Revalina S. Temat (mempunyai ganti nama dilahirkan Revalina binti Sayuthi Temat); dengan (lahir di Jakarta, 26 November 1985; umur 38 tahun) merupakan seorang pelakon kewarganegaraan Indonesia berketurunan Palembang, Melayu dan Minangkabau

Revalina S. Temat
Kelahiran
Revalina Sayuthi Temat

(1985-11-26) 26 November 1985 (umur 38)
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
Tahun aktif1999–kini
PasanganRendy Aditya Gunawan (k. 2015)
Anak-anak2
IbuRachmaniar
BapaSayuthi Temat

Kehidupan pribadi

sunting

[1][2] Anak ketiga daripada empat orang adik beradik kepada pasangan Sayuthi Temat dan Rachmaniar ini memulakan kerjayanya menerusi Gadis Sampul dari Majalah Gadis pada tahun 1999. Ketika itu usianya baru menjangkau 13 tahun.[3][4]

Kerjaya

sunting

Beliau memulakan kerjayanya sebagai peserta GADIS Sampul pada 1999, kemudian bekerja sebagai model dan sebagai pelakon dalam filem dan sinetron. Revalina telah muncul dalam sinetron Percikan, Sangkuriang, Cintaku di Kampus Biru 2, dan Bawang Merah Bawang Putih. Beliau muncul dalam filem Pocong 2 (2006), dan Perempuan Berkalung Sorban (2009), yang mana beliau telah dicalonkan di bagi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 2009.[5] Beliau juga berlakon dalam drama kerjasama Indonesia dan Korea bertajuk Saranghae I Love You, berpasangan dengan penyanyi Korea Tim Hwang.[6]

Filemografi

sunting
  • Percikan (2001), sebagai Iren
  • Sangkuriang (2003), sebagai Dayang Sumbi
  • Cintaku di Kampus Biru 2 (2003), sebagai Farah
  • Bawang Putih Bawang Merah (2004), sebagai Alya, juga dikenali sebagai Bawang Putih.
  • JP Asyiknya Pacaran (2004)
  • Dara Manisku sebagai dara
  • Hikmah 2, sebagai Rini
  • Pacar Pilihan (2007), sebagai Rachel
  • Karena Cinta
  • Dicintai
  • Kumpul Bocah
  • Rahasia Perkawinan
  • Kembang Surga
  • Ridho
  • Cinta dengan Luka (2002) FTV
  • Gerangan Cinta (2003) FTV
  • Sopir Juga Manusia FTV (Bersama Fanny Fabriana)
  • Dikejar Deadline (2009) FTV
  • Tukang Parkir Cinta (2009) FTV
  • Pocong 2 (2007), sebagai Maya
  • Cintaku Forever (2007), sebagai Flora. Berpasangan dengan Yusry KRU.
  • Oh My God (2008)
  • Perempuan Berkalung Sorban (2009)
  • Wakil Rakyat (2009)
  • The God Babe (2010)
  • Red CobeX (2010)
  • Satu Jam Saja (2010)
  • Sebriti Yang Paling Cantik
  • Cinta dengan Luka (2002)
  • Gerangan Cinta (2003)

Klip video

sunting
  • Seribu Tahun Lamanya - Jikustik (2000)
  • Kupilih Dia - Cokelat (2004)

Aktiviti

sunting
  • Promosi VCD Bawang Merah Bawang Putih di Kuala Lumpur. Bersama hero BMBP, Dimas Andrean Hardy dan Helsi Herlinda. Aktres Nia Ramadhani tidak dapat menyertai promosi tersebut kerana terlibat dengan penggambaran drama terbarunya.
  • Menyertai Fiesta Media Idola 2007 bersama rakan-rakan artis Malaysia di Kuantan, Pahang, Malaysia. Reva mewakili kumpulan Shahzan Muda bersama artis popular Malaysia Dato' Siti Nurhaliza dan Kak Engku (Raja Azura) dalam menjuarai acara boling kategori wanita. Turut menyertai FMI 2007 ini ialah Mawi, Que Haidar, Kris Dayanthi, Sheera Iskandar, Fasha Sandha, 2 pelakon Gerak Khas iaitu Norman Hakim dan Detektif Linggam (Deen Maideen) dan ramai lagi.

Trivia

sunting
  • Revalina akui dirinya seorang penakut. Beliau pernah berkata demikian semasa terlibat dalam penggambaran filem Pocong 2. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya sepanjang penggambaran itu dijalankan.
  • Reva pernah digosipkan bercinta dengan bekas suami aktress Dewi Sandra, Surya Saputra. Malahan beliau juga turut dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Panji Bambang Triadmojo iaitu cucu kepada bekas Presiden Indonesia yang kedua, Soeharto. Reva menafikan dakwaan tersebut dan menganggap Panji itu sebagai rakan baiknya mahupun abangnya sendiri memandangkan usia Panji itu lebih tua daripadanya.
  • Reva juga dikatakan tidak menolak peluang jika ada mana-mana pengarah atau penerbit di Malaysia ingin menyuntingnya untuk berlakon di dalam drama atau filem arahan mereka. Beliau sendiri akui pernah beberapa kali datang ke Malaysia bersama keluarganya kerana kakaknya pernah melanjutkan pengajiannya di Putrajaya. Menyertai FMI 2007 ini sekurang-kurangnya boleh dijadikan platform untuk dirinya mengenali dengan lebih dekat terhadap beberapa artis-artis di Malaysia termasuk penyanyi pujaannya, Siti Nurhaliza sendiri.
  • Pada Ogos 2007, Reva kini sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya selepas Pocong 2 berjudul Cintaku Forever. Filem yang menggandingkan Reva dengan artis Malaysia, Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) bertemakan percintaan dua hati.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting