Saarbrücken (ˈzaːɐ̯ˈbrʏkn; Perancis: Sarrebruck, Bahasa Luxembourg: Saarbrécken) ialah ibu negeri bagi Bundesland Saarland di Jerman. Bandar ini pernah menjadi pusat perusahaan dan pengangkutan lembah arang batu yang terkemuka. Kilang-kilang di sekitarnya menghasilkan besi dan waja, gula, bir, tembikar, peralatan optik, jentera dan bahan-bahan pembinaan. Namun, sejak dekad kebelakangan ini kepentingan sektor perindustriannya telah menurun kerana lebih murah bagi syarikat-syarikat Jerman mengimport arang batu daripada negara-negara yang nemberi gaji rendah daripada membelinya dari bandar ini.

Saarbrücken
Jata Saarbrücken
NegaraJerman
NegeriSaarland
DaerahSaarbrücken
Pentadbiran
 • Datuk BandarCharlotte Britz (SPD)
Keluasan
 • Jumlah167.07 km2 (64.51 batu persegi)
Penduduk
 (2006-12-31)
 • Jumlah180,515
 • Kepadatan1,100/km2 (2,800/batu persegi)
Zon waktuCET/CEST (UTC+1/+2)
Poskod
66001–66133
Kod dail0681, 06893, 06897, 06898, 06805
Pendaftaran kenderaanSB
Laman sesawangwww.saarbruecken.de

Tempat-tempat bersejarah di bandar ini termasuklah jambatan batu merentas Sungai Saar (dibina pada tahun 1546), Gereja gotik St. Arnual, Istana Saarbrücker Schloss dan bahagian lama bandar ini, iaitu St. Johanner Markt. Pada tahun 1815, Saarbrücken diletakkan di bawah kawalan Prusia dan untuk dua tempoh pada abad ke-20 (1919-1935 dan 1945-1957) menjadi sebahagian daripada Wilayah Saar di bawah pemerintahan Perancis. Hasilnya, kesan-kesan dan pengaruh Perancis, yang bersempadan dengan bandar ini, boleh ditemui di bandar ini sehingga ke hari ini.

Di dalam bahasa Jerman moden, nama bandar ini bermaksud jambatan-jambatan Saar yang menandakan lebih sedozen jambatan yang dibina di sekitar bandar ini yang menyeberangi Sungai Saar. Tetapi, nama itu telah digunakan lebih kurang 500 tahun sebelum ini, lebih awal daripada mana-mana jambatan yang wujud di kawasan sekitarnya. Menurut ahli sejarah, nama asalnya ialah Sarabrucca yang berpunca daripada perkataan Brucca daripada bahasa lama Jerman tinggi yang menjadi Brocken di dalam bahasa Jerman tinggi. (maksudnya batuan).