Plaza Sungei Wang
Plaza Sungei Wang (Cina: 金河廣場) ialah sebuah pusat beli-belah terkemuka yang terletak di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, beroperasi sejak tahun 1977.
Lokasi | Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia |
---|---|
Tarikh pembukaan | 1977 |
Pemaju | Sungei Wang Plaza Sdn Bhd |
Pengurusan | Sungei Wang Plaza Management Corporation |
Bil. gedung dan perkhidmatan | est. 200 |
Bil. penyewa utama | 1 (Parkson) |
Keluasan lantai peruncitan | kira-kira 1,200,000 kaki persegi (110,000 m2) |
Bil. tingkat | 7 (beli-belah), 3 (letak kereta) |
Lokasi
suntingPlaza Sungei Wang boleh dicapai melalui pengangkutan monorel di stesen Imbi atau Bukit Bintang.
Antara pusat beli-belah utama lain yang terletak di sekitarnya ialah Lot 10, Berjaya Times Square, Plaza Imbi, Plaza Low Yat, Plaza KL dan Starhill Gallery. Kesemua pusat beli-belah ini terletak dalam lingkungan Segitiga Emas di Kuala Lumpur. Gedung yang menjadi penghuni utamanya ialah Parkson. Plaza Bukit Bintang terletak bersebelahan dengan Sungei Wang.
Tingkat
suntingTingkat tiganya (IT@Sungei Wang) terkenal kerana diisi kedai-kedai kelengkapan komputer, perkakasan dan perisian IT. Pintu masuk Sungei Wang dihubungkan dengan jalan utama oleh laluan pejalan kaki bertema Fiesta Street yang dipenuhi restoran makanan Itali, Amerika, Cina, atau Asia Tenggara.
Tingkat | Jenis | Huraian |
---|---|---|
LG (Bawah Tanah) | Kedai Butik, Salon & Kelengkapan Audio | |
G (Bawah) | Restoran, Parkson, dsb. | |
1 | Stesen Monorel Bukit Bintang | |
2-3 | Klinik, pejabat, kedai komputer, dsb. | |
4 | Tempat letak kereta | |
6 | Trendy Zone |