Rima Rashidi

Rima Rashidi (lahir 18 Februari 1972) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau meraih kemasyhuran pada 1990-an menerusi lagu "Kasih Berbunga Lalang". Selain itu, beliau juga bergiat aktif sebagai pelakon dalam filem, televisyen dan teater.[1][2][3]

Rima Rashidi
Kelahiran (1972-02-18) 18 Februari 1972 (umur 50)
PekerjaanPelakon, penyanyi, guru vokal
Tahun aktif1986–kini
PasanganAdnan Mohd Noah (k. 2000)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman

Kehidupan awalSunting

Rima dilahirkan pada 18 Februari 1972 di Ipoh, Perak. Beliau berdarah kacukan Melayu, Cina dan Sri Lanka. Rima mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah St. Mary's Kuala Lumpur dan memiliki Diploma Pelancongan, Riadah dan Hospitaliti.[4]

KerjayaSunting

Rima memulakan kerjaya lakonan pada 1987 menerusi filem Mr. Os yang melayakkan beliau menerima pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7. Kerjaya filem Rima diteruskan dengan filem kedua lakonannya, Tuah (1988). Menerusi filem ini, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia ke Minggu Filem Malaysia Pertama yang diadakan di Tashkent, Uzbekistan dan dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Terbaik - Kategori Artis Malaysia di Festival Filem Asia Pasifik ke-35 yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

Kerjaya muzik Rima bermula apabila beliau melancarkan album pertama, Pabila Kurenung Potretmu di bawah Titra Records pada 1986. Kejayaannya hadir ketika Pengurus Besar Sony Music Malaysia pada waktu itu, Rick Loh menandatanganinya pada tahun 1992 dan mengeluarkan album solo keduanya berjudul Engkau Yang Pertama yang memuatkan lagu hits seperti "Kasih Berbunga Lalang" dan "Maafkan Aku Insan". Album ketiganya Kasih Ku dikeluarkan pada tahun 1993.

Rima memulakan kerjaya teater dengan menjayakan dua pementasan teater, iaitu Raja Lawak dan Teman yang kedua-duanya arahan Zakaria Ariffin. Beliau kemudian memegang watak sebagai pelacur dalam drama pentas Melayu pertama yang diklasifikasi 18SX, Lorong. Ia turut dibintangi oleh Roslan Salleh, Harun Salim Bachik, Noorkhiriah dan Shahriza Mahmud.[5] Pada tahun 2000, beliau memperlahankan kerjayanya sebaik sahaja berkahwin.

Kehidupan peribadiSunting

Beliau telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Adnan Mohd Noah pada 17 September 2000.[6][7] Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan dua anak, Adrenna Rose Noah dan Addrel Rashdy Noah.[1][8]

Di waktu lapangnya, Rima juga mengisi masa dengan membaca.[9]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1987 Mr. Os Rima Filem pertama
1988 Tuah Dang Baru

DramaSunting

Tahun Tajuk Saluran TV
1991 Gado-Gado TV1
1994 Roda-Roda Kota Raya
1998–1999 Roda-Roda Kuala Lumpur
1999 Juara Segala Juara

TelefilemSunting

Tahun Tajuk
1990 Si Buruk
Radang
1991 Sakat
1992 Secretary
1993 Di Sebalik Bayang
Dari Bayang Ke Bayang
1994 Di Penghujung Rindu
Bila Senja Berlabuh
Fantasia Pangkor
1995 Lagenda Lela Manja
1996 Di Sebalik Langsir Biru
1997 Di Sebalik Cahaya
1998 Diari Seorang Ayah

TeaterSunting

Tahun Tajuk
1997 Titian
Muzika Kuala Lumpur
Puteri Lindungan Bulan
1998 Teman
Raja Lawak
1999 Lorong

DiskografiSunting

Album studioSunting

  • Pabila Kurenung Potretmu (1986)
  • Engkau Yang Pertama (1992)
  • Kasih Ku (1993)

SingleSunting

  • "Kasih Berbunga Lalang" (1992)
  • "Maafkan Aku Insan" (1992)
  • "Selamat Hari Raya Dunia" (1992)[10]

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1987 Festival Filem Malaysia ke-7 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dirinya sendiri Tercalon
1989 Festival Filem Asia Terbaik ke-35 Pelakon Pembantu Terbaik - Kategori Artis Malaysia Menang

RujukanSunting

  1. ^ a b Zaidi Mohamad (14 Oktober 2015). "Zaman saya sudah berlalu". Berita Harian. Dicapai pada 27 Mac 2016.
  2. ^ Rudy Imran Shamsuddin (21 April 2013). "Buka sekolah vokal". Metro Ahad. Dicapai pada 28 Mac 2020 – melalui KLiK.
  3. ^ A. Kadir Pandi (17 Januari 1988). "Rima Rashidi anggap lakon hanya hobi". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  4. ^ "Rima Rashidi". Berita Minggu. 19 Julai 1992. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  5. ^ "Teater lorong dilabelkan 18SX". Utusan Malaysia. 30 Oktober 1999. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  6. ^ "Rima Rashidi kahwin 17 September". Utusan Malaysia. 10 September 2000. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  7. ^ "Rima Rashidi tamatkan zaman gadis". Utusan Malaysia. 24 September 2000. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  8. ^ Adha Zain (29 Jun 2009). "Rima terpinggir kerana gemuk". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2018.
  9. ^ Noor Azman Samsudin (23 Ogos 1992). "Buku jadi teman Rima Rashidi". Berita Minggu. Dicapai pada 28 Mac 2020 – melalui KLiK.
  10. ^ Dennis Chua (26 Mei 2020). "#Showbiz: Veteran Rima Rashidi returns with new Raya duet". New Straits Times. Dicapai pada 26 Mei 2020.

Pautan luarSunting