Perang Semenanjung
Perang Semenanjung | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Napoleon | |||||||
The Second of May, 1808: The Charge of the Mamelukes, oleh Francisco Goya (1814) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Sepanyol Portugal United Kingdom | Empayar Perancis | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Arthur Wellesley Miguel Álava Esquivel Joaquín Blake y Joyes Francisco Castaños Juan Martín Díez José Palafox Gregorio de la Cuesta William Beresford John Moore † Bernardino Freire † |
Napoleon I Joseph Bonaparte Joachim Murat Jean-Andoche Junot Jean de Dieu Soult André Masséna Louis Gabriel Suchet Joseph Mortier Auguste de Marmont |
Perang Semenanjung[3] (Portugis: Invasões francesas atau Semenanjung Guerra; Sepanyol: Guerra de la independencia española) adalah satu persaingan di antara Perancis dan kuasa-kuasa bersekutu dari Sepanyol, United Kingdom, dan Portugal untuk mengawal Semenanjung Iberia semasa Perang Napoleon. Perang bermula apabila tentera Perancis menyerang Portugal pada tahun 1807 dan Sepanyol pada tahun 1808 dan berlanjutan sehingga Campuran Keenam mengalahkan Napoleon I dari Perancis pada tahun 1814.
Peperangan Semenanjung bertindan dengan apa yang disebut dalam dunia penutur Sepanyol sebagai Guerra de la Independencia Española (Peperangan Kemerdekaan Sepanyol), yang bermula dengan Kebangkitan Dos de Mayo pada 2 Mei 1808 dan berakhir pada 17 April 1814. Pendudukan pihak Perancis meranapkan pentadbiran Sepanyol, yang berpecah kepada junta wilayah. Dalam tahun 1810, kerajaan kebangsaan yang dibentuk semula, yakni Cádiz Cortes—sebenarnya kerajaan dalam buangan—berkubu di bandar Cádiz akan tetapi tidak dapat membentuk angkatan tentera kerana bandar tersebut sedang dikepung 70,000 orang tentera Perancis. Angkatan-angkatan British dan Portugal akhirnya berjaya mengawal Portugal, dan menggunakan negara itu sebagai tempat untuk melancarkan kempen menentang tentera Perancis dan untuk menghulurkan bantuan bekalan kepada orang Sepanyol, sementara tentera dan gerila Sepanyol mengekang sebilangan besar tentera Perancis. Angkatan bersekutu yang terdiri daripada tentera biasa dan anggota separa tentera berjaya menghalang marsyal-marsyal Napoleon daripada mengawal wilayah-wilayah Sepanyol yang memberontak dengan menghambat perancis daripada mengawal wilayah dan perang berterusan dengan kebuntuan tentera buat bertahun-tahun.[4]
Pertempuran di Sepanyol amat membebankan Grand Armée Perancis. Sementara Perancis berjaya dalam pertempuran, talian perhubungan dan bekalan mereka diasak dengan hebat dan unit-unut mereka sering terpisah, terasak ataupun ditewaskan partisan. Tentera-tentera Sepanyol dikalahkan berkali-kali dan diusir ke wilayah pinggiran, akan tetapi sering kali mereka akan berkumpul semula dan terus mengasak tentera Perancis. Ketirisan sumber Perancis ini akhirnya mendorong Napoleon, yang tanpa disedarinya telah mencetuskan peperangan total, untuk menggelar kempen ini Ulser Sepanyol.[5][6]
Angkatan British, di bawah pimpinan Arthur Wellesley mengawal Portugal dan berkempen menentang Perancis di Sepanyol bersama-sama tentera Portugal yang dibentuk semula. Tentera Portugal, yang hilang semangat, bersekutu dengan British dan diatur serta dilengkapkan semula di bawah perintah Jeneral William Carr Beresford,[7] yang dilantik sebagai panglima tertinggi angkatan-angkatan Portugal oleh kerabat diraja Portugal yang berada dalam buangan, dan bertempur sebagai sabahagian daripada tentera Inggeris-Portugal di bawah Wellesley. dalam tahun 1812, sambil Napoleon melancarkan kempen serangan terhadap Rusia yang akhirnya menjadi malapetaka buat Perancis, sebuah angkatan gabungan di bawah Wellesley menyerang masuk ke dalam Sepanyol dan menawan Madrid. Marsyal Jean-de-Dieu Soult mengetuai gerakan pengunduran tentera Perancis yang sudah keletihan dan hilang semangat merentasi banjaran Pyrenees dan masuk semula ke dalam wilayah Perancis pada musim sejuk 1813-1814.
Peperangan dan revolusi menetang pendudukan Napoleon membawa kepada Perlembagaan Sepanyol tahun 1812 yang kemudiannya menjadi tonggak utama liberalisme Eropah.[8] Bebanan yang didatangkan perang merosakkan struktur sosial dan ekonomi Portugal dan Sepanyol, dan membawa kepada era kekacauan sosial, ketidakstabilan politik dan genangan ekonomi. Perang saudara antara pihak liberal dan puak penyokong sistem raja mutlak yang diketuai para pegawai yang terlatih semas Peperangan Semenanjung berkekalan sehingga tahun 1850. Kesan kumulatif krisis dan gangguan ekoran serangan, revolusi, dan pengembalian membawa kepada kemerdekaan kebanyakan koloni Amerika Sepanyol dan kemerdekaan Brazil dari Portugal.
Rujukan
sunting- ^ Glover, p. 45. Some accounts mark the Franco-Spanish invasion of Portugal as the beginning of the war.
- ^ Glover, p 335. Denotes the date of the general armistice between France and the Sixth Coalition.
- ^ Also Spanish War of Independence - Guerre d'indépendance espagnole and Guerra de la Independencia Española in French and Spanish respectively. It is also known as Guerra del Francès ("the War of the Frenchman") in Catalonia and Invasões Francesas ("French Invasions") in Portugal.
- ^ Chandler, David. The Art of Warfare on Land. m/s. 164.
- ^ Hindley, Meredith (2010). "The Spanish Ulcer: Napoleon, Britain, and the Siege of Cádiz". 'Humanities. National Endowment for the Humanities. 31 (January/February 2010 Number 1). Dicapai pada 2 August 2013.
- ^ Gates 1986.
- ^ Fletcher, Ian (2003). The Lines of Torres Vedras 1809–11. Osprey Publishing.
- ^ Payne, Stanley G. (1973). A History of Spain and Portugal: Eighteenth Century to Franco. 2. Madison: University of Wisconsin Press. m/s. 432–433. ISBN 978-0-299-06270-5.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perang Semenanjung |
- The Cruel War in Spain Diarkibkan 2007-03-01 di Wayback Machine
- Bicentenario de la Batalla de Talavera Diarkibkan 2021-02-28 di Wayback Machine (Sepanyol)
- Bicentenario de la Batalla de Bailen (Sepanyol)
- Peninsular War
- Magna Architect
- JRJ Law Office
- BBC video guide to the Peninsular War
- List of British Peninsular War officer deaths Diarkibkan 2005-11-24 di Wayback Machine
- Royal Engineers Museum Diarkibkan 2009-05-05 di Wayback Machine The Engineers and the Peninsular War (1808-14)
- Wellington's dispatches from the Peninsular War and Waterloo: 1808 - 1815
- The British Army in Portugal and Spain: Its Order-of-Battle
- Napoleonic Wars in Girona 1808-1814 Group of Historical Recreation Girona 1809: Miquelets of Girona Diarkibkan 2012-02-23 di Wayback Machine
- Sieges of Ciudad Rodrigo
- Bicentenario de la Defensa de la Isla de León 1810-1812 Diarkibkan 2011-08-09 di Wayback Machine (Sepanyol)
- Peninsular War 200