Pilihan raya kecil Padang Terap 1985

Pilihan raya kecil Padang Terap 1985 telah diadakan pada Januari 1985 di Padang Terap, Kubang Pasu ,Kedah.Pilihan raya ini berakhir dengan UMNO/Barisan Nasional menang dengan mengalahkan PAS. Calon UMNO, Baharom Abu Bakar hanyalah lulusan darjah 6 dan ketua cawangan UMNO. Beliau berjaya mengalahkan calon PAS Halim Arshat. Dua calon Bebas hilang wang pertaruhan. Baharom mendapat 5702 undi dan cuma 606 lebih rendah berbanding Pilihan raya umum Malaysia 1982.

Sungguhpun Skandal BMF hebat diperkatakan tetapi ia tidak sedikitpun menjejaskan kewibawaan parti pemerintahan, BN. Begitu juga dengan krisis kepimpinan dalam MCA. Terdapat 2000 pengundi Cina di Padang Terap. Ahli parlimen Tan Sri Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin telah berundur .

Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar Kedah , Tan Sri Osman Bin Haji Aroff telah mengambil tanah di Kerpan, Sik, Tandop, Jerai, Merbok, Kuala Muda dan Bandar Baharu. Sebelum itu isu 'Mantoya' dikatakan telah 'menjatuhkan' Menteri Besar Kedah Datuk Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin . Drama koboi 'High Chapparal' mengisahkan kehidupan penternak lembu di kawasan Arizona , Amerika Syarikat pada 1870-an. Orang Red Indian telah mereka bunuh dengan anak panah dan Montoya telah membawa adiknya Manolito hidup bersama.

Tanah petani di Padang Terap pernah diambil untuk Syarikat Gula Padang Terap Berhad di zaman Dato' Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin menjadi Menteri Besar Kedah. Tanah itu dijadikan ladang tebu dan petani boleh bekerja pula di ladang tebu.


Buku "Mantoya 2 " ada menggambarkan suasana pilihan raya kecil ini.[1]

Peristiwa Lubuk Merbau sunting

Sehari sebelum hari pengundian, dilaporkan berlaku pertumpahan darah melibatkan lebih 200 orang ahli UMNO dan petugas jentera PAS di Felda Lubuk Merbau yang dianggap kawasan paling ramai bilangan pengundi berdaftar berakhir dengan satu kematian iaitu seorang penyokong PAS, Osman Talib dan puluhan lagi dikatakan ditimpa kecederaan akibat penggunaaan objek tajam. Ustaz Fadzil Mohd Noor mengepalai jentera Pilihanraya PAS di dalam Pilihanraya Kecil Padang Terap di Felda Lubok Merbau.

Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :

  1. Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
  2. Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
  3. Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
  4. Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
  5. Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
  6. Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.

Dua tahun selepas peristiwa itu (1985-1986), kes tersebut gagal diselesaikan. [2]

Rujukan sunting

  1. ^ Yusoff Arifin; 'Mantoya 2' 'Penerbitan Yazy, Jalan Haji Hussein, Kuala Lumpur; dicetak oleh T. W Press, Petaling Jaya , Selangor
  2. ^ [www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-14031986.pdf Penyata Rasmi Parlimen 1986]