Phobos (nama sistematik: Mars I, "Marikh I") ialah salah satu daripada dua satelit semula jadi yang mengelilingi Marikh, satu lagi ialah Deimos.[8]

Phobos
Gamber berwarna Phobos dari Mars Reconnaissance Orbiter dengan kawah Stickney di sebelah kanan
Penemuan
Ditemui olehAsaph Hall
Tarikh penemuan18 Ogos 1877
Designasi
Sebutan/ˈfbɒs/[1] or /ˈfbəs/[2]
Dinamakan sempenaΦόβος (Phobos)
Adjektif'Phobian[3] /ˈfbiən/[4]
Ciri-ciri orbit
Epok J2000
Periapsis9234.42 km[5]
Apoapsis9517.58 km[5]
Paksi semimajor9376 km[5] (2.76 jejari Marikh)
Kesipian0.0151[5]
Tempoh orbit0.31891023 h
(7 jam 39.2 minit)
Kelajuan purata orbit2.138 km/s[5]
Kecondongan1.093° (mengikut khatulistiwa Marikh)
0.046° (mengikut satah Laplace)
26.04° (mengikut ekliptik)
Satelit bagiMarikh
Ciri-ciri fizikal
Dimensi27 × 22 × 18 km[5]
Min jejari11.2667 km
(1.76941 mBumi)
Luas permukaan1548.3 km2[5]
(3.03545 µBumi)
Isi padu5783.61 km3
(5.33933 nBumi)
Jisim1.0659×1016 kg[5]
(1.78477 nBumi)
Min ketumpatan1.876 g/cm3[5]
Graviti permukaan khatulistiwa0.0057 m/s2[5]
(581.4 µ g)
Halaju lepas11.39 m/s
(41 km/h)[5]
Tempoh putaranSegerak
Halaju putaran khatulistiwa11.0 km/j (6.8 mph) (di paksi terpanjang)
Kecondongan paksi
Albedo0.071±0.012[6]
Magnitud ketara11.8[7]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Phobos ialah suatu objek yang kecil dan berbentuk tidak sekata, dengan jejari purata 11 km, dan tujuh kali lebih besar daripada Deimos. Phobos mengelilingi Marikh pada jarak 6,000 km dari planet itu, jarak paling dekat suatu satelit semula jadi dengan planet induk dalam kalangan bulan-bulan Sistem Suria. Phobos melengkapi satu putaran orbit dalam masa hanya 7 jam 39 minit. Dari Marikh, Phobos terbit dari barat, muncul di langit dalam 4 jam 15 minit atau kurang lalu terbenam di timur dua kali setiap hari Marikh.

Model dan gambar Phobos mendapati bahawa bulan ini sedang dimusnahkan akibat interaksi pasang surut. Phobos menjadi semakin dekat dengan Marikh sebanyak dua meter setiap seratus tahun, dan Phobos dianggarkan akan berlanggar dengan Marikh atau musnah menjadi cincin planet dalam masa 30 ke 50 juta tahun akan datang.[9]

Ciri-ciri sunting

 
Kawah Stickney dan kawah Limtoc di dalam kawah tersebut.

Phobos mempunyai dimensi 27 km × 22 km × 18 km dan memiliki jisim yang terlalu sedikit untuk memiliki graviti yang cukup kuat membentuk Phobos menjadi sfera.[10] Phobos ialah salah satu badan yang paling kurang memantulkan cahaya, dengan albedo kira-kira 0.071. Suhu permukaan Phobos adalah daripada −4 °C di kawasan terdedah sinaran Matahari ke −112 °C di kawasan yang terlindung.[9]

Ketumpatan Phobos adalah terlalu rendah untuk menganggap Phobos sebagai batuan pejal, dan diketahui bersifat poros secara ketara.[11][12][13] Keputusan-keputusan ini mencadangkan bahawa Phobos mungkin memiliki jumlah ais yang banyak.

Phobos mempunyai banyak kawah.[14] Kawah yang paling utama ialah Stickney, sebuah kawah hentaman besar dengan diameter lebih kurang 9 km, mengambil luas permukaan yang besar berbanding permukaan Phobos. Hentaman yang membentuk kawah Stickney hampir menghancurkan Phobos.[15]

Sejarah sunting

Phobos dijumpai oleh ahli astronomi, Asaph Hall pada 18 Ogos 1977 di Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat di Washington, D.C., beberapa hari selepas beliau menemui satu lagi bulan Marikh, Deimos.[16][17] Nama Phobos (asalnya dieja sebagai Phobus) dicadangkan oleh Henry Madan (1838–1901), ahli sarjana sains dari Kolej Eton berdasarkan watak mitologi Yunani.[18][19]

Penjelajahan sunting

Phobos telah diambil gambarnya secara dekat oleh beberapa kapal angkasa dengan misi utama untuk mengambil gambar Marikh. Gambar pertama yang diambil ialah gambar daripada Mariner 7 pada 1969, diikuti dengan Viking 1 pada 1977, Mars Global Surveyor pada 1998 dan 2003, Mars Express (2004, 2008, 2010 dan 2019), dan Mars Reconnaissance Orbiter paad 2007 dan 2008.

Kesatuan Soviet pernah menjalankan program Phobos yang terdiri daripada dua pendarat, Phobos 1 dan Phobos 2 yang dilancarkan pada Julai 1988. Phobos 1 gagal sebelum mendarat akibat masalah teknikal manakala operasi Phobos 2 terhenti sebelum kajian lanjutan terhadap Phobos dapat dilakukan.

Rujukan sunting

  1. ^ Templat:Lexico
  2. ^ "Moons of Mars – the Center for Planetary Science".
  3. ^ Harry Shipman (2013) Humans in Space: 21st Century Frontiers, m/s. 317
  4. ^ The Century Dictionary and Cyclopedia (1914)
  5. ^ a b c d e f g h i j k "Mars: Moons: Phobos". NASA Solar System Exploration. 30 September 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2013. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  6. ^ "Planetary Satellite Physical Parameters". JPL (Solar System Dynamics). 13 Julai 2006.
  7. ^ "Mars' Moons".
  8. ^ "Mar's moon Phobos". NASA. NASA. Dicapai pada 16 Julai 2016.
  9. ^ a b "NASA – Phobos". Solarsystem.nasa.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2014. Dicapai pada 4 Ogos 2014.
  10. ^ "Solar System Exploration: Planets: Mars: Moons: Phobos: Overview". Solarsystem.nasa.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2014. Dicapai pada 19 Ogos 2013.
  11. ^ "Porosity of Small Bodies and a Reassesment of Ida's Density". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2007. When the error bars are taken into account, only one of these, Phobos, has a porosity below 0.2...
  12. ^ "Close Inspection for Phobos". It is light, with a density less than twice that of water, and orbits just 5,989 kilometer (3,721 bt) above the Martian surface.
  13. ^ Busch, Michael W.; Ostro, Steven J.; Benner, Lance A. M.; Giorgini, Jon D.; dll. (2007). "Arecibo Radar Observations of Phobos and Deimos". Icarus. 186 (2): 581–584. Bibcode:2007Icar..186..581B. doi:10.1016/j.icarus.2006.11.003.
  14. ^ "Phobos".
  15. ^ "Stickney Crater-Phobos". One of the most striking features of Phobos, aside from its irregular shape, is its giant crater Stickney. Because Phobos is only 28 kali 20 kilometer (17 kali 12 bt), it must have been nearly shattered from the force of the impact that caused the giant crater. Grooves that extend across the surface from Stickney appear to be surface fractures caused by the impact.
  16. ^ "Notes: The Satellites of Mars". The Observatory. 1 (6): 181–185. 20 September 1877. Bibcode:1877Obs.....1..181. Dicapai pada 4 Februari 2009.
  17. ^ Hall, Asaph (17 Oktober 1877). "Observations of the Satellites of Mars". Astronomische Nachrichten (Ditandatangani pada 21 September 1877). 91 (2161): 11/12–13/14. Bibcode:1877AN.....91...11H. doi:10.1002/asna.18780910103.
  18. ^ Madan, Henry George (4 Oktober 1877). "Letters to the Editor: The Satellites of Mars". Nature (Ditandatangani pada 29 September 1877). 16 (414): 475. Bibcode:1877Natur..16R.475M. doi:10.1038/016475b0.
  19. ^ Hall, Asaph (14 Mac 1878). "Names of the Satellites of Mars". Astronomische Nachrichten (Ditandatangani pada 7 February 1878). 92 (2187): 47–48. Bibcode:1878AN.....92...47H. doi:10.1002/asna.18780920304.

Pautan luar sunting