Sekolah Kebangsaan Bukit Kinyau

Sekolah Kebangsaan Bukit Kinyau atau nama ringkasnya SK Bukit Kinyau, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sarikei.

Sekolah Kebangsaan Bukit Kinyau
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei, Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Jalan Bangunan Kerajaan, 96109, Sarikei, Sarawak
Malaysia
Koordinat2°08′N 111°22′E / 2.13°N 111.37°E / 2.13; 111.37
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kerajaan, Sekolah kebangsaan
Autoriti pendidikanPPD Sarikei
Nombor sekolah6084661294
Kod sekolahYBA6109
Tenaga pengajar18
Jumlah penuntut57

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Kinyau memiliki 80 pelajar lelaki dan 79 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 159 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009[perlu rujukan]

Sejarah sunting

Pada yang lalu, Bukit Kinyau masih adalah kawasan kilang papan (Sawmill) milik Syarikat British sepenuhnya. Pekerja di situ berbilangan ramai termasuklah kanak-kanak, mereka terdiri daripada pelbagai bilang kaum dari serata Sarawak. Pihak pentadbir kilang pada masa itu mengambil berat tentang pelajaran anak-anak pekerja situ.

1954, sekolah ditubuhkan dengan nama “Montigue L’Mayur School”. Sekolah tersebut dibina dan ditadbir oleh sebuah syarikat British, Montigue L’Mayur Sdn. Bhd.. Pengurus dan pentadbir sekolah pada masa itu ialah Tuan Alex dan diikuti oleh Tuan Smith. Pihak syarikat pada masa itu mempunyai sebuah panggung wayang sebagai tempat pekerjanya menonton dan melepaskan penat lelah mereka pada malam Ahad dan malam Isnin.

Pihak syarikat telah menjadikannya sebagai tempat anak-anak mereka bersekolah iaitu mulai dari hari Isnin hingga Sabtu. Masa bersekolah adalah dari pukul 7.30-12.00 tengah hari dan 2.00-5.00 petang kecuali hari sabtu sehingga tengah hari sahaja. Jumlah kelas hanya sebuah sahaja dan merangkumi pelbagai peringkat umur. Gurunya hanya seorang sahaja dan dibiayai oleh pihak syarikat. Guru pertama adalah En. Julaihi b. Kawi, diikuti oleh En. Abang Adeng, En. Hamzah dan En. Narawi b. Mohammad.

Pada tahun 1967, syarikat dan sekolah tersebut diambil alih oleh Syarikat Delta Timbers Sdn. Bhd. sepenuhnya. Sekolah tersebut telah ditukar nama kepada “Hii Yii Chiong School” selaku tuan punya syarikat itu. Pengurus syarikat dan sekolah adalah Mr. Ting Kha Hock. Sekolah tersebut masih menggunakan panggung wayang itu dan sebuah kelas sahaja. Gurunya adalah En. Mohammad b. Rani dan diikuti oleh En. Johnni b. Ozea dan gaji mereka masih dibiayai oleh pihak syarikat.

Pada penghujung tahun 1969 khidmat guru dibiayai oleh syarikat telah ditamatkan kerana khidmat guru dibiayai oleh kerajaan telah di hantar ke sekolah tersebut. Guru Besar pertamanya adalah En. Kiprawi b. Arab. Sepanjang tahun 1970 persekolahan berlangsung di dalam panggung tersebut dan di dalamnya telah diagihkan mengikut kelas masing-masing.

Pada penghujung tahun 1970, Pengurus syarikat yang baru iaitu Mr. Hii Yii Peng telah berusaha membina sebuah bangunan sekolah dan dibiayai oleh Syarikat Delta Timbers Sdn. Bhd.. Pada tahun 1971 pelajar telah menggunakan bangunan baru tersebut mengikut kelas masing-masing. Sekolah tersebut kemudian diberi nama “Sekolah Rendah Bantuan Hii Yii Chiong”. Pada tahun 1984, sekolah tersebut dibiayai penuh oleh kerajaan dan bertukar nama kepada “SRK Bukit Kinyau” sehingga sekarang menjadi “SK Bukit Kinyau”. Memandangkan pihak Sawmill Delta Timber Sdn.Bhd. tidak beroperasi lagi di bumi Bukit Kinyau ini maka sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Sekarang Sekolah Kebangsaan Bukit Kinyau telah berdiri megah dengan jumlah pelajarnya mencecah 117 orang dan mempunyai 18 orang guru dan 10 kakitangan sokongan. Sekolah ini yang mempunyai keluasan 10.5 hektar memuatkan 6 buah kelas (dari Pra Sekolah hingga 6), sebuah bangunan asrama (lelaki dan perempuan) , sebuah dewan makan, sebuah dewan serbaguna, sebuah surau, sebuah padang bola sepak dan 9 buah rumah guru.

''Saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan terhadap kajian saya ini. Saya amat mengalu-alukan bekas ketua, pekerja, pelajar atau individu yang lebih mengetahui untuk membetulkan sejarah sekolah ini. Hasil kajian Mohammad Ali B. Leman (019-4695502)