Buka menu utama
Asuma oleh Masashi Kishimoto

Sarutobi Asuma adalah salah satu watak fiksyen dalam siri anime dan manga Naruto.

Latar BelakangSunting

Asuma Sarutobi ialah ketua yang bersikap tenang bagi Pasukan 10 yang terdiri daripada Nara Shikamaru, Akimichi Choji dan Yamanaka Ino. Dia selalu dilihat menghisap sepuntung rokok dan biasanya boleh menghabiskan dua bungkus rokok sehari. Tetapi, dia akan berhenti merokok sekiranya sesuatu berlaku atau terdapat masalah yang merunsingkannya. Dalam Bahagian Kedua, Asuma dibuktikan sebagai anak kepada Hokage Ketiga, menjadikannya bapa saudara kepada Konohamaru.

Asuma pernah menjadi salah seorang daripada 12 Pelindung Ninja Api yang melindungi ketua bagi Negara Api seperti yang tertulis pada selendang yang diikat di pinggangnya sebelum pulang berkhidmat sebagai Jonin di Konoha. Asuma pernah mengatakan bahawa wang ganjaran bagi mereka yang berjaya mendapatkan kepalanya berjumlah 35 juta ryō.

Asuma sentiasa berasa bimbang akan pasukannya yang terdiri daripada (mengikut pandangan peribadinya) seorang 'pelahap' (Choji), seorang 'mulut besar' (Ino) dan seorang 'pemalas' (Shikamaru). Asuma agak rapat dengan pasukannya tetapi kekurangan kemahiran mereka sebagai ninja menjadikan Asuma sukar untuk bekerjasama dengan Pasukan 10. Untuk menangani masalah ini, Asuma selalunya merasuah dan menipu mereka untuk mendapatkan mereka bertindak sebagaimana yang dikehendakinya. Sebagai contoh, Asuma 'menggalakkan' Choji untuk menyempurnakan sesuatu tugas dengan menjanjikannya makanan. Untuk mengetahui setinggi mana IQ sebenar Shikamaru, Asuma memberinya satu ujian IQ yang disamar sebagai satu siri permainan; Asuma sedar bahawa Shikamaru tidak akan menjawab apa-apa soalan bertulis. Keputusannya, Asuma mendapati bahawa IQ Shikamaru melebihi 200.

Asuma menggunakan sejenis senjata yang boleh disarungkan pada jarinya. Semasa bertarung, Asuma menggunakan chakra supaya senjata tersebut boleh mencederakan pihak lawan dalam skala jarak yang lebih jauh. Dalam Bahagian Kedua, Asuma mampu menambahkan jarak tersebut sehingga beberapa kaki. Semasa mendemonstrasi chakranya yang berelemen angin kepada Uzumaki Naruto, Asuma menerangkan bahawa bilah pisau yang diselubungi chakra (apabila digunakan oleh seseorang yang mempunyai afiniti terhadap elemen angin) mampu menembusi batu.

Sepanjang siri ini, terdapat beberapa ketika yang mencadangkan bahawa Asuma dan Yuhi Kurenai terlibat dalam hubungan romantis. Mereka berdua sentiasa bersama-sama. Apabila Hatake Kakashi mendapati mereka berdua di kedai manisan, Kakashi bertanya sama ada mereka berdua sedang bercinta. Asuma segera menukar topik perbualan mereka. Dalam suatu imbasan kembali, Asuma dijumpai membeli bunga untuk seseorang yang tidak dinamakan tetapi Ino kemudiannya meminta Asuma menyampaikan salam kepada Kurenai. Semasa pertarungan antara Asuma dengan Hidan berlangsung, Kurenai dipaparkan berada dalam kebimbangan. Apabila Kurenai dimaklumkan tentang berita kematian Asuma, Kurenai amat meratapi pemergiannya dan meninggalkan sekuntum bunga di pusaranya. Dalam Bahagian Kedua, Kurenai disahkan berbadan dua dan anak yang dikandungnya milik Asuma.


Sumber-sumberSunting

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.