Singgahsana merujuk kepada kerusi atau bangku rasmi bagi kegunaan raja semasa adat istiadat rasmi. "Singgahsana" juga merupakan dari segi abstrak mewakili raja atau mahkota itu sendiri seperti kuasa dibelakang singgahsana.

Singgahsana Sultan Palembang di Museum Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang, Sumatera

Istilah ini atau dalam ejaan lamanya singgasana[1] berasal dari kata Sanskrit: सिंहासन, rumi: siṁhasana menggabungkan perkataan सिंह siṁha "singa"[2] dan अशन āsana "tempat duduk"[3] lalu bererti "tempat duduk singa":[1] singa melambangkan kebesaran dan keagungan dalam kebudayaan Hindu dan Buddha, maka motif contoh singgahsana berukir singa lazim ditemukan dalam kesenian Jawa kuno abad ke-8, seperti di relief Borobudur dan Prambanan. Singgasana Buddha Wairocana di Candi Mendut, serta Singgasana Dewi Tara di Candi Kalasan berukir Makara, Singa, dan Gajah.

Daftar singgahsana terkenal sunting


Galeri contoh sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1213. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 179–180. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]
  2. ^ "सिम्ह siṁha". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 25 Julai 2020.
  3. ^ "आसन āsana". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 25 Julai 2020.

Pautan luar sunting