Pilihan raya kecil Simpang Jeram 2023
pilihan raya kecil di Malaysia
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram 2023 ialah pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya negeri Johor ke-15 yang diadakan pada 9 September 2023.[1]
| |||||||||||||||||||||||||
Kerusi Simpang Jeram di Dewan Negeri Johor. Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak. | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 40,379 | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
|
Menurut perlembagaan negeri, kekosongan DUN perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas kekosongannya, iaitu sebelum 23 September 2023[2].
Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023.[3] Berikutan itu juga, Parlimen Pulai yang disandang turut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.
Calon Pakatan Harapan, Nazri Abdul Rahman menang dalam pilihan raya ini.[4]
Tarikh penting
suntingTarikh (2023) | Peristiwa |
---|---|
23 Julai | Kematian penyandang, Salahuddin Ayub[3] |
25 Julai | Pemakluman rasmi mengenai kekosongan luar jangka bagi DUN Simpang Jeram oleh Yang Dipertua Dewan Negeri, Mohd Puad Zarkashi.[2] |
3 Ogos | Mesyuarat khas penentuan tarikh-tarikh penting oleh Suruhanjaya Pilihan raya[2] |
19 Ogos | Pengumuman calon Pakatan Harapan dalam sebuah kenyataan media.[5] |
23 Ogos | Pengumuman calon Perikatan Nasional dalam sebuah majlis pelancaran. [6] |
26 Ogos | Hari penamaan calon[1][7] |
5 September | Hari pengundian awal[1][7] |
9 September | Hari mengundi[1][7] |
Keputusan
suntingKeputusan pilihan raya lepas (2022)
suntingNo. | Calon | Parti | Undi | Majoriti | Penyandang (2018) | Majoriti lepas (2018) |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Mahaizal bin Mahmor | Parti Pejuang Tanah Air | 208 | 2,399 | Salahuddin Ayub | 7,687 |
2 | Ustaz Zarul bin Salleh | Perikatan Nasional[n 1] | 6,350 | |||
3 | Datuk Seri Salahuddin Ayub | Pakatan Harapan[n 2] | 8,749 | |||
4 | Datuk Lokman Md Don | Barisan Nasional[n 3] | 6,062 |
Keputusan penuh (2023)
suntingNo. | Calon | Nama pada kertas undi | Parti | Undi | Majoriti | Penyandang (2022) | Majoriti lepas (2022) |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Mohd Mazri Yahya | Dr Mazri Yahya | Perikatan Nasional | 10,330 | 3,514 | Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH) | 2,399 |
2 | Nazri Abdul Rahman | Ir Ts Haji Nazri | Pakatan Harapan | 13,844 | |||
3 | Jeganathan Subramaniam | Jeganaathan | Bebas | 311 |
Nota
sunting- ^ Calon PAS yang mewakili gabungan Perikatan Nasional
- ^ Calon Parti Amanah Negara yang mewakili Pakatan Harapan.
- ^ Calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional.
Rujukan
sunting- ^ a b c d "PRK Parlimen Pulai, Dun Simpang Jeram ditetapkan 9 September - SPR". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-03. Dicapai pada 2023-08-03.
- ^ a b c "SPR mesyuarat 3 Ogos tentukan PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram". BH. 25 Julai 2023. Dicapai pada 3 Ogos 2023.
- ^ a b "Jenazah Salahuddin Ayub selamat dikebumikan". BH. 24 Julai 2023. Dicapai pada 3 Ogos 2023.
- ^ "Nazri menang di DUN Simpang Jeram". Sinar Harian. 2023-09-09. Dicapai pada 2023-09-09.
- ^ YAHYA, ROSKHOIRAH (2023-08-19). "PRK: Suhaizan, Nazri calon PH Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ HASHIM, MOHAMED FAIZAL (2023-08-23). "Zulkifli, Dr. Mazri calon PN di Pulai, Simpang Jeram". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ a b c RAHIM, MAISARAH SHEIKH (2023-08-03). "Hari mengundi PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram 9 September". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-03.