Pertempuran Balikpapan (1942)
Pertempuran Balikpapan Pertama berlaku pada 23 hingga 24 Januari 1942 berhampiran dengan bandar Balikpapan, sebuah bandar yang menjadi pusat pengeluaran minyak petroleum dan pelabuhan penting di Pulau Borneo. Bandar ini sebelumnya adalah jajahan di bawah tanah jajahan Hindia Timur Belanda.
Pertempuran Balikpapan Pertempuran Pertama (1942) | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dunia Kedua, Perang Pasifik | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Belanda Amerika Syarikat | Empayar Jepun | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Cornelis van den Hoogenband William A. Glassford Paul H. Talbot |
Shizuo Sakaguchi Shoji Nishimura | ||||||
Kekuatan | |||||||
Darat: 1,100 infantri Laut: 4 kapal pembinasas Udara: 29 kapal terbang |
Darat: 5,500 infantri, 1,100 kelasi Laut: 3 bot peronda, 12 kapal pengangkut | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
tidak diketahui |
korban tidak diketahui, 1 bot peronda tenggelam, 6 kapal pengangkut tenggelam |
Selepas menawan kawasan perlombongan petroleum di Tarakan selepas Pertempuran Tarakan, pasukan Tentera Jepun di bawah pimpinan Mejar Jeneral Shizuo Sakaguchi dari detasmen Sakaguchi mara menuju Balikpapan dengan harapan lombong-lombong minyak tidak dimusnahkan oleh pihak Belanda.
Pertahanan di kawasan Balikpapan sunting
Tentera Belanda di Balikpapan berjumlah kira-kira 1,100 orang di bawah pimpinan Kolonel C. van den Hoogenband. Bandar Balikpapan sendiri dilindungi pantai dan pertahanan meriam anti kapal terbang dan artileri medan. Laluan masuk ke pelabuhan dilindungi kawasan periuk api yang dipasangkan oleh kapal Soemenep (Lt. T. Jellema).
Pada 18 Januari 1942, pemerintah pasukan Belanda memberikan arahan untuk memusnahkan kawasan perlombongan minyak di Balikpapan dan untuk memindahkan kakitangan dan keluarga mereka ke Samarinda. Walaupun demikian, kerosakan yang dibuat tidak menyeluruh, dan hanya melibatkan tangki simpanan minyak, paip dan juga dermaga khas petroleum di pelabuhan.
Mulai 22 Januari 1942, kumpulan kapal-kapal Jepun kelihatan bergerak arah selatan. Pada 24 Januari 1942, kapal terbang pengebom Belanda menyerang konvoi Jepun tersebut. Walaupun diserang, konvoi tersebut berjaya mendaratkan pasukan darat Tentera Jepun kira-kira 3 baru dari lapangan terbang Balikpapan.
Pasukan tempur yang didaratkan tidak diberikan apa-apa tentangan oleh Tentera Belanda dan menjelang pagi telah menguasai lapangan terbang Balikpapan. Kemaraan ke arah selatan dilambatkan dengan kemusnahan beberapa buah jambatan dan pasukan tempur ini memasuki bandar Balikpapan pada tengah malam 25 Januari 1942. garison askar Belanda yang bertahan di Balikpapan telah diundurkan ke pertahanan lain di Kalimantan.
Selepas Balikpapan diduduki, pasukan di bawah pemerintahan Lt. Col. Kume ditugaskan melindungi kawasan perlombongan petroleum. Tentera Jepun yang lain di bawah pimpinan Sakaguchi bergerak ke selatan untuk menakluk Banjarmasin di Kalimantan Selatan, untuk menguasai sumber minyak, getah, hasil balak dan juga arang batu. Banjarmasin akan digunakan sebagai batu loncatan untuk penaklukan Pulau Jawa.
Balikpapan dikuasai oleh Tentera Jepun sehingga bulan Julai 1945 apabila ditewaskan oleh askar-askar Australia dalam Pertempuran Balikpapan (1945).
Serangan balas Belanda sunting
Pada tengah hari 23 Januari 1942, 9 buah kapal terbang pengebom Model 166 (B-10) Belanda menyerang konvoi Jepun dan berjaya menenggelamkan kapal Nana Maru dan merosakkan kapal Tatsugami Maru. Berhampiran Balikpapan, kapal selam Belanda K-XVIII (Lt. Cdr. van Well Groneveld), menyerang dan berjaya menenggelamkan kapal Tsuruga Maru dan merosakkan bot peronda P-37.
Serangan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat sunting
Sementara pasukan penaklukan Tentera Jepun mendarat untuk menguasai Balikpapan, ABDA mengarahkan Divisyen Kapal Pembinasa Ke-59 Laksamana Muda William A. Glassford dan Kommander Paul H. Talbot menyerang pasukan Tentera Laut Jepun di bawah pimpinan Laksamana Muda Shoji Nishimura pada 24 Januari kira-kira jam 02:45 pagi. Pasukan kapal pembinasa Amerika terdiri dari USS Paul Jones, USS Parrott, USS Pope dan USS John D. Ford menyerang 12 buah kapal pengangkut yang berlabuh berhampiran pantai. 3 buah kapal pengangkut Jepun (Kuretake Maru, Sumanoura Maru, Tatsukami Maru) bersama sebuah bot peronda (P-37) berjaya dimusnahkan menggunakan torpedo. Ini merupakan kali pertama Tentera Laut Amerika Syarikat bertempur di rantau Asia Tenggara sejak Pertempuran Teluk Manila dalam tahun 1898.
Kejatuhan Banjarmasin sunting
Serangan ke atas Banjarmasin dibuat dengan memusatkan pasukan darat di bawah pimpinan Kolonel Kyohei Yamamoto dengan bantuan dari pasukan yang dipimpin oleh Kapten Yoshibumi Okamoto dari Rejimen ke-146 Infantri yang menyerang dari arah laut.
Pasukan darat mula bergerak pada 30 Januari 1942, tiga hari selepas tarikh pergerakan pasukan yang menyerang dari arah laut (bergerak pada 27 Januari 1942). Pasukan serangan darat merentas hutan tebal dan terpaksa melalui keadaan panas hutan tropika dan hujan. Tetapi pasukan ini dengan pantas menawan dan menduduki bandar-bandar kecil Moera Oeja, Bongkang, Tandjoeng, Amoentai, Barabai, Kandangan dan Rantau. Pasukan serangan dari arah laut hanya bergerak pada waktu malam dan melancarkan serangan mengejut ke atas Kotabaru di Pulau Laut.
Selepas menduduki lapangan terbang Martapura, bandar Banjarmasin jatuh ke tangan tentera Jepun pada 10 Februari 1942 tanpa apa-apa tentangan diberikan. Pasukan Belanda di bawah pimpinan Kolonel H. T. Halkema telah sebelumnya berundur ke lapangan terbang Kotawaringin di Kalimantan Tengah.
Rujukan sunting
- Costello, John (2002), "The Pacific War", Perennial - HarperCollins, ISBN 0-688-01620-0