Perpustakaan persendirian

Perpustakaan persendirian ialah perpustakaan yang berada di bawah pemilikan individu tidak seperti pertubuhan awam, dan lazimnya digunakan oleh sekumpulan individu yang kecil seperti golongan bangsawan atau seorang individu. Meskipun begitu, perpustakaan persendirian lazimnya boleh dicapai oleh orang lain dengan keizinan pemilik. Kadangkala, sesetengah pemilik menjual perpustakaan persendirian mereka kepada pertubuhan-pertubuhan atau diwariskan setelah pemilik meninggal dunia. Dalam sesetengah kes, sebuah perpustakaan persendirian dijaga dalam jangka masa yang lama setelah pemilik asal meninggal dunia.[1]

Sebuah perpustakaan persendirian milik Charles Edward Brock.

Sejarah sunting

Zaman tamadun purba sunting

Tamadun Mesopotamia memiliki sejumlah besar perpustakaan persendirian dan kebanyakan perpustakaan ini mempunyai lebih 400 keping tablet.[2] Perpustakaan-perpustakaan ini membentuk asas kepada koleksi perpustakaan purba Ashurbanipal.[2] Tamadun Mesir Purba pula memiliki perpustakaan-perpustakaan persendirian, meskipun tidak banyak. Koleksi perpustakaan persendirian Mesir Purba termasuk buku-buku perubatan, astrologi dan kesusasteraan.[3][4]

Perpustakaan-perpustakaan persendirian Yunani Purba lazimnya dimiliki oleh golongan bangsawan serta golongan pakar seperti Aristoteles yang mengalu-alukan pelajarnya untuk menggunakan koleksi bukunya.[5] Perpustakaan-perpustakaan terawal Rom Purba adalah persendirian dan bertanggungjawab terhadap perkembangan perpustakaan awam di empayar tersebut.[6] Penerimaan kewujudan perpustakaan persendirian adalah ketara sejak Dinasti Song di China, dengan beberapa perpustakaan persendirian adalah terbuka kepada orang awam.[7][8]

 
Perpustakaan peribadi Johann Wolfgang von Goethe.

Zaman Pembaharuan dan penjajahan sunting

Zaman Pembaharuan menyaksikan golongan raja serta bangsawan membina perpustakaan-perpustakaan persendirian; sesetengah perpustakaan persendirian golongan diraja kini menjadi perpustakaan kebangsaan seperti Perpustakaan Nasional Perancis yang pada asalnya dimiliki oleh raja Charles V.

Golongan penjajah awal ke Amerika Utara menubuhkan perpustakaan-perpustakaan persendirian sejak awal abad ke-17.[9] Presiden-Presiden Amerika Syarikat terawal seperti George Washington dan Thomas Jefferson juga mempunyaik perpustakaan sebegini; Thomas Jefferson memiliki tiga buah perpustakaan peribadi sepanjang hayatnya.[10][11] Benjamin Franklin memiliki sebuah perpustakaan persendirian yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 4,726 buah judul. Rakannya, James Logan yang meminati buku juga memiliki sebuah perpustakaan peribadi dengan lebih 3,000 buah buku.[12] Beliau menukarkan taraf perpustakaannya menjadi perpustakaan awam pada 1745 dan diiktiraf sebagai perpustakaan pertama Amerika Syarikat.[13]

Zaman moden sunting

Kemunculan buku-buku sampul kertas menggalakkan penubuhan perpustakaan-perpustakaan persendirian dalam kalangan individu. Selain itu, organisasi-organisasi seperti firma guaman, hospital serta pertubuhan bukan untung juga menubuhkan perpustakaan khusus bagi kegunaan para pengkaji serta golongan pakar, dan lazimnya tidak dibuka kepada orang awam.

Rujukan sunting

  1. ^ Paull, John (2018) The Library of Rudolf Steiner: The Books in English, Journal of Social and Development Sciences. 9 (3): 21–46.
  2. ^ a b Simo Parpola (Januari 1983). "Assyrian Library Records" (PDF). Journal of Near Eastern Studies. University of Chicago Press. 42 (1): 1–29. doi:10.1086/372983. JSTOR 544744. Dicapai pada 29 Mac 2013.
  3. ^ Webb, Kerry (2013). ""The House of Books": Libraries and Archives in Ancient Egypt". Libri. 63 (1): 21–32. doi:10.1515/libri-2013-0002. ISSN 1865-8423.
  4. ^ Dollinger, André. "Libraries". An introduction to the history and culture of Pharaonic Egypt. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-09. Dicapai pada 2014-11-24.
  5. ^ Murray, Stuart A.P. (2009). The Library: An Illustrated History. New York, NY: Skyhorse Publishing. m/s. 84. ISBN 978-1-61608-453-0.
  6. ^ Bruce, Lorne (1986). "Palace and Villa Libraries from Augustus to Hadrian". The Journal of Library History. 21 (3): 510–552. ISSN 0275-3650. JSTOR 25541713.
  7. ^ Jiang, Xiaodong (2011). "Study on the book collection house as a terminology on Song Dynasty's literature records". Journal of Academic Libraries (dalam bahasa Inggeris). 29 (6): 108–112.
  8. ^ Ma, Yanxia (2011). "The characteristics and impact of the private collection open open to public in ancient China". Journal of Academic Libraries (dalam bahasa Inggeris). 29 (6): 113–118.
  9. ^ Kraus, Joe W. (1974). "Private Libraries in Colonial America". The Journal of Library History. 9 (1): 31–53. ISSN 0275-3650. JSTOR 25540549.
  10. ^ Parker, Lonnae O'Neal (25 May 2012). "Mount Vernon replicates George Washington's personal library". Washington Post. ISSN 0190-8286.
  11. ^ "Shadwell". Thomas Jefferson's Monticello. 26 April 1989. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-09. Dicapai pada 2015-03-17.
  12. ^ "Franklin and Logan: A Mentoring Friendship". Stenton. The National Society of The Colonial Dames of America, Pennsylvania. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-09. Dicapai pada 2015-03-17.
  13. ^ "The Loganian Library of Philadelphia". Information Science Today. 2011-03-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2015-03-17.

Bacaan lanjut sunting

  • Geddes-Brown, Leslie (2009). Books Do Furnish a Room (dalam bahasa Inggeris). London: Merrell. ISBN 978-1-85894-491-3.
  • Houston, George W. (2014). Inside Roman Libraries: Book Collections and Their Management in Antiquity. Studies in the history of Greece and Rome (dalam bahasa Inggeris). Chapel Hill: The University of North Carolina Press. ISBN 978-1-4696-1780-0.

Pautan luar sunting