Perang Lapan Puluh Tahun

Pemberontakan Belanda atau Perang Lapan Puluh Tahun (1568[1]–1648), adalah pemberontakan Tujuh Belas Provinsi di Belanda terhadap Empayar Sepanyol (Habsburg).

Pemberontakan Belanda

Bantuan Leiden (1574), padang ruput banjir membolehkan angkatan Belanda mendekati kedudukan infantri Sepanyol.
Tarikh1568 - 1648
Lokasi
Keputusan Perdamaian Westfalen;
Kemerdekaan provinsi-provinsi utara
Pihak yang terlibat
Pemberontak Belanda Empayar Sepanyol
Sejarah Belanda
Zaman purbakala
Puak-puak Jermanik
Zaman Rom
Zaman Penghijrahan
Negeri pamah pada
Zaman Pertengahan
Alam Frank / Orang Frank
Empayar Suci Rom
Belanda Burgundy
Tujuh Belas Provinsi
Belanda Sepanyol
Kebangkitan dan Kejatuhan
Republik Belanda
Perang Lapan Puluh Tahun
Provinsi-provinsi Bersatu
Zaman Keemasan
Pemberontakan Batavia
Dari Republik ke Monarki
Republik Batavia
Kemaharajaan Belanda
Empayar Perancis Pertama
Kemaharajaan Bersatu Belanda
Belanda pada Zaman Moden
Sejarah Moden Belanda
Belanda dalam Perang Dunia II
Luctor et Emergo
Kawalan banjir di Belanda
Rampaian Belanda
Sejarah ketenteraan Belanda
Sejarah bahasa Belanda
Kesusasteraan Belanda
Pengaruh Belanda pada
istilah ketenteraan
Perekaan dan penemuan Belanda

Pada awalnya,Sepanyol berjaya menumpaskan pemberontakan itu. Akan tetapi pada tahun 1572, para pemberontak telah berjaya menangkap Brielle dan pemberontakan itu melonjak kembali. Provinsi-provinsi utara menjadi bebas de facto pada mulanya, kemudian secara rasmi pada tahun 1648. Sewaktu pemberontakan ini, Provinsi-provinsi Bersatu Belanda atau Republik Belanda berkembang dengan pantasnya bagi menjadi sebuah kuasa dunia melalui kapalan pedagangnya dan mengalami suatu tempoh pertumbuhan dari segi ekonomi, saintifik serta kebudayaan.

Belanda Selatan (kini berada di Belgium, Luxembourg dan Perancis Utara) berada di bawah pemerintahan Sepanyol. Penindasan berterusan oleh Sepanyol di selatan menyebabkan kebanyakan para elit kewangan, intellektual dan kebudayaan melarikan diri ke utara, menyumbangkan dengan banyaknya bagi kejayaan Republik Belanda. Sebahagian besar kawasan Belanda Selatan tumpas kepada Perancis apabila perang ini berakhir pada tahun 1648.

Pembacaan selanjutnya sunting

  • Karya-karya John Lothrop Motley (1814-1877) memberikan sebuah penceritaan yang lama tetapi terperinci mengenai situasi republik Belanda pada waktu ini - Karya-karya oleh John Lothrop Motley di Projek Gutenberg (bebas E-texts)
  • Geyl, Pieter. (1932), The Revolt of the Netherlands, 1555-1609. Williams & Norgate, UK.
  • Geyl, Pieter. (1936), The Netherlands Divided, 1609-1648. Williams & Norgate, UK.
  • Israel, Jonathan I. (1998), The Dutch Republic. Its Rise, Greatness, and Fall 1477-1806, Clarendon Press, Oxford, ISBN 0-19-820734-4.
  • Parker, Geoffrey (1977), The Dutch revolt, penerbitan Penguin, London

Nota dan Rujukan sunting

  1. ^ Rencana ini mengambil 1568 sebagai tarikh permulaan perang, kerana ini adalah tahun pertama pertempuran rasmi antara para tentera. Namun, terdapat tempoh panjang persengketaan yang mencetuskan perang ini, oleh itu tidak mudah untuk memberikan tarikh yang tepat waktu sebenar perang ini bermula. Keganasan pertama secara terbuka yang mencetuskan perangnya adalah iconklasme 1566. Kadangkala, penerimaan Sepanyol pertama pada kerusuhan (iaitu pertempuran Oosterweel 1567) adalah dianggap permulaan perang. Kebanyakan penerangan memberikan ketaklukan 1568 tentera askar upahan diupah oleh William dari Kerabat Oranye sebagai tarikh rasmi permulaan perang itu (rencana ini menggunakan pandangan itu). Permulaan perang ini kadangkala permulaan perang itu ditempatkan pada penangkapan Brielle pada 1572.

Templat:HistNl Republic