Ubur-ubur api

(Dilencongkan daripada Physalia physalis)

Ubur-ubur api (juga obor-obor api, nama saintifik: Physalia physalis) ialah sejenis ubur-ubur hidrozoa yang dijumpai dalam perairan tropika dan subtropika[6][7] di Lautan Atlantik dan Lautan Hindi, ia juga dianggap spesies sama jenis yang dijumpai paling utama di Lautan Pasifik. Ia satu-satunya spesies dalam genus Physalia dalam keluarga Physaliidae.[8]

Ubur-ubur api
Obor-obor api
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Physaliidae

Brandt, 1835[1]:236–238
Genus:
Physalia

Spesies:
P. physalis
Sinonim
Sinonim peringkat keluarga[3]
  • Physalidae Brandt, 1835 (ejaan asal)
Sinonim peringkat genus[4]
Sinonim peringkat spesies[5]

Ubur-ubur ini mempunyai sengatan yang amat menyakitkan dan masih beracun walaupun dalam keadaan yang sudah mati dan terhanyut bangkainya.[9][10]

Spesies ini ditemui terdampar di Pantai Pulau Kekabu Marang diikuti Pantai Pengkalan Maras dan Pantai Telok Ketapang, Kuala Nerus di negeri Terengganu awal Februari 2020.[9][11]

Anatomi

sunting

Badan obor-obor api terdiri daripada pundi lutcahaya yang berwarna biru, merah jambu atau ungu dengan ukuran 9–30 sentimeter panjang 15 sm tinggi atas permukaan air.[6] Pundi ini diisi dengan gas karbon monoksida yang dihasilkan ubur-ubur itu sendiri dan dicampurkan dengan gas-gas yang diresap daripada udara atmosfera[12][13] untuk mengapungkan diri hanyut dibawa angin laut.[6]

Sesungut ubur-ubur api berukuran sehingga 30 meter panjang. Sesungut ini ditarik badan ubur-ubur yang ditiup angin dan melekat kepada ikan yang terkena padanya[6] dan lumpuh akibat sel-sel nematosista kecil pada sesungut ini.[14]

Rujukan

sunting
  1. ^ Brandt, Johann Friedrich (1834–1835). "Prodromus descriptionis animalium ab H. Mertensio in orbis terrarum circumnavigatione observatorum. Fascic. I., Polypos, Acalephas Discophoras et Siphonophoras, nec non Echinodermata continens". Recueil Actes des séances publiques de l'Acadadémie impériale des Science de St. Pétersbourg 1834: 201–275 – melalui Biodiversity Heritage Library.
  2. ^ Lamarck, J. B. (1801). Système des animaux sans vertèbres. Paris, Perancis: oleh penulis dan Deterville. m/s. 355–356 – melalui Biodiversity Heritage Library.
  3. ^ Schuchert, P. (2019). "Physaliidae Brandt, 1835". World Register of Marine Species. Institut Marin Flanders. Dicapai pada 12 Januari 2022.
  4. ^ Schuchert, P. (2019). "Physalia Lamarck, 1801". World Register of Marine Species. Institut Marin Flanders. Dicapai pada 12 Januari 2022.
  5. ^ Schuchert, P. (2019). "Physalia physalis (Linnaeus, 1758)". World Register of Marine Species. Institut Marin Flanders. Dicapai pada 12 Januari 2022.
  6. ^ a b c d Munro, Catriona; Vue, Zer; Behringer, Richard R.; Dunn, Casey W. (Oktober 2019). "Morphology and development of the Portuguese man of war, Physalia physalis". Scientific Reports. Springer Science and Business Media LLC. 9 (1): 15522. Bibcode:2019NatSR...915522M. doi:10.1038/s41598-019-51842-1. ISSN 2045-2322. PMC 6820529. PMID 31664071.   Bahan disalin daripada sumber ini yang didapati di bawah Lesen Antarabangsa Atribusi 4.0 Creative Commons.
  7. ^ Lee, Daniel; Schaeffer, Amandine; Groeskamp, Sjoerd (Oktober 2021). "Drifting dynamics of the bluebottle (Physalia physalis)". Ocean Science. Copernicus GmbH. 17 (5): 1341–1351. Bibcode:2021OcSci..17.1341L. doi:10.5194/os-17-1341-2021. ISSN 1812-0792. S2CID 244189437 Check |s2cid= value (bantuan).   Bahan disalin daripada sumber ini yang didapati di bawah Lesen Antarabangsa Atribusi 4.0 Creative Commons.
  8. ^ "Physalia Lamarck, 1801". World Register of Marine Species. Institut Marin Flanders. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  9. ^ a b Wan Zulkifli, Wan Zuratikah Iffah (10 Januari 2022). "Obor-obor Portuguese Man o'War masih beracun walaupun sudah mati". Astro Awani. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  10. ^ Nurawazni Yusof (20 Februari 2020). "Jangan sentuh obor-obor api". Sinar Harian. m/s. 31.
  11. ^ Mohd Husin, Norainy; Yusuf, Yusri (Mac 2020). "Portuguese man o' war of Terengganu" (PDF). Academic Affairs. Universiti Malaysia Terengganu. m/s. 1–2. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  12. ^ Clark, F. E.; Lane, C. E. (1961). "Composition of Float Gases of Physalia physalis". Experimental Biology and Medicine. 107 (3): 673–674. doi:10.3181/00379727-107-26724. PMID 13693830. S2CID 2687386.
  13. ^ Wittenberg, Jonathan B. (April 1960). "The Source of Carbon Monoxide in the Float of the Portuguese Man-of-War, Physalia physalis L" (PDF). Journal of Experimental Biology. 37 (4): 698–705. doi:10.1242/jeb.37.4.698. ISSN 0022-0949. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 Ogos 2016. Dicapai pada 12 Februari 2013.
  14. ^ Yanagihara, Angel A.; Kuroiwa, Janelle M.Y.; Oliver, Louise M.; Kunkel, Dennis D. (Disember 2002). "The ultrastructure of nematocysts from the fishing tentacle of the Hawaiian bluebottle, Physalia utriculus (Cnidaria, Hydrozoa, Siphonophora)" (PDF). Hydrobiologia. 489 (1–3): 139–150. doi:10.1023/A:1023272519668. S2CID 603421. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 Mac 2016.