistik oleh pakar panel kajian yang melaporkan mengenai projek tersebut pada tahun 2009.[4] Pentadbiran Barack Obama mencadangkan semakan Program Buruj pada tahun 2010 untuk memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan untuk misi angkasawan melampaui orbit bumi rendah (LEO), membayangkan melanjutkan operasi ISS selepas tahun 2020, memindahkan pembangunan kenderaan pelancaran untuk krew manusia dari NASA kepada sektor swasta, dan membangunkan teknologi bagi membolehkan misi melepasi LEO, seperti Bumi / Bulan L1, Bulan, Bumi / Matahari L2 , asteroid hampir bumi, dan mengorbit Phobos atau Marikh.[5] Sehingga Mac 2011, Senat dan Kongres Amerika Syarikat masih lagi berusaha bertolak-ansur ke atas bil pembiayaan NASA yang mungkin akan menamatkan projek Buruj serta dana pembangunan kenderaan pelancaran angkat berat ("heavy lift launch vehicle - HLLV").[6]
Dalam 2000-an, Republik Rakyat China memulakan program penerbangan angkasa yang dipandu manusia berjaya, manakala Kesatuan Eropah, Jepun, dan India juga telah merancang misi angkasa yang dipandu manusia pada masa depan. China, Rusia, Jepun, dan India telah menganjurkan misi manusia ke Bulan pada abad ke-21, manakala Kesatuan Eropah telah menganjurkan misi manusia ke kedua-dua Bulan dan Marikh pada abad ke-21.
Dari tahun 1990-an dan seterusnya, kepentingan swasta mula mempromosikan pelancongan angkasa dan kemudian penerokaan angkasa swasta Bulan (lihat Hadiah X Bulan Google [Google Lunar X Prize]). Konsep yang dicadangkan berdasarkan pada teknologi yang sedia ada yang mempunyai potensi untuk merealisasikannya adalah pelancar angkasa bukan roket, Skyhooks, dan pelancaran gelung.
Sejarah penerokaan pada abad ke-20
suntingLangkah pertama meletakkan objek buatan manusia ke angkasa telah diambil oleh saintis Jerman semasa Perang Dunia II ketika menguji roket V-2, yang menjadi objek buatan manusia pertama di angkasa pada 3 Oktober 1942 dengan pelancaran A-4. Selepas perang, Amerika Syarikat menggunakan pakar sains Jerman dan roket yang ditawan mereka dalam program bagi kedua-dua tentera dan penyelidikan awam. Penerokaan saintifik pertama mengenai angkasa adalah eksperimen radiasi kosmik yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat menggunakan roket V-2 pada 10 Mei 1946.[7] Imej pertama yang diambil dari angkasa menuruti pada tahun yang sama [8][9]manakala eksperimen haiwan pertama melihat lalat buah diangkut ke angkasa lepas pada tahun 1947, kedua-duanya juga merupakan roket V-2 yang diubah suai dan dilancarkan oleh Amerika. Bermula pada tahun 1947, Soviet, juga dengan bantuan pasukan Jerman, melancarkan sub-orbit roket V-2 dan varian mereka sendiri, R-1 , termasuk uji kaji ke atas radiasi dan haiwan dalam beberapa penerbangan. Ujikaji suborbital hanya memberikan masa yang singkat di angkasa yang menghadkan kegunaannya.
Penerbangan Pertama
suntingPelancaran orbit pertama adalah oleh Soviet bagi misi Sputnik 1 ("Satelit 1") tanpa kendali pada 4 October 1957. Satelit seberat 83 kg (184 paun), dan dipercayai mengorbit Bumi pada ketinggian sekitar 250 km (160 bt). Ia memiliku dua pemancar radio (20 dan 40 MHz), yang memancarkan isyarat "beep" yang boleh didengari melalui radio seluruh bumi. Analisa mengenai isyarat radio digunakan bagi mengumpul maklumat mengenai ketumpatan elektron di ionosfera, sementara data suhu dan tekanan dikodkan dalam sepanjang beep radio. Hasil menunjukkan bahawa satelit tidak dibocori oleh meteoroid. Sputnik 1 dilancarkan oleh roket R-7. Ia terbakar ketika kembali masuk kebumi pada 3 Januari 1958.
Penjelajahan angkasa lepas
suntingBahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (January 2014) |
Pada masa hadapan
suntingBeberapa rancangan penjelajahan angkasa akan dilaksanakan baik dari pihak pemerintah mahupun secara persendirian daripada syarikat swasta. Program-program sebegini bertujuan melancarkan pesawat angkasa serta mengkaji planet, asteroid dan jasad berkaitan yang berdekatan di angkasa lepas. Terdapa juga percubaan untuk memikirkan cara intuk memungkinkan penjelajahan angkasa jauh berpemandu manusia agar manusia dapat menjelajah jauh dari Bumi dengan selamat untuk suatu tempoh yang lama pada masa hadapan.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Roston, Michael (28 August 2015). "NASA's Next Horizon in Space". New York Times. Dicapai pada 28 August 2015.
- ^ "After 13 Years, International Space Station Has All Its NASA Rooms" Denise Chow, SPACE.com, 9 March 2011.
- ^ Connolly, John F. (October 2006). "Constellation Program Overview" (PDF). Constellation Program Office. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-07-10. Dicapai pada 6 July 2009.
- ^ "No to NASA: Augustine Commission Wants to More Boldly Go" Diarkibkan 2013-05-13 di Wayback Machine Science, Andrew Lawler, 22 October 2009
- ^ [1] Address at KSC 15 April 2010. "President Outlines Exploration Goals, Promise"
- ^ "Senate Bill Would Provide 3 Billion for Orion Heavy Lifter". SpaceNews.com. 7 March 2011. Dicapai pada 24 May 2012.[pautan mati kekal]
- ^ "Upper Air Rocket Summary V-2 NO. 3".
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-21. Dicapai pada 2014-04-06.
- ^ "Chronology: Cowboys to V-2s to the Space Shuttle to lasers". wsmr.army.mil. Dicapai pada 27 May 2014.
Bacaan lanjut
sunting- Launius, R.D dll. "Spaceflight: The Development of Science, Surveillance, and Commerce in Space". Proceedings of the IEEE. 100 (special centennial issue): 1785–1818. doi:10.1109/JPROC.2012.2187143. Explicit use of et al. in:
|authors=
(bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link) An overview of the history of space exploration and predictions for the future.
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Penjelajahan angkasa |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Penjelajahan angkasa |
- Chronology of space exploration, astrobiology, exoplanets and news
- Space related news
- Space Exploration Network - Space Exploration Network
- Nasa's website on human space travel
- "America's Space Program: Exploring a New Frontier", a National Park Service Teaching with Historic Places (TwHP) lesson plan
- The Soviet-Russian Spaceflight's History Photoarchive
- The 21 Greatest Space Photos Ever Diarkibkan 2010-12-27 di Wayback Machine – slideshow by Life Magazine
- "From Stargazers to Starships", Home page of extensive educational web site and course covering spaceflight, astronomy and related physics, by David P. Stern
- We Are The Explorers, NASA Promotional Video