Semerah (Johor)

bandar di Johor

Semerah adalah sebuah bandar yang terletak di antara daerah Batu Pahat dan daerah Muar. Sempadan Batu Pahat dan Muar adalah sangat menarik. Ini kerana ia dipisahkan oleh sebatang sungai yang melintasi pekan semerah.

Semerah
سميره
圣模那
Bandar
Semerah (Johor) is located in Bumi
Semerah (Johor)
Semerah (Johor) (Bumi)
Koordinat: 1°52′57″N 102°46′58″E / 1.8823859°N 102.7827648°E / 1.8823859; 102.7827648Koordinat: 1°52′57″N 102°46′58″E / 1.8823859°N 102.7827648°E / 1.8823859; 102.7827648
Country Malaysia
Wilayah/Provinsi Johor
Daerah sebahagian masuk Daerah Batu Pahat dan sebahagian masuk Daerah Muar[1]
Penduduk
 ((1991))
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)

Kemudahan

sunting

Terdapat sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Semerah dan dua sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Peserian dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chun, Johor. Terdapat kemudahan klinik kesihatan iaitu Klinik semerah dan Balai polis semerah. Sebuah pejabat pos iaitu Pejabat pos semerah, surau.

Terdapat dua buah stesen minyak, sebuah kemudahan ATM di dalam kedai serbaneka.

Tarikan

sunting

Menarik di Semerah ialah suasana pagi yang mana terdapat gerai yang menjual sarapan pagi. Terdiri daripada pelbagai jenis kuih muih. Terdapat juga warung yang mana menjual makanan siap bermasak untuk sarapan pagi, makan tengahari. Antara menu istemewa yang terkenal di Semerah ialah Mee Purba di Warung Hashim yang terletak di Medan Selera Pasar Semerah

Terdapat satu pasar minggu iaitu pada hari Ahad, setiap minggu. Namun, keadaan dan suasana pasar ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kekurangan pembeli dan penjual juga menjadi faktor kepada keadaan pasar minggu ini. Ia tidak lagi semeriah seperti sekitar tahun 2000-an.
  1. ^ "Lampiran 4: Senarai PBT". Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia (Laporan). Putrajaya. 2020. Dicapai pada 27 November 2022.