Silat Gayung Pancasila

Asal Usul sunting

Silat ini dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh Sheikh Ibrahim yang berasal di Indonesia. Di Pahang, Silat ini telah dikembangkan oleh Pak Yaakub yang berasal dari Kedah dan telah menetap di Panching, Kuantan. Silat ini juga pernah dikembangkan di Semantan, Raub oleh Guru Kamaruzaman Alias dan Tengku Mat di Batu Burok, Kuala Terengganu. Diantara pewaris yang masih bergiat mengembangkan Silat ini adalah Yahya bin Othman yang menetap di FeldaTersang, Raub.Silat Gayung ini telah dikembangkan oleh anak muridnya iaitu Suhaimi bin Mustafa yang menjadi guru kanan kepada Yahaya bin Othman.

Syarat Menjadi Ahli sunting

Bagi mempelajari Silat ini ahli dikehendaki menyediakan perkara berikut:-

  • Wang berjumlah RM15.25 (pengeras)
  • 7 biji limu nipis
  • Akar sintuk
  • Sirih pinang dan ramuannya

Peringkat Latihan dan Matapelajaran sunting

Latihan diadakan sebanyak 3 peringkat:-

  1. Peringkat 3 Bulan
  2. Peringkat 6 Bulan
  3. Peringkat 14 Bulan

Secara umum, Silat ini mempunyai 1 tapak merangkumi 251 jenis buah dan 1 buah merangkumi 199 biji.

Diantara nama-nama buah mengikut tapak adalah seperti berikut:-

  • Tapak 1
    • Buah Kitaluhur
    • Buah Jarogilo Sirinolak Papriuk
    • Nurigaraparapa Liar Golo-golo
    • Nagih-nagih Terapasukura
  • Tapak 2
    • Buah Hentak Mayat
  • Tapak 3
    • Buah Tango
    • Buah Tangkap Lipan
    • Buah Ceduk
    • Buah Rujih
  • Tapak 4
    • Buah Tendang Mayat
    • Buah Sepak
    • Buah Longlai
    • Buah Seruncing
  • Tapak 5
    • Buah Nandong
    • Buah Malang Senja
    • Buah Saadon
    • Buah Melayang Sitang
  • Tapak 6
    • Buah Riun
    • Buah Buah Menanti
    • Buah Songsang
    • Buah Arirur
  • Tapak 7
    • Buah Onglengkung
    • Buah Riol Ailong
    • Buah Langlong Ariong Ular
    • Buah Surong Masum Teko Rial

Silat ini juga mengajar ahlinya permainan senjata seperti keris, tongkat, parang, tekpi dan rantai.

Rujukan sunting

  • Majalah Seni Beladiri keluaran September 2007