Poales ialah nama botani untuk sebuah ordo merangkumi tumbuhan berbunga di bawah divisi Magnoliophyta.

Poales
Julat zaman: akhir Zaman Kapur - sekarang 65.5–0 Ma
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Poales

Keluarga

Lihat teks.

Lingkungan sistem taksonomi tumbuhan sunting

Sistem APG II sunting

Sistem APG II 2003 mengiktirafkan susunan Poales dan memasukkan susunan ini dalam klad komelinid di bawah monokot. Lingkungan sistem ini adalah berikut:

Dari segi ekonomi, famili yang paling penting ialah famili rumput-rumput (Gramineae atau Poaceae), yang merangkumi barli, jagung, sekoi, padi, dan gandum. Famili Poaceae ini merupakan famili yang terbesar dalam susunan ini, dan jauh melebihi pesaing-pesaingnya dari segi bilangan spesies:

  • Poaceae: 12,000 spesies
  • Cyperaceae: 5,000 spesies
  • Bromeliaceae: 1,400 spesies
  • Eriocaulaceae: 1,150 spesies

Anggaran-anggaran menempatkan keasalan Poales di Amerika Selatan hampir 115 juta tahun dahulu. Fosil-fosil terawal yang diketahui termasuk debunga dan buah-buahan yang telah ditarikhkan sebagai Zaman Batu Kapur Akhir (Bremer, 2000). Bunga-bunga susunan ini biasanya kecil sahaja dan dikurungkan oleh braktea, serta diatur dalam bentuk infloresen (kecuali untuk genus Mayaca yang mempunyai sekuntum bunga yang tunggal pada hujung tangkai. Bunga-bunga untuk banyak spesies mengamalkan pendebungaan angin; biji-bijinya biasanya mengandungi kanji.

Sistem APG sunting

Sistem APG 1998 menggunakan peletakan yang sama dengan sistem APG II (walaupun sistem ini menggunakan ejaan "commelinoids") dan menggunakan lingkungan berikut yang tidak merangkumi tumbuhan-tumbuhan dalam famili-famili Abolbodaceae, Bromeliaceae dan Mayacaceae:

  • famili Anarthriaceae
  • famili Centrolepidaceae
  • famili Cyperaceae
  • famili Ecdeiocoleaceae
  • famili Eriocaulaceae
  • famili Flagellariaceae
  • famili Hydatellaceae
  • famili Joinvilleaceae
  • famili Juncaceae
  • famili Poaceae
  • famili Prioniaceae
  • famili Restionaceae
  • famili Sparganiaceae
  • famili Thurniaceae
  • famili Typhaceae
  • famili Xyridaceae

Sistem Cronquist sunting

Sistem Cronquist tidak mengiktirafkan susunan Poales: tumbuhan-tumbuhan yang termasuk dalam sistem APG II dibahagikan kepada susunan-susunan Bromeliales, Cyperales, Hydatellales, Juncales, Restionales dan Typhales.

Sistem-sistem lain sunting

Dalam sistem-sistem yang awal, sebuah susunan yang merangkumi famili rumput-rumput tidak dinamakan sebagai Poales, tetapi menggunakan nama botani deskriptif seperti berikut:

Rujukan sunting

  • Bremer, Kåre (2000). Gondwanan Evolution of the Grass Alliance of Families (Poales) (Evolusi Gondwana untuk Famili-famili Rumput). Evolution 56: 1374-1387. [Boleh didapati dalam talian: Abstrak ]
  • Judd, W. S., C. S. Campbell, E. A. Kellogg, P. F. Stevens, M. J. Donoghue (2002). Plant Systematics: A Phylogenetic Approach (Sistematik Tumbuhan: Pendekatan Filogeni), edisi ke-2. pp. 276-292 (Poales). Sinauer Associates, Sunderland, Massachusetts. ISBN 0-87893-403-0.
  • Linder, H. Peter and Paula J. Rudall. 2005. Evolutionary History of the Poales (Sejarah Evolusi Poales). Annual Review of Ecology, Evolution, and Systematics 36: 107-124.
  • Small, J. K. (1903). Flora of the Southeastern United States (Flora Amerika Syarikat Tenggara), 48. New York, Amerika Syarikat

Pautan luar sunting

Susunan Liliopsida
OrchidalesPoalesZingiberales