Pepulut lembu

spesies tumbuhan
(Dilencongkan dari Pepulut)

Pulut lembu, pulut-pulut, kelulut, pepulut atau pulut-pulut kecil (Urena lobata)[3][4] ialah renek saka lembut yang tumbuh tegak berubah-ubah, dengan ukuran 0.5 meter (1.6 ka) ke 2.5 meter (8.2 ke) tinggi. Batangnya dilitupi rerambut bak bintang halus dan selalunya sedikit ungu. Dianggap sebagai rumpai, ia tumbuh dengan meluas di kawasan tropika, termasuk Brazil dan Asia Tenggara.[5][6]

Pepulut lembu
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
U. lobata
Nama binomial
Urena lobata
Sinonim[1][2]
  • Urena americana L. f.
  • Urena chinensis Osbeck
  • Urena diversifolia Schumach.
  • Urena grandiflora DC.
  • Urena monopetala Lour.
  • Urena reticulata Cav.
  • Urena scabriuscula DC.
  • Urena tomentosa Blume
  • Urena trilobata Vell.

penerangan sunting

Setiap pokok tumbuh menjadi perdu tunggal yang mengeluarkan batang membelukar. Daunnya cuping kekipas (palmate; mempunyai cuping yang melebar macam jari pada tangan). Daunnya pula mempunyai rerambut menyamai batang. Bunga tumbuhan ini merah muda lembayung dan selebar satu sentimeter.[7] Buahnya turut mempunyai rerambut dan boleh melekat pada pakaian dan bulu; dengan itu ia digelar "pulut-pulut" atau "pepulut".[8]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ The Plant List: A Working List of All Plant Species, dicapai pada 17 Mac 2017
  2. ^ The International Plant Names Index, dicapai pada 17 Mac 2017
  3. ^ "pulut III". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "pulut". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 285-286 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ "Urena lobata L." globinmed.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2021. Dicapai pada 15 September 2015.
  6. ^ "Urena lobata". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 15 September 2015.
  7. ^ "Caesar's weed". Center for Aquatic and Invasive Plants. University of Florida, IFAS. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2015. Dicapai pada 31 July 2015. Also here
  8. ^ Tabib (28 September 2009). Wild Pink Flowers - Pokok Pepulut. Birds and Nature Photography. Dicapai pada 2022-06-24

Lihat juga sunting