Datuk Rohana Rozhan ialah seorang eksekutif perniagaan Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) syarikat televisyen satelit Astro dari 2006 hingga Januari 2019.[1] Rohana bekerja dengan Astro sejak penubuhannya pada 1996, dan menjadi KPE syarikat itu pada 2006.[2]


Rohana Rozhan
Kelahiran1970 (umur 53–54)
PekerjaanEksekutif perniagaan
MajikanAstro (1996 - 2019)

Kerjaya korporat sunting

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Setiausaha Astro All Asia Networks Plc., di mana beliau memainkan peranan penting dalam penyenaraian AAAN di Papan Utama dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) pada tahun 2003. Beliau berkhidmat dengan Unilever di UK dan di Malaysia selama sembilan tahun dan mendapat pengalaman yang luas dalam bidang Audit Dalaman, Pemasaran dan Pengurusan Akaun, Kewangan dan Pengurusan Risiko, Perbendaharaan dan Sistem Perniagaan.[perlu rujukan]

Rohana telah menjadi Pengarah Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad sejak Mac 2011. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Malaysia Airlines System Bhd dari 9 Ogos 2011 hingga 7 Ogos 2012. Beliau menganggotai beberapa Lembaga Pengarah termasuk Innovations Media Pte Ltd dan AOL.[perlu rujukan]

Isu sunting

Perkaitan dengan skandal 1MDB sunting

Dalam satu perbicaraan di New York berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad pada Februari 2022, Rohana didakwa oleh seorang pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner bahawa Rohana telah mengugut Leissner untuk membeli sebuah rumah mewah di London bernilai USD$10 juta setelah mengancam ingin mendedahkan penglibatannya dalam korupsi 1MDB pada 2013. Menurut penjelasannya, Rohana ialah kekasih rahsianya dari 2003 hingga 2013 sebelum berkeputusan untuk mendampingi isterinya, Kimora Lee Simmons.[3] Susulan dakwaannya, Rozhana disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan akaun bank serta asetnya dibekukan sementara siasatan dijalankan.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Bapanya, Tan Sri Rozhan Kuntom merupakan tokoh perkhidmatan awam (1985-1987), dan pernah menjadi Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei 2014, dan jenazah dibawa ke Bukit Damansara Kuala Lumpur dan disembahyangkan di Masjid Umar Al Khattab sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tun.[5] Beliau merupakan anak kedua dari 3 orang adik beradik. Salah satu daripada mereka ialah Anuar Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif KPISoft Sdn Bhd, pembangun applikasi MySejahtera selaku aplikasi pemantauan wabak Covid-19 rasmi negara.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Syahirah Syed Jaafar (7 Jun 2018). Astro says CEO Rohana Rozhan to resign, approved Henry Tan’s appointment as successor The Edge Markets. Dicapai pada 8 Jun 2018.
  2. ^ "Astro is not a GLC; says Rohana's resignation is unrelated to spate of departures from GLCs". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). 1 Julai 2018. Dicapai pada 24 Februari 2022.
  3. ^ Farrell, Greg; Hurtado, Patricia (23 Februari 2022). "Leissner says lover blackmailed him into buying US$10 million home". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). Bloomberg. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  4. ^ Mokhtar, Nor Azizah (26 Februari 2022). "SPRM beku aset Rohana Rozhan". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2022.
  5. ^ Tan Sri Rozhan Kuntom meninggal dunia Astro Awani. Dicapai pada 17 Julai 2014.
  6. ^ Khairul Anuar, Yahya (2020-07-01). "MySejahtera dibangunkan syarikat Malaysia bertaraf antarabangsa". Suara Merdeka. Dicapai pada 2022-02-24. Syarikat KPISoft diasaskan oleh dua orang rakyat Malaysia iaitu Anuar Rozhan dan Raveenderan Ramamoothie.