Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (disingkatkan SEAMEO, dari bahasa Inggeris: Southeast Asian Ministers of Education Organization) ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan yang bertindak untuk mengukuhkan kerjasama serantau di Asia Tenggara dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.[1] Ia ditubuhkan pada 30 November 1965[2]. Sekretariat SEAMEO beribu pejabat di Bangkok, Thailand, dan mempunyai 26 institusi serantau di seluruh Asia Tenggara.[1]

SEAMEO
Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan antara kerajaan Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.seameo.org Sunting ini di Wikidata
Facebook: SEAMEOSecretariat Twitter: seameo_s Instagram: seameosecretariat LinkedIn: seameo-secretariat Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan30 November 1965 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kepengerusian semasa (2024) pertubuhan ini disandang oleh Filipina, melalui Setiausaha Pendidikan negara tersebut, Sara Zimmerman Duterte-Carpio.[1]

Keanggotaan sunting

Anggota SEAMEO terdiri daripada negara-negara di Asia Tenggara iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.[3]

Terdapat juga negara-negara yang menjadi anggota bersekutu, iaitu Australia, Belanda, Jerman, Kanada, Maghribi, New Zealand, Perancis, Sepanyol dan United Kingdom.

Terdapat juga pertubuhan dan institusi yang menjadi ahli gabungan, iaitu Pusat Pendidikan Untuk Kefahaman Antarabangsa Asia Pasifik (APCEIU), Majlis Pendidikan Antarabangsa Columbia British (BCCIE), Majlis British, Persatuan Pendidikan untuk Pertukaran Antarabangsa China (CEAIE), Majlis Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh Antarabangsa (ICDE), Jaringan Universiti One Health Asia Tenggara (SEAOHUN), Universiti Pendidikan Hong Kong, dan Universiti Tsukuba.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "TPM Fadillah terima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina". Astro Awani. 13 Februari 2024. Dicapai pada 2024-02-13.
  2. ^ BERNAMA (2019-07-21). "Malaysia tuan rumah mesyuarat Menteri Pendidikan Asia Tenggara". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-02-13.
  3. ^ "Malaysia Jadi Perhatian Negara Anggota Asean Dalam Bidang Pendidikan - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-01-26. Dicapai pada 2024-02-13.

Pautan luar sunting