Perahu (Jawi: ڤراهو), sampan (Jawi: سمڤن‎) atau bot (Jawi: بوت‎) merupakan sejenis kenderaan air yang biasanya lebih kecil dari kapal. Sesetengah perahu boleh dibawa di atas kapal atau darat menggunakan treler - malah salah satu pengertian perahu ialah sejenis lancang air yang boleh dibawa oleh kapal.

Bot di Steigen, Norway
Perahu di Malaysia
Bot penumpang di Hong Kong
Bot laju Jotun
Kapal layar dan dan baj di Sungai Mississippi
Bot polis di Venice
Perahu & kapal Galicia

Peristilahan sunting

Kata perahu ini sebenarnya mengalami penyempitan makna, kerana paling tidak sampai abad ke-17, perahu merujuk pada kapal besar (lihat perahu K'u-lun), bahkan geliung Barat pun dulunya dikategorikan sebagai perahu, sampai digantikan oleh kata "kapal" pada bahasa Melayu moden, yang sejatinya berasal dari rumpun bahasa Dravida "kappal".[1] Perkataan ini mula muncul dalam kesusasteraan Tamil sebagai perkataan கப்பல் (kappal) selepas abad ke-17.[2] Kenderaan yang disebut "perahu" di zaman moden, dulu disebut sampan (Jawi: سمڤن; berasal dari kata Cina 舢舨).[3]

Gambaran binaan sunting

Struktur apungan sunting

Perahu mempunyai struktur pengapungan yang dipanggil hul dan sistem dorongan seperti kipas, dayung, galah, layar dan jet air.

Sistem dorongan sunting

Perahu boleh digerakkan melalui air dengan beberapa cara, antaranya:

  • Tenaga manusia (dayung, kayuh, galah)
  • Tenaga angin (berlayar)
  • Menggunakan motor kipas
    • Motor di dalam (inboard)
      • Pembakaran dalaman (gasolin, diesel)
      • Wap (arang, minyak)
      • Nuklear (bot BESAR)
    • Dalam/luar (sterndrive)
      • Gasolin
      • Diesel
    • Motor sangkut (outboard)
      • Gasolin
      • Elektrik
    • Roda kayuh
    • Jet air (Jetski, Personal Water Craft, bot jet)
    • Kipas udara (Hoverkraf, bot udara)

Jenis perahu sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ T. Burrow and M.B. Emeneau. 1984. A Dravidian Etymological Dictionary. Oxford. nos 1219, 3838, 4120.
  2. ^ Tamil Lexicon. Madras. 1982. 7 vols, s.v. vankam.
  3. ^ Rafiek, M. (Desember 2011). Kapal dan Perahu dalam Hikayat Raja Banjar: Kajian Semantik. Borneo Research Journal. 5: 187-200.