SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza
SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza (dirujuk sebagai SATU) merupakan konsert keenam dan konsert solo kelapan oleh penyanyi pop Malaysia Siti Nurhaliza untuk mempromosikan album studio ke-13, Lentera Timur dan sempena Hari Bapa pada 21 Jun.[1][2] Konsert ini adalah konsert teater pertama beliau yang terbesar.
SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza | |
---|---|
Konsert jelajah oleh Siti Nurhaliza | |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempat | Istana Budaya |
Tarikh mula | 26 Jun 2009 |
Tarikh tamat | 28 Jun 2009 |
Putaran | 1 |
Jumlah persembahan | 3 di Asia |
Kronologi konsert Siti Nurhaliza |
Ia juga merupakan konsert keduanya yang diadakan di Istana Budaya dengan menyampaikan lagu-lagu secara penuh dan medley dari albumnya sendiri bermula daripada album Siti Nurhaliza (1996) sehingga album Lentera Timur (2008).
Latar belakang
suntingSATU merupakan konsert teater terbesar pertama. Nama konsert beliau diperoleh dari perkataan satu, yang diilhamkan oleh 'Satu Malaysia' atau '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, satu seruan untuk perpaduan.[3] Idea untuk konsert ini bermula ketika Siti sedang berlatih untuk persembahan beliau di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Konsep konsert ini telah diilhamkan daripada A New Day... oleh Celine Dion.[4] Lebih daripada 30 lagu telah dipersembahkan sepenuhnya dan medley dan dalam gubahan baru.
Konsert ini juga menyatukan semua elemen yang dipersembahkan di pentas menjadi satu iaitu muzik, kesan, tarian, visual, grafik, koreografi dan teknikal. Menurut Siti, konsert beranggaran lebih setengah juta itu akan menghidangkan lebih kurang 30 buah lagu yang akan disusun semula muziknya oleh Aubrey Suwito selaku pengarah muzik manakala koreografer Pat Ibrahim bertindak sebagai pengarah konsert yang menggunakan muzik iringan orkestra tapi bukan semua lagu dipersembahkan dalam bentuk ini kerana ia perlu mengikut kesesuaian lagu juga.[5] Istimewanya, melalui konsert ini Siti mempamerkan baju kenangannya sepanjang berkecimpung dalam industri muzik Malaysia, sebanyak lapan pasang baju beliau akan dipamerkan di lobi Istana Budaya.[5]
Sinopsis konsert
suntingSeluruh konsert bertujuan untuk menggambarkan lagu-lagu Siti Nurhaliza selepas lebih daripada satu dekad nyanyian dan imbasan kembali penyanyi itu untuk jalan kemasyhuran. Konsert mereka juga mempunyai beberapa adegan menonjolkan percintaan beliau dengan suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.[2]
Terdapat lebih 25 penari dan 20 pemuzik yang mengiringi Siti Nurhaliza sepanjang persembahan.[2]
Persembahan pembukaan
suntingAizat Amdan (26 Jun 2009)
- Hanya Engkau Yang Mampu
- Fikirkanlah
- Engkau Bagaikan Permata (lagu asal Siti Nurhaliza)
- Heal The World (lagu asal Michael Jackson)
Susunan lagu
suntingPersembahan 1: Pembukaan
- "Kurniaan Dalam Samaran"
Persembahan 2: Medley 1: Balada
- "Tanpa Dendam di Hati"
- "Dialah di Hati"
- "Mulanya Cinta"
- "Hati"
- "Seindah Biasa"
Persembahan 3: Medley 2: Lagu Hit
- "Sutra Maya"
- "Jerat Percintaan"
- "Aku Cinta Padamu"
- "Purnama Merindu"
- "Kau Kekasihku"
- "Percayalah"
- "Bukan Cinta Biasa"
Persembahan 4: Medley 3: Tradisional
- "Cindai"
- "Balqis"
- "Nirmala"
- "Bulan Yang Mesra"
Persembahan 5: Rancak
- "Pendirianku"
- "Ku Mahu"
- "Debaran Cinta"
- "Wanita"
- "Ku Milikmu"
Persembahan 6: Permintaan Peminat Siti Zone
- "Cuba Untuk Mengerti"
- "Bila Harus Memilih"
Persembahan 7: Lagu Cinta
- "Siti Situ Sana Sini"
- "Cahaya Cinta"
- "Di Taman Teman"
- "Biarlah Rahsia" (khusus untuk rakan-rakan media beliau yang bertungkus-lumus mengejar kembali kisah cinta ketika beliau masih bujang)
- "Destinasi Cinta"
Tarikh jelajah
suntingTarikh | Bandar | Negara | Tempat |
---|---|---|---|
Asia[1] | |||
26 Jun 2009 | Kuala Lumpur | Malaysia | Istana Budaya |
27 Jun 2009 | |||
28 Jun 2009 |
Tenaga kerja
sunting- Penerbit jelajah: Siti Nurhaliza Productions[4]
- Pengarah jelajah: Pat Ibrahim[4]
- Pengarah Muzik: Aubrey Suwito[4]
- Koreografer: Pat Ibrahim and team[3]
- Pereka Pakaian & Penaja: Amir Luqman, Michael Ong, Rizman Ruzaini[4]
- Penaja: Yayasan Nurjiwa, Maxis, Jakel[4]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Official tour website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-24. Dicapai pada 2016-04-10.
- ^ a b c New Straits Times Press news
- ^ a b Showbiz detail at Gua.com.my
- ^ a b c d e f Utusan Malaysia news
- ^ a b Siti pamer 8 baju kenangan di konsert eksklusif SATU
Bacaan lanjut
sunting- Konsert eksklusif 'SATU' Siti Nurhaliza di IB! Diarkibkan 2016-11-04 di Wayback Machine Siti Azira Abdul Aziz. mStar (20 Mei 2009).