Pesawat tempur ringan

Pesawat tempur ringan merupakan sebuah pesawat tentera berenjin jet, pelbagai peranan ringan yang biasanya dibangunkan daripada rekabentuk pesawat latihan termaju, yang direka untuk terlibat dalam misi-misi tempur ringan. Misi ini mungkin adalah misi serangan ringan, pengawasan, peranan larangan udara atau peranan latihan. Tipikalnya ia mempunyai halaju lebih rendah berbanding pesawat serangan atau pelbagai peranan yang lebih besar seperti F-18, F-15E Strike Eagle, atau Mig-29. Kebanyakan pesawat tempur ringan kebanyakan mempunyai halaju subsonik, meskipun ada antaranya mampu mencapai Mach 1+. Sebuah pesawat tempur ringan boleh dilengkapi dengan bom, pod meriam atau peluru berpandu udara ke udara jarak dekat yang digunakan dalam misi-misi COIN atau CAS. Beberapa pesawat telah dibangunkan untuk mengintegrasikan persenjataan yang lebih moden seperti bom pintar, peluru berpandu udara ke darat, pod ECM (Electronic Countermeasure), dan sistem sasaran elektronik untuk meningkatkan keupayaan misi yang lebih baik.[1][2][3][4][5][6] Bagaimanapun, pesawat ini biasanya digunakan untuk mempertahankan diri atau misi-misi menentang pesawat atau helikopter musuh, dan bukannya untuk misi-misi pertahanan udara yang biasanya dilaksanakan oleh pesawat pejuang ringan. Beberapa pesawat tempur ringan mampu melaksanakan pertempuran udara ke udara atau pertahanan udara titik jika dilengkapi dengan sistem radar pelbagai mod. Walaupun begitu, majoriti pesawat ini tidak boleh melaksanakan misi-misi ini di sebabkan rekabentuknya yang kecil dan keupayaan yang terhad. Pesawat tempur ringan sering kali digunakan untuk meronda udara dan melaksanakan rondaan sempadan atau udara.

Pesawat Aero L-159 Alca, sejenis pesawat tempur ringan

Senarai pesawat tempur ringan aktif sunting

Negara Pengeluar Pesawat Diperkenalkan Versi Pembangunan Foto
  Amerika Syarikat Northrop Corporation F-5 1962 Canadair CF-5
Northrop F-20 Tigershark
Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan pelbagai peranan  
  Iran HESA Azarakhsh 1997 HESA Saeqeh
HESA Kowsar
Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan pelbagai peranan, diterbitkan daripada F-5  
  India Hindustan Aeronautics Limited HAL Tejas 2015 Versi tentera laut LCA Mark 1A Mark-1 akan dibangunkan kepada Mark-1A  
  Republik Czech Aero Vodochody L-159 ALCA 2000 L-159T1,T2,A/B Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan pelbagai peranan, diterbitkan daripada L-59  
  Jerman
  Perancis
Dornier dari Jerman
and Dassault-Breguet dari Perancis
Alpha jet MS2, ATS 1973 Jet A/B,2 Versi MS dan ATS diubahsuai dan dinaik taraf  
  Itali Alenia Aermacchi M-346FA/FT 2004 Pesawat latihan M-346 Improved and modified M346FA/FT for multirole fighter and attack missions  
MB-339C 1979 A/B Versi C diubahsuai dan dinaiktaraf  
  Korea Selatan Korea Aerospace Industries TA-50 2005 T-50 Versi ke-2, evolusi daripada T-50 AJT, diubahsuai dan dinaiktaraf  
FA-50 2012 Versi ke-3, evolusi daripada pesawat T-50 AJT  
  United Kingdom BAE Systems MAS Division BAE Hawk 200 1976 Hawk 100 Dibangunkan dan direka semula daripada pesawat latihan Hawk, naik taraf senjata dan penderia untuk peranan udara ke udara, udara ke darat dan maritim  
  Yugoslavia Aeronautical Technical Institute G-4MD Super Galeb 1983 G-4/S Versi 4M diubahsuai dan dinaik taraf  
  Republik Rakyat China
  Pakistan
Chengdu Aircraft Corporation (CAC) of China,Pakistan Aeronautical Complex(PAC) JF-17 2007 JF-17B, C Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur pelbagai peranan  
  Republik Rakyat China Hongdu L-15 2010 A, AW, B, Z, JL-10 Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan dan latihan termaju  
Guizhou Aircraft Industry Corporation FTC-2000G FTC-2000, JL-9 Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan dan latihan termaju  
  Rusia Yakovlev YAK-130 1996 YAK-131 Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan dan latihan termaju  

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ T-50 Golden Eagle Jet Trainer and Light Attack Aircraft, South Korea. Air Force Technology.
  2. ^ "국방일보". dema.mil.kr.
  3. ^ http://www.flightglobal.com/articles/2008/08/11/310538/serbian-air-force-targets-fleet-modernisation.html
  4. ^ http://bemil.chosun.com/nbrd/data/10040/upfile/201009/20100925140812_2.jpg
  5. ^ https://www.leonardocompany.com/en/-/focus-aermacchi-m346fa-multirole
  6. ^ https://www.airforce-technology.com/projects/m-346fa-fighter-attack-aircraft/


Pautan luar sunting