Adamhakeemiforv
Selamat datang ke Wikipedia, Adamhakeemiforv!
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda: | Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
|
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh: | atau: |
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
|
|
Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!
Peringatan
suntingTolong terjemahkan dahulu ayat dalam bahasa Indonesia ke dalam bahasa Melayu piawai. Saya ada perhatikan beberapa rencana yang awak buat sekadar salin (copy) ayat dari Wikipedia bahasa Indonesia dan lekatkan (paste) di dalam Wikipedia bahasa Melayu- seperti contoh rencana Airin Rachmi Diany. Saya harap kedepannya, awak boleh baiki- dan elakkan menyalin tampal. Selamat menyunting, dan cegah diri daripada disekat. Salam hormat, Wiki Farazi bincang 11:12, 14 April 2024 (UTC)
- Baik, tuan. Saya minta maaf atas kekhilafan saya. Lain kali, saya akan berusaha untuk menterjemahkan siap-siap sebelum penerbitan. Terima kasih, dan salam hormat. Adamhakeemiforv (bincang) 11:21, 14 April 2024 (UTC)
Jangan salin bulat bahasa Inggeris
suntingHi Adam Hakeem. Listen, I know you are an international school student and you mean well in making the Malay pages as good in quality as the English ones, but not everything from the English wiki is relevant to the Malay wiki that you have to copy paste translate everything in bulk. There were whole paragraphs in entries like the Eiffel Tower and Robert Oppenheimer that have already made redundant by contents in their previous versions, even then their poor grammar shows a lack of careful reviewing to them in your revisions before you press send.
A veteran user got banned for this kind of wholesale translation. Besides, bulk translation is hard on your brain. Relax... just translate one paragraph a day is already enough for good quality. Write in easy language, as if you have a grandparent or relative that does not understand English and only knows Malay, how would you explain to them. That is all!
anonymous 08:21, 25 April 2024 (UTC)
- Baiklah tuan. Saya minta maaf kerana saya agak cuai bila menterjemahkan rencana dari EN Wiki. Itu saya mengaku, sebab saya bersikap agak kompetitif (kawan saya tukang edit dari ID Wiki, dan kami kerap berlumba siapa boleh buat paling banyak suntingan/ciptaan rencana dalam tempoh sehari 😅). Tetapi sekarang saya faham itu agak menyusahkan untuk para pembaca, dan saya tidak akan membuatnya lagi. Saya akan utamakan semakan kemutuan rencana saya di kotak pasir terlebih dahulu sebelum menerbitkannya di laman utama selepas ini. Terima kasih kerana memberitahu saya.
- Tetapi saya hanya nak kata yang suntingan saya di rencana Robert Oppenheimer sebenarnya diambil dari ID Wiki, dan saya memang baca setiap perenggan yang saya salin dari atas ke bawah untuk pastikan saya tidak tertinggal kosa kata bahasa Indonesia dalam perenggan tersebut, dan juga menulis balik beberapa ayat untuk lebih menyesuaikannya dengan Bahasa Melayu Baku. Tetapi, seperti tuan berkata, mungkin sebab terlalu berat sangat terjemahan besar-besar, ia terlepas pandangan saya. Harap maaf, dan terima kasih kerana memaklumkan saya. Adamhakeemiforv (bincang) 11:15, 25 April 2024 (UTC)
[PENTING] Pengundian perlucutan hak penyelia
suntingSalam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 7 orang penyelia (termasuk 3 birokrat) oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu:
- Pengguna:Ricky250 (laman pengundian)
- Pengguna:Rachun Dunia (laman pengundian)
- Pengguna:SNN95 (laman pengundian)
- Pengguna:Irfanshaharuddin (laman pengundian)
- Pengguna:Aurora (laman pengundian)
- Pengguna:Zamwan (laman pengundian)
- Pengguna:Yosri (laman pengundian)
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengundi. Teruskan menyumbang di Wikipedia, semoga ia terus berkembang.
[PENTING] Pengundian perlucutan hak penyelia
suntingSalam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 7 orang penyelia (termasuk 3 birokrat) oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu:
- Pengguna:Ricky250 (laman pengundian)
- Pengguna:Rachun Dunia (laman pengundian)
- Pengguna:SNN95 (laman pengundian)
- Pengguna:Irfanshaharuddin (laman pengundian)
- Pengguna:Aurora (laman pengundian)
- Pengguna:Zamwan (laman pengundian)
- Pengguna:Yosri (laman pengundian)
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengundi. Teruskan menyumbang di Wikipedia, semoga ia terus berkembang. - CyberTroopers bincang/sumbangan 16:21, 2 Jun 2024 (UTC)
Rencana organisma genus Clytobius
suntingSalam saudara, apakah saudara mempunyai rujukan untuk organisma genus-genus ini? Saya tidak menjumpai apa-aoa info berkenaannya. Boleh saudara letakkan rujukan dalam rencana terbabit? Sekian. - CyberTroopers bincang/sumbangan 03:03, 3 Jun 2024 (UTC)
- Wsalam CyberTroopers. Boleh. Saya akan menyuntik rujukan dalam rencana tersebut secepat mungkin. Sekian. Adamhakeemiforv (bincang) 04:10, 3 Jun 2024 (UTC)
Penciptaan rencana besar-besaran
suntingSaya mohon saudara hentikan ciptaan rencana besar-besaran menggunakan perisian kerana laman yang anda cipta ada yang tidak menepati kelayakan dan tiada rujukan. Jika anda masih meneruskan, saya terpaksa menyekat anda. - CyberTroopers bincang/sumbangan 09:52, 11 Jun 2024 (UTC)
- Maaf CyberTroopers, tapi saya tak faham maksud apa tiada rujukan? Saya menterjemah rencana terus dari Wikipedia Bahasa Indonesia (dan sedikit dari Wikipedia Bahasa Cebu). Kalau tidak percaya boleh cari nama-namanya di situ. Adamhakeemiforv (bincang) 09:58, 11 Jun 2024 (UTC)
- Saya cadangkan anda menggunakan bot untuk penciptaan rencana tersebut kerana ia memenuhi log pengguna biasa sedangkan anda menggunakan bot bagi tujuan tersebut. Ini memberi masalah pada penyelia untuk menyemak rencana-rencana terbaru. Sila hentikan suntingan ini. - CyberTroopers bincang/sumbangan 10:08, 11 Jun 2024 (UTC)
- Seribu maaf CyberTroopers. Saya tak tahu bahawa penciptaan rencana saya mendatangkan masalah untuk para penyelia begitu sekali. Tapi saya cakap dengan sepenuh jujur yang saya tak menggunakan bot. Saya setakat ini hanya duduk rumah dengan tak berbuat apa-apa banyak sebab sedang menunggu intake untuk universiti, jadi saya ada banyak masa lapang yang saya penuhkan dengan menterjemahkan rencana-rencana tersebut. Sebenarnya, saya hanya merancang untuk menterjemahkan rencana-rencana tentang kumbang ini hanya sampai ada seseorang mengaturcarakan satu bot seperti Philosophical Zombie Bot di WikiID atau Lsjbot di WikiCEB dan WikiSV untuk WikiMS pula (saya tak pandai bidang programming semua ini).
- Bagi saya, oleh sebab tiada orang mahupun bot yang nak menjalankan tugas itu, jadi saya memutus untuk menjalankannya sendiri. Saya hanya mempunyai niat baik, untuk mengembangkan jumlah rencana untuk WikiMS, tapi saya faham sekarang bahawa saya hanya mendatangkan masalah. Saya akan berhenti segera. Terima kasih kerana memaklumi saya. Adamhakeemiforv (bincang) 10:25, 11 Jun 2024 (UTC)
- @Adamhakeemiforv Jadi sepenuhnya dicipta oleh anda secara manual, tanpa perisian/software atau Bot? - CyberTroopers bincang/sumbangan 16:54, 11 Jun 2024 (UTC)
- Ya. Saya autistik dan ada ADHD, jadi saya memang mampu hyperfokus kepada tugas begitu. Saya memang tak tau satu benda pun pasal cara nak guna bot Wikipedia, apa lagi mencipta satu sendiri. Adamhakeemiforv (bincang) 23:43, 11 Jun 2024 (UTC)
- @Adamhakeemiforv Maafkan saya atas salah faham, walau bagaimanapun, jika rencana tunas dengan kesemuanya kandungannya sama, saya cadangkan awak gunakan akaun lain yang didaftarkan sebagai Bot untuk sementara waktu. Ini bagi mengelakkan lambakan suntingan sama dalam log pengguna. Jika perlu apa-apa bantuan, jangan segan untuk bertanya.- CyberTroopers bincang/sumbangan 01:47, 13 Jun 2024 (UTC)
- Adakah Pengguna:Kimthami ini adalah awak juga? - CyberTroopers bincang/sumbangan 01:50, 13 Jun 2024 (UTC)
Maafkan saya atas salah faham, walau bagaimanapun, jika rencana tunas dengan kesemuanya kandungannya sama, saya cadangkan awak gunakan akaun lain yang didaftarkan sebagai Bot untuk sementara waktu. Ini bagi mengelakkan lambakan suntingan sama dalam log pengguna. Jika perlu apa-apa bantuan, jangan segan untuk bertanya.
- Tiada masalah, sahabat. Baik. Saya akan membuat sedemikian. Terima kasih atas cadangan anda!
Adakah Pengguna:Kimthami ini adalah awak juga?
- Bukan. Saya hanya memiliki akaun ini sahaja. Kalau tak silap saya, para admin mempunyai keistimewaan untuk melihat alamat IP para pengguna, jadi silalah lakukannya jika perlu. Adamhakeemiforv (bincang) 06:23, 13 Jun 2024 (UTC)
- Adakah Pengguna:Kimthami ini adalah awak juga? - CyberTroopers bincang/sumbangan 01:50, 13 Jun 2024 (UTC)
- @Adamhakeemiforv Maafkan saya atas salah faham, walau bagaimanapun, jika rencana tunas dengan kesemuanya kandungannya sama, saya cadangkan awak gunakan akaun lain yang didaftarkan sebagai Bot untuk sementara waktu. Ini bagi mengelakkan lambakan suntingan sama dalam log pengguna. Jika perlu apa-apa bantuan, jangan segan untuk bertanya.- CyberTroopers bincang/sumbangan 01:47, 13 Jun 2024 (UTC)
- Ya. Saya autistik dan ada ADHD, jadi saya memang mampu hyperfokus kepada tugas begitu. Saya memang tak tau satu benda pun pasal cara nak guna bot Wikipedia, apa lagi mencipta satu sendiri. Adamhakeemiforv (bincang) 23:43, 11 Jun 2024 (UTC)
- @Adamhakeemiforv Jadi sepenuhnya dicipta oleh anda secara manual, tanpa perisian/software atau Bot? - CyberTroopers bincang/sumbangan 16:54, 11 Jun 2024 (UTC)
- Saya cadangkan anda menggunakan bot untuk penciptaan rencana tersebut kerana ia memenuhi log pengguna biasa sedangkan anda menggunakan bot bagi tujuan tersebut. Ini memberi masalah pada penyelia untuk menyemak rencana-rencana terbaru. Sila hentikan suntingan ini. - CyberTroopers bincang/sumbangan 10:08, 11 Jun 2024 (UTC)
Berkenaan suntingan anda
suntingSalam sejahtera Adamhakeemiforv, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan penciptaan rencana anda dalam Wikipedia ini. Namun ada beberapa masalah kualiti dalam rencana yang kamu cipta yang tergerak hati saya untuk tegur. Dalam rencana yang kamu cipta ini ada penggunaan bahasa Melayu yang salah seperti kesalahan ejaan dan ada yang jelas menggunakan perkataan dalam bahasa Indonesia. Saya harap kamu dapat memperbaiki kesalahan kamu ini. Kalau kamu tak tahu perkataan yang sebenar boleh sentiasa buat carian di laman web DBP - https://prpm.dbp.gov.my/
Sekali lagi terima kasih atas sumbangan kamu tetapi kita perlu pelihara juga kualiti sumbangan kita! Ceball1923 (bincang) 09:01, 12 Julai 2024 (UTC)
- Terima kasih banyak kerana memaklumi saya. Boleh sahabat beritahu saya rencana yang ada kesilapaan tersebut, supaya saya boleh membaikinya segera? Adamhakeemiforv (bincang) 05:02, 13 Julai 2024 (UTC)
- Di rencana Charles Greville ada beberapa perkataan yang kamu guna ialah istilah bahasa Indonesia dan bukan bahasa Melayu. Antaranya yang saya jumpa bagian sepatutnya bahagian, mulai sepatutnya mula (berdasarkan kegunaan). Tapi tak mengapa jika saya ada masa lebih nanti saya betulkan tatabahasa yang masih salah dalam rencana itu. :) Ceball1923 (bincang) 05:21, 13 Julai 2024 (UTC)
- Takpe, tolong jangan menyusahkan diri. Saya sudah memperbaiki kesilapan tersebut. Sekian 😁 Adamhakeemiforv (bincang) 06:00, 13 Julai 2024 (UTC)
- Di rencana Charles Greville ada beberapa perkataan yang kamu guna ialah istilah bahasa Indonesia dan bukan bahasa Melayu. Antaranya yang saya jumpa bagian sepatutnya bahagian, mulai sepatutnya mula (berdasarkan kegunaan). Tapi tak mengapa jika saya ada masa lebih nanti saya betulkan tatabahasa yang masih salah dalam rencana itu. :) Ceball1923 (bincang) 05:21, 13 Julai 2024 (UTC)
Mencipta laman baru
suntingSalam Sejahtera Adamhakeemiforv, boleh tak saya nak awak buat laman baru. Laman baru yang awak mencipta ialah “Orang Melayu Banjar” Sekian Terima kasih. Aqil55 (bincang) 12:14, 13 September 2024 (UTC)
- Boleh, tiada masalah. Berikan saya setempoh masa untuk kumpulkan sumber dan maklumat untuk rencana tersebut. Sekian Adamhakeemiforv (bincang) 11:05, 14 September 2024 (UTC)
Sumbangan anda
suntingSalam sejahtera. Terima kasih kerana memberi sumbangan terhadap penciptaan rencana pukal melalui akaun bot anda. Semoga Wikipedia Melayu ini makin berkembang dengan adanya rencana banyak macam ini. Dahulu Wikipedia Melayu pernah menduduki tempat ke 26 dan kini menduduki tempat ke 35. Kita agak kekurangan penyumbang rencana mungkin sebabkan kesibukan di dunia nyata. Apapun, saya sangat menghargai sumbangan anda dan terima kasih atas sumbangan anda di Wikipedia Melayu ini. Claude (bincang) 17:09, 17 September 2024 (UTC)