Buka menu utama

S.League adalah liga bola sepak professional lelaki tertinggi di Singapura. Liga ini dilancarkan pada tahun 1996 dan pada masa ini melibatkan 13 kelab.

S.League
SLeaguelogo.gif
NegaraSingapura Singapura
Malaysia Malaysia
Brunei Brunei
Jepun Jepun
KonfederasiAFC (Asia)
Ditubuhkan1996
Musim pertama1996
Jumlah pasukan10
ArasTahap 1
Piala domestikPiala Singapura
Piala Liga Singapura
Piala Sumbangsih Singapura
Piala antarabangsaLiga Juara-Juara AFC
Piala AFC
Juara semasaWarriors (9 gelaran) (2014)
Kelab paling berjayaWarriors (9 gelaran)
Rakan TVStarHub TV
STAR Sports
Tapak sesawangSLeague.com
Soccerball current event.svg S.League 2015

SejarahSunting

Pertandingan ini telah dilangsungkan di Singapura semenjak 1904; ia telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Amatur Singapura.[1] Pada tahun 1952, ia telah digantikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura.[1] Liga ini telah dimainkan sebagai Liga Perdana FAS dari tahun 1988 hingga 1995. Persediaan untuk mencipta satu liga baru telah bermula pada tahun 1995 dengan musim permulaan dimainkan pada tahun 1996.[2]

Format terkiniSunting

Liga ini dimainkan dengan format tiga kali pertandingan giliran, bermakna setiap pasukan berjumpa pasukan lain tiga kali. Pada akhir musim johan liga dimahkotakan dan tempat terakhir akan diturunkan ke Liga Bola Sepak Kebangsaan Divisyen 1. Pemecah seri di dalam kedudukan adalah di dalam turutan menurun: Mata, perbezaan gol, jaringan gol, bilangan kemenangan (satu di dalam semua perlawanan), jika masih lagi terikat pemecah seri akan digunakan di dalam perlawanan di antara pasukan yang terikat, jika masih terikat, rekod bermain baik (fair play) yang lebih baik dan akhirnya seri akan menentukan kedudukan terakhir.

Kelab-kelabSunting

Juara laluSunting

S.League telah menyaksikan lima kelab memenangi kejuaraan sejak penubuhannya. Warriors FC (sebelum ini SAF FC) memegang gelaran yang paling banyak dengan sembilan kali. Pada tahun 2010, Etoile FC menjadi pasukan asing pertama yang memenangi pertandingan.[3]

Musim Juara Naib Juara
1996*   Geylang United (1)   Singapore Armed Forces
1997   Singapore Armed Forces (1)   Tiong Bahru United
1998   Singapore Armed Forces (2)   Tanjong Pagar United
1999   Home United (1)   Singapore Armed Forces
2000   Singapore Armed Forces (3)   Tanjong Pagar United
2001   Geylang United (2)   Singapore Armed Forces
2002   Singapore Armed Forces (4)   Home United
2003   Home United (2)   Geylang United
2004   Tampines Rovers (1)   Home United
2005   Tampines Rovers (2)   Singapore Armed Forces
2006   Singapore Armed Forces (5)   Tampines Rovers
2007   Singapore Armed Forces (6)   Home United
2008   Singapore Armed Forces (7)   Super Reds
2009   Singapore Armed Forces (8)   Tampines Rovers
2010   Etoile (1)   Tampines Rovers
2011   Tampines Rovers (3)   Home United
2012   Tampines Rovers (4)   Brunei DPMM
2013   Tampines Rovers (5)   Home United
2014   Warriors (9)   Brunei DPMM

* Musim sulung S.League telah berpecah kepada dua siri. Para pemenang setiap siri disiapkan dalam Kejohanan play-off di mana Geylang United mengalahkan Singapore Armed Forces untuk merangkul gelaran S.League pertama.

Pemain-PemainSunting

Lihat jugaSunting

NotakakiSunting

  1. ^ a b "Singapore - List of Champions". RSSSF. 
  2. ^ "History of S.League's creation". sleague.com. Dicapai 1 August 2011. 
  3. ^ "S.League overview". S.League. Dicapai 6 March 2014. 

Pautan luarSunting