Prince Rogers Nelson (7 Jun 1958 - 21 April 2016) atau lebih dikenali sebagai Prince ialah seorang penyanyi dan penulis lagu, instrumentalis, dan penerbit rakaman Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang inovator muzik dan dikenali untuk hasil karya eklektik beliau malah , dan pelbagai vokal luas. muziknya menerapkan pelbagai gaya, termasuk funk, rock, R&B, gelombang baru, soul, psikedelia, dan pop. Malah, beliau sering menonjol diri berpenampilan sangat ranggi dengan pakaian mewah dan solekannya.

Prince
Prince mengadakan persembahan di Coachella Valley Music and Arts Festival pada 2008
Kelahiran
Prince Rogers Nelson

(1958-06-07)7 Jun 1958
Meninggal dunia21 April 2016(2016-04-21) (umur 57)
Chanhassen, Minnesota, Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika Syarikat
Nama lainsebagai penghibur:
  • Camille
  • The Artist Formerly Known as Prince (TAFKAP)
  • The Artist[1]
sebagai penulis lagu:
  • Jamie Starr
  • Joey Coco
  • Tora Tora
  • Alexander Nevermind
  • Christopher Tracy
Pekerjaan
Tahun aktif1976 – 2016
PasanganMayte Garcia (k. 1996; c. 1999)
Manuela Testolini (k. 2001; c. 2006)
Kerjaya muzik
Genre
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Alat muzik terkenal
  • Hohner MadCat Telecaster
  • Model C
  • Cloud
  • Symbol ("Habibi")
  • G1 Purple Special

Beliau telah menjual lebih 150 juta rekod di seluruh dunia, menjadikan beliau salah seorang artis yang paling laris sepanjang masa.[2] Beliau memenangi tujuh Anugerah Grammy, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk filem Purple Rain. Beliau telah dimasukkan ke dalam Rock dan Roll Hall of Fame pada tahun 2004, tahun pertama kelayakan. Majalah Rolling Stone menyenaraikan kedudukan Prince di nombor 27 dalam senarai 100 "artis yang paling berpengaruh zaman rock & roll".[3] Kerjaya seninya turut banyak mempengaruhi sebilangan artis muda termasuk Alicia Keys, Usher, Janelle Monáe, The Weeknd, Lady Gaga, Lenny Kravitz, Andre 3000, Frank Ocean serta Ween.[4][5][6]

Biografi sunting

Awal hidup sunting

Prince Rogers Nelson lahir pada 7 Jun 1958 di Minneapolis, Minnesota; beliau anak sulung[nota 1] Mattie Della (née Shaw) - seorang pemuzik jazz - dan John Lewis Nelson, seorang penggubah lagu;[9] beliau dinamakan "Prince Rogers" sempena nama pentas ayahnya semasa dia dan ibunya dalam kugiran jazz Prince Rogers Trio.[10] Kedua-dua keluarga ibu bapanya datang dari Louisiana.[11] Beliau pernah menghidapi epilepsi semasa kecil.[12]

Beliau dan adik Tyka berputik minat terhadap muzik atas galakan bapa mereka;[13] beliau sendiri mengarang lagu pertamanya "Funk Machine" ketika berusia tujuh tahun.[13] Ibu bapa mereka bercerai ketika Prince berusia 10 tahun.[13][14]

Kerjaya permuzikan sunting

Pada tahun 1984, beliau mula merujuk kepada kugiran sandaran sebagai The Revolution dan mengeluarkan Purple Rain sebagai runut bunyi untuk filem sulung senama arahan beliau tahun 1984 beliau dan menerima pujian meluas. Selepas menerbitkan album Around the World in a Day (1985) dan Parade (1986), The Revolution dibubarkan, dan Prince mengeluarkan album berkembar Sign o' The Times (1987).

Pada tahun 1993, beliau menghadapi suatu perselisihan kontrak dengan Warner Bros. dalam pengurusan album The Gold Experience, di mana beliau menyatakan identiti dirinya seakan dikongkong kepada syarikat tersebut berikutan perselisihan ini - beliau menukar nama pentas diri kepada suatu simbol tiada sebutan[nota 2] agar dapat mengeluarkan album baru pada kadar yang lebih cepat.[15][16] Beliau mengeluarkan lima rekod antara 1994 dan 1996 sebelum menandatangani dengan Arista Records pada tahun 1998. Pada tahun 2000, beliau mula merujuk dirinya sebagai "Prince" sekali lagi.

Kematian sunting

Prince dijumpai pitam di sebuah lif di kediaman berstudio rakaman Paisley Parknya namun gagal diselamatkan - beliau diisytiharkan mati pada jam 10:07 pagi (enam jam sebelum mereka menemuinya, menurut suatu pakar paramedik[17]) tidak lama kemudian.[18] Kenyataan siasat daripada pihak setempat mengumumkan beliau meninggal dunia akibat dos berlebihan fentanil[19] tanggal 21 April 2016 pada usia 57 tahun.[20]

Diskografi sunting

  • For You (1978)
  • Prince (1979)
  • Dirty Mind (1980)
  • Controversy (1981)
  • 1999 (1982)
  • Purple Rain (1984)
  • Around the World in a Day (1985)
  • Parade (1986)
  • Sign o' the Times (1987)
  • Lovesexy (1988)
  • Batman (1989)
  • Graffiti Bridge (1990)
  • Diamonds and Pearls (1991)
  • Love Symbol Album (1992)
  • Come (1994)
  • The Black Album (1994)
  • The Gold Experience (1995)
  • Chaos and Disorder (1996)
  • Emancipation (1996)
  • Crystal Ball (1998)
  • The Truth (1998)
  • The Vault: Old Friends 4 Sale (1999)
  • Rave Un2 the Joy Fantastic (1999)
  • The Rainbow Children (2001)
  • One Nite Alone... (2002)
  • Xpectation (2003)
  • N·E·W·S (2003)
  • Musicology (2004)
  • The Chocolate Invasion (2004)
  • The Slaughterhouse (2004)
  • 3121 (2006)
  • Planet Earth (2007)
  • Lotusflower (2009)
  • MPLSound (2009)
  • 20Ten (2010)
  • Plectrumelectrum (2014)
  • Art Official Age (2014)
  • HITnRUN Phase One (2015)
  • HITnRUN Phase Two (2015)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Filem Peranan Catatan
1984 Purple Rain The Kid
1986 Under the Cherry Moon Christopher Tracy Juga sebagai pengarah
1987 Sign o' the Times Diri sendiri Juga sebagai pengarah
1990 Graffiti Bridge The Kid Juga sebagai pengarah
Televisyen
Tahun Televisyen Peranan Catatan
1997 Muppets Tonight Dirinya sendiri Episod 11
2014 New Girl Dirinya sendiri Episod: "Prince"

Jelajah sunting

  • Prince Tour (1979–80)
  • Dirty Mind Tour (1980–81)
  • Controversy Tour (1981–82)
  • 1999 Tour (1982–83)
  • Purple Rain Tour (1984–85)
  • Parade Tour (1986)
  • Sign o' the Times Tour (1987)
  • Lovesexy Tour (1988–89)
  • Nude Tour (1990)
  • Diamonds and Pearls Tour (1992)
  • Act I and II (1993)
  • Interactive Tour (1994)
  • The Ultimate Live Experience (1995)
  • Gold Tour (1996)
  • Love 4 One Another Charities Tour (1997)
  • Jam of the Year Tour (1997–98)
  • New Power Soul Tour/Festival (1998)
  • Hit n Run Tour (2000–01)
  • A Celebration (2001)
  • One Nite Alone... Tour (2002)
  • 2003–2004 World Tour (2003–04)
  • Musicology Live 2004ever (2004)
  • Per4ming Live 3121 (2006–07)
  • 21 Nights in London: The Earth Tour (2007)
  • 20Ten Tour (2010)
  • Welcome 2 (2010–12)
  • Live Out Loud Tour (2013)
  • Hit and Run Tour (2014–15)
  • Piano & A Microphone Tour (2016)


Anugerah dan pencalonan sunting

Nota sunting

  1. ^ Beliau ada seorang adik perempuan bernama Tyka Nelson (lahir 18 Mei 1960).[7][8]
  2. ^ Simbol ini dikenali sebagai "Love Symbol" menyerupai gabungan simbol-simbol dewa Mars dan Venus disilangkan bentuk trompet - rujuk laman bahasa Inggeris untuk butiran lanjut

Rujukan sunting

  1. ^ "BET interviews The Artist".
  2. ^ Prince Brings Early Valentine's Day Gift to NYC Misani. New York Amsterdam News (April 12, 2011). Accessed on June 19, 2012.
  3. ^ 100 Greatest Artists Ahmir Thompson. Rolling Stone (March 24, 2004). Accessed on May 4, 2016.
  4. ^ Bartleet, Larry (April 22, 2016). "21 Artists Who Wouldn't Be The Same Without Prince". NME. Dicapai pada February 22, 2019.
  5. ^ McCormick, Neil (April 24, 2016). "Prince influenced everyone from Madonna to Beyoncé". Dicapai pada February 22, 2019 – melalui www.telegraph.co.uk.
  6. ^ Fortune, Drew (May 6, 2016). "Dean Ween Remembers Prince: 'He Was My John Lennon'". Rolling Stone. New York. Dicapai pada December 16, 2019.
  7. ^ "Microsoft Word – 126883449_1.docx" (PDF). Mncourts.gov. Dicapai pada March 9, 2017.
  8. ^ Nilsen 2003, m/s. 19.
  9. ^ Nicolson, Barry (April 22, 2016). "Prince Obituary: June 7, 1958 – April 21, 2016". NME. Dicapai pada June 7, 2018.
  10. ^ Woodworth, Griffin (2013). "Prince, Miles, and Maceo: horns, masculinity, and the anxiety of influence". Black Music Research Journal. 33 (2): 117+. doi:10.5406/blacmusiresej.33.2.0117.
  11. ^ Smolenyak, Megan (February 8, 2013). "Hey, Prince, Your Roots Are Showing". The Huffington Post. Dicapai pada February 12, 2013.
  12. ^ Lynch, Jason (April 28, 2009). "Prince Talks about His Struggle with Epilepsy". People. Dicapai pada May 4, 2016.
  13. ^ a b c "Obituary: John Nelson". The Independent. September 1, 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada September 19, 2011. Dicapai pada April 25, 2016.
  14. ^ "Biography – Prince: Idiosyncratic, Individualistic, Innovative, Ingenious". Purplerain120.weebly.com. Dicapai pada December 23, 2017.
  15. ^ Heatley 2008, m/s. 191.
  16. ^ Till, Rupert (December 2, 2010). Pop Cult. m/s. 63. ISBN 9780826445926. Dicapai pada December 23, 2017.
  17. ^ Chanen, David (June 3, 2016). "Prince died from accidental overdose of fentanyl, medical examiner says". Star Tribune. Dicapai pada June 2, 2016.
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Chanen tidak disediakan
  19. ^ Strobl, A. Quinn (M.D.). "Press Release June 2, 2016" (Siaran akhbar). Midwest Medical Examiner's Office. Dicapai pada June 2, 2016.
  20. ^ Coscarelli, Joe (April 21, 2016). "Prince Is Dead at 57". The New York Times. Dicapai pada April 21, 2016.
Sumber utama

Bacaan lanjut sunting

  • Jones, Liz (1998). Purple Reign: The Artist Formerly Known as Prince. Birch Lane Press. ISBN 978-1-55972-448-7.

Pautan luar sunting