Santo Nicholas (Yunani: Ἅγιος Νικόλαος, Hagios Nikólaos; Latin: Sanctus Nicolaus) (15 Mac 270 – 6 Disember 343 M),[1][2] juga digelar Nikolaos dari Myra, ialah seorang tokoh santo Kristian abad ke-4 dan Biskop Yunani Myra (Demre, sekarang sebahagian wilayah Turki)[3] Oleh sebab banyak keajaiban yang disandarkan pada pengantaraan beliau, Santo Nicholas juga digelar Nikolaos Pekerja Ajaib (Νικόλαος ὁ Θαυματουργός, Nikolaos ho Thaumaturgos). Beliau memiliki reputasi sebagai seorang yang suka memberi hadiah secara rahsia dan oleh sebab itu, menjadi model buat Santa Claus, yang nama modennya datang daripada perkataan Belanda, Sinterklaas.

Santo Nicholas Si Pekerja Ajaib
St. Nicholas
Gambar dari Rusia tentang babak kehidupan St. Nicholas di mana ia kini disimpan di Muzium Negara, Stockholm.
Pembela Ortodoks, Pekerja Ajaib, Pegawai Suci, Biskop Myra
Lahir15 Mac 270
Patara, Lycia et Pamphylia, Asia Kecil
Meninggal6 Disember 343 (usia 73)
Myra, Lycia
Dihormati olehAnglikanisme, Pembaptis, Katolikisme, Ortodoks Timur, Lutheranisme, Methodisme, Ortodoks Oriental, Presbitarianisme, Reformasi
Tempat keramatBasilica di San Nicola, Bari, Itali
Hari perayaan6 Disember [O.S 14 Disember] (utama)
9 Mei [O.S 22 Mei] (terjemahan relik)
AtributDiberikan hak sebagai biskop, Dalam Kristian Timur, memakai omophorion dan memegang sebuah Kitab Gospel. Kadang-kadang ditunjukkan dengan Jesus Christ pada satu bahu, memegang sebuah Kitab Gospel dan dengan Theotokos pada bahu yang lain, memegang omophorion
NaunganKanak-kanak, pembuat tong, pelayar, nelayan, saudagar, siarawan, tertuduh, pencuri yang bertaubat, ahli farmasi, pemanah, pemegang pajak gadai

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hari perayaan beliau jatuh pada 6 Disember setiap tahun.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Who is St. Nicholas?". St. Nicholas Center. Dicapai pada 7 December 2010.
  2. ^ "St. Nicholas". Orthodox America. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-07. Dicapai pada 7 December 2010.
  3. ^ Cunningham, Lawrence (2005). A brief history of saints. Wiley-Blackwell. m/s. 33. ISBN 978-1-4051-1402-8. The fourth-century Saint Nikolaos of Myra (in present-day Turkey) spread to Europe through the port city of Bari in southern Italy… Devotion to the saint in the Low countries became blended with Nordic folktales, transforming this early Greek bishop into that Christmas icon, Santa Claus’.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.