Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Perlis

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra atau nama ringkasnya SMK Putra, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Padang Katong.

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra
Lokasi
 Malaysia Jalan Padang Katong, 01000, Kangar,, Perlis Indera Kayangan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSederap Putra Ke Mercu
Nombor sekolah6049761150
Kod sekolahREB0057
Pengerusi PIBGEN WAN ZAMARIZAL BIN ZAINON
PengetuaEN AZZUADI BIN JUSOH
GPK Pentadbiran dan AkademikEN ZULKHIBRI BIN HUSSEIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN BADRUL HISHAM BIN SALLEH
Penolong Kanan KokurikulumPN SAKINAH BINTI HASHIM
Faks6049763246
Map

Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Putra memiliki 378 pelajar lelaki dan 438 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 816 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2020

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra. Sekolah ini diasaskan pada tahun 1965 dan telah dirasmikan pada tahun 1969 oleh D.Y.M.M. Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail iaitu Tuanku Raja Perlis pada ketika itu. Pada awal penubuhannya, bilangan murid yang mendaftar pada ketika itu ialah seramai 234 orang bagi murid Tingkatan 1, manakala tenaga pengajar hanya seramai 16 orang. Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Putra mempunyai murid seramai 853 orang dan berdaftar bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas. Bilangan staf akademik adalah seramai 93 orang (2 guru POOL) dan 12 anggota kumpulan pelaksana.

Pengetua pertama yang menerajui pentadbiran Sekolah Menengah Putra ini ialah Encik Teoh Chooi Hoor yang juga merupakan Guru Besar bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra. Pada tahun 1967, kumpulan murid pertama telah menduduki peperiksaan LCE. Sekolah ini bermula dengan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra. Mulai 16 November, Encik Medzirimi bin Mat, mantan Penolong Kanan SMK Perlis telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Putra yang baharu menggantikan Encik Nardin bin Bakar yang ditukarkan sebagai Pengetua SMK Beseri, Perlis.

Sekarang ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Putra sudah memiliki kawasan dan beberapa bangunan sendiri yang lengkap dengan kelas-kelas pembelajaran, makmal Sains, Bilik Muzik dan Tayangan, Pusat Sumber Sekolah, Bengkel Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA), Sains Rumah Tangga, Bilik Seni Visual, Grafik Berkomputer, Makmal Komputer serta pelbagai prasarana lain. Sekolah Menengah Kebangsaan Putra berkeluasan 12.11 hektar. Sekolah ini turut mempunyai Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi kategori Bermasalah Penglihatan dan Bermasalah Pendengaran

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra merupakan sekolah yang berpotensi cemerlang pada masa hadapan. Oleh itu, iltizam daripada semua pihak amat penting dalam menunaikan tangggungjawab bagi merealisasikan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

{{|date=November 2020}}

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra
Jalan Padang Katong
01000, Kangar
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049761150
Fax = 6049763246

Rujukan sunting


Pautan luar sunting