Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan membimbing saudara baru di Malaysia dalam bentuk kewangan mahupun ilmu agama. Saudara baru yang berjaya dibimbing akan mencurahkan bakti meneruskan dakwah dalam kalangan masyarakat.

PERKIM ditubuhkan pada 19 Ogos 1960 bertujuan membantu orang ramai yang hendak memeluk agama Islam. Perkim mempunyai 13 bahagian iaitu di setiap negeri untuk menyampaikan syiar Islam.[1]

PengasasSunting

Pengasas PERKIM ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.[1]

Pengerusi PERKIMSunting

Tan Sri SOK Ubaidullah (1960-1964) sebagai Yang Dipertua pertama PERKIM, memulakan usaha dakwah pada peringkat awalnya menekankan pendidikan kepada saudara baru dan umat Islam.

Pengganti beliau, Tan Sri Yusoff Ibrahim (1964-1968), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Zain (1969-1971), Tan Sri Yusoff Ibrahim (1964-1968), bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1974-1989), Tan Sri Abdul Taib Mahmud (1989-2006) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (2006 sehingga sekarang).

Wanita PERKIMSunting

Wanita PERKIM mengadakan aktiviti khususnya untuk wanita.

Kelab PERKIMSunting

Kelab PERKIM ditubuhkan di beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Anak muda akan memudahkan tugasan dakwah terutama dalam kalangan remaja terutama menerusi media internet.

Koperasi PERKIMSunting

Koperasi PERKIM Malaysia Berhad terbuka kepada semua ahli PERKIM dan orang awam. PERKIM perlu menjana pendapatan untuk pertubuhan dan ahli. Koperasi ini menyediakan perlindungan insurans dan khairat kematian. Perasmian akan dilakukan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Tokoh PERKIMSunting

Antara tokoh Perkim ialah Dr Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi, Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, Ustaz Muhammad Farhan Al-Hafiz, Puan Sofia Yeong Mei Foong dan Masyitah Choon. Mereka melafazkan syahadah dan PERKIM menjadi saksi.[2]

Jubli Emas PERKIMSunting

Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Datuk Hasbullah Lebai Isa menyatakan sambutan 50 tahun Perkim diadakan pada 5 hingga 7 November 2010. Acara kemuncak pada 6 Oktober apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikannya di Masjid Wilayah Persekutuan.

Dokumen sejarah penubuhan PERKIM diserahkan kepada Jabatan Arkib Negara. Buku ucapan Dr Mahathir Mohamad bertajuk Tajdid Pemikiran Islam Tun Dr Mahathir turut dilancarkan.

Konvensyen Tajdid Pemikiran Islam dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Kertas kerja disampaikan oleh Felo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Ismail Ibrahim dan Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof Datuk Dr Mohd Yusuf Osman dengan tajuk "Hala tuju Dakwah Ke arah Pembinaan Generasi Qurani Era Globalisasi". Kertas kerja dibahaskan Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaya. Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Prof Dr Abdul Latif Samian.

RujukanSunting

Pautan luarSunting