Piala Dunia Interaktif FIFA

Piala Dunia Interaktif FIFA (bahasa Inggeris: FIFA Interactive World Cup) (atau singkatannya FIWC), merupakan sebuah kejohanan permainan video tahunan yang dianjurkan secara rasmi oleh FIFA dan EA Sports. Kejohanan piala dunia maya ini disertai oleh jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia yang bertarung untuk mendapatkan kejuaraan ini. FIWC diiktiraf sebagai kejohanan atas talian paling terbesar pernah diadakan oleh Rekod Dunia Guinness[1].

Piala Dunia Interaktif FIFA
SukanFIFA (siri permainan video), E-Sukan
Musim Pertama2004
PenajaFIFA

Juara bertahan bagi kejohanan ini, Mohamad Al-Bacha dari Denmark, yang memenangi edisi tahun 2016 yang telah diadakan di bandar New York[2]. Beliau memenangi wang tunai sebanyak $20,000 serta berpeluang menyaksikan anugerah berprestij FIFA Ballon d'Or 2016[3].


Format sunting

Pemain yang berminat layak untuk bertanding dalam pusingan kelayakan menerusi menu permainan atas talian dalam permainan video FIFA. Selama enam musim setiap bulan, dua pemain yang menduduki kedudukan dua teratas serta pemain yang memiliki kadar menang/kalah terbaik dalam setiap musim akan bertanding dalam pusingan akhir yang diadakan di bandar utama sebagai tuan rumah.

Dalam format baru yang diperkenalkan pada tahun 2016, 32 orang pemain yang dipisahkan kepada 16 orang pemain menggunakan konsol Xbox One dan 16 orang pemain lagi menggunakan konsol PlayStation 4 bertanding dalam pusingan akhir. Setiap pemain dari konsol-konsol ini akan melawan antara satu sama lain dari pusingan 16 sehinggalah ke perlawanan akhir. Dua orang pemain yang bertanding dalam perlawanan akhir merupakan perlawanan di antara pemain yang menggunakan konsol Xbox One dan pemain yang menggunakan konsol PlayStation 4.

Bagi tahun 2017, pusingan kelayakan dibahagikan kepada beberapa zon serta jumlah konsol yang digunakan. Berikut merupakan pecahan pemain yang layak ke pusingan akhir yang diadakan di London.

  • 10 orang pemain dari Kelayakan Zon Eropah FIWC (5 PlayStation, 5 Xbox)
  • 8 orang pemain dari Kelayakan Zon Amerika FIWC (4 PlayStation, 4 Xbox)
  • 4 orang pemain dari Kelayakan Zon Rest Of World FIWC (2 PlayStation, 2 Xbox)
  • 8 orang pemain dari Siri Kejohanan Pasukan Terbaik (4 PlayStation, 4 Xbox)
  • 2 orang pemain dari kejohanan Piala Dunia Kelab Interaktif FIFA (1 PlayStation, 1 Xbox)


Senarai pemenang sunting

Tahun[4] Tarikh Tuan rumah[5] Pemenang Tempat kedua Keputusan
2004 19 Disember   Zurich   Thiago Carrico de Azevedo   Matija Biljeskovic 2–1
2005 19 Disember   London   Chris Bullard   Gabor Mokos 5–2
2006 9 Disember   Amsterdam   Andries Smit   Wolfgang Meier 6–4
2008 24 Mei   Berlin   Alfonso Ramos   Michael Ribeiro 3–1
2009 2 Mei   Barcelona   Bruce Grannec   Ruben Morales Zerecero 3–1
2010 1 Mei   Barcelona   Nenad Stojkovic   Ayhan Altundag 2–1
2011 7–9 Jun   Los Angeles   Francisco Cruz   Javier Munoz 4–1
2012 21–23 Mei   Dubai   Alfonso Ramos   Bruce Grannec 1–0
2013 6–8 Mei   Madrid   Bruce Grannec   Andrei Torres Vivero 1–0
2014 2–3 Julai   Rio de Janeiro   August Rosenmeier   David Bytheway 3–1[6]
2015 17–19 Mei   Munich   Abdulaziz Alshehri   Julien Dassonville 3–0
2016 20–22 Mac   New York City   Mohamad Al-Bacha[7]   Sean Allen 5–5 agg1
2017   London    

1Mohamad Al-Bacha menang dengan menggunakan peraturan gol lawan.


Rujukan sunting

  1. ^ Guinness World Records. "Watch live: Gamers battle out to win at record-breaking FIFA Interactive World Cup". Guinnessworldrecords.com. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  2. ^ "Mohamad Al-Bacha wins FIFA Interactive World Cup title for Denmark - FIFA.com". FIFA.com. Dicapai pada 3 Ogos 2016.
  3. ^ "Mohamad Al-Bacha is the best in the world at what he does.". Joe. Dicapai pada 25 Mei 2017.
  4. ^ "FIFA Interactive World Cup". FIFA.com. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  5. ^ "FIFA Interactive World Cup 2015 - Destination - FIFA.com". FIFA.com. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  6. ^ "August Rosenmeier wins first ever FIFA Interactive World Cup title for Denmark". FIFA. 3 Julai 2014. Dicapai pada 25 Mei 2017.
  7. ^ "FIFA Interactive World Cup: Mohamad Al-Bacha beats Sean Allen in final". Skysports.com.


Pautan luar sunting