Parkson
Parkson ialah sebuah syarikat peruncit yang popular di Malaysia yang menawarkan barangan-barangan pada kadar sederhana. Parkson ditubuhkan pada tahun 1987 sebagai salah sebuah rangkaian peruncitan terbesar di Malaysia pada ketika itu. Gedung-gedung berjenama Parkson Grand, Parkson Ria dan Parkson Elite semuanya dikendali oleh Parkson.
Jenis/bentuk sah | Perniagaan, syarikat awam |
---|---|
Industri | Retail |
Ditubuhkan | 1987 |
Pengasas | William Cheng |
Ibu pejabat | Klang, Selangor, Malaysia |
Syarikat induk | LION GROUP |
Tapak web | www.parkson.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Cawangan di Malaysia
suntingSehingga kini, Parkson mempunyai 37 buah cawangan di seluruh Malaysia. (Barat dan Timur Malaysia).
Bendera | Negeri | Jumlah Gedung |
---|---|---|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 6 | |
Wilayah Persekutuan Labuan | 1 | |
Wilayah Persekutuan Putrajaya | 1 | |
Johor | 4 | |
Kedah | 2 | |
Kelantan | 0 | |
Melaka | 1 | |
Negeri Sembilan | 1 | |
Pahang | 2 | |
Perak | 1 | |
Perlis | 0 | |
Pulau Pinang | 2 | |
Sabah | 2 | |
Sarawak | 6 | |
Selangor | 8 | |
Terengganu | 1 (Akan Datang) |
Cawangan luar Malaysia
suntingParkson di Kemboja
suntingMenteri Perdagangan Kerajaan Kemboja, telah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran komersial berhubung dengan penubuhan Parkson Kemboja Holdings pada 31 Disember, 2010.[perlu rujukan]
Parkson di China
suntingSelain di Malaysia, kehadiran Parkson turut terasa di China, dengan operasinya banyak tertumpu di kawasan-kawasan padat, termasuklah 36 buah gedung serbaneka berjenama Parkson dan dua buah gedung berjenama Xtra.[perlu rujukan]
Parkson di Vietnam
suntingSehingga november 2008, Parkson kini mempunyai 6 buah gedung di Vietnam iaitu empat buah di Bandar Raya Ho Chi Minh. Manakala, di Hai Phong dan Hanoi terdapat sebuah gedung.[perlu rujukan]
Pembukaan gedung Parkson di Saigontourist Plaza pada 29 Jun 2005 menandakan pintu masuk Parkson sebagai gedung terkemuka di Asia dan yang pertama bertaraf antarabangsa yang terletak di bandar Bandar Raya Ho Chi Minh.[perlu rujukan]
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Laman web rasmi Diarkibkan 2017-09-15 di Wayback Machine
- Bahasa Cina: {{{1}}} Laman web Parkson di China
- (Inggeris) Laman we Parkson di Vietam