Senarai leksikologi bahasa Melayu
Isi kandungan: Utama • A • B • C • D • E • F • G • H • I • J • K • L • M • N • O • P • Q • R • S • T • U • V • W • X • Y • Z |
Rencana ini mencuba menyenaraikan sebilangan leksikologi bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebilangan kamus bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, peratusan kata pinjaman dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu, berdasarkan 28,651 kata dasar yang dikaji, adalah seperti yang berikut: [1]
Bahasa | Bil. perkataan | Peratusan (%) berdasarkan seluruh kata pinjaman |
Peratusan (%) berdasarkan seluruh perbendaharaan kata Melayu |
---|---|---|---|
Bahasa Inggeris | 2,381 | 23.7% | 8.3% |
Bahasa Arab | 1,791 | 17.8% | 6.3% |
Bahasa Jawa | 1,482 | 14.5% | 5.2% |
Bahasa Belanda | 1,387 | 13.8% | 4.8% |
Bahasa Minangkabau | 1,003 | 10.0% | 3.5% |
Bahasa Jakarta | 920 | 9.1% | 3.2% |
Bahasa Sanskrit | 490 | 4.9% | 1.7% |
Bahasa Cina | 188 | 1.9% | 0.7% |
Bahasa Sunda | 90 | 0.9% | 0.3% |
Bahasa Portugis | 83 | 0.8% | 0.3% |
Bahasa Parsi | 81 | 0.8% | 0.3% |
Bahasa Tamil | 57 | 0.6% | 0.2% |
Bahasa Hindi | 57 | 0.6% | 0.2% |
Bahasa Jepun | 16 | 0.2% | 0.1% |
Bahasa lain | 36 | 0.4% | 0.1% |
Jumlah | 10,062 | 35.2% |
Bagaimanapun, analisis ini tidak merangkumi sejumlah besar istilah sains dan teknologi, serta juga istilah dalam bidang-bidang akademik yang lain, yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.