T417 (bas Rapid KL)

Laluan bas T417 (MRT Batu 11 Cheras–Taman Karunmas) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T417 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Batu 11 Cheras di Selangor dan menuju ke kawasan petempatan Batu 11 Cheras, Taman Cheras Jaya, Taman Dutamas, Kampung Baru Balakong, Taman Impian Ehsan, Taman D'Impian Tropika, Taman Setia, Taman Desa Karunmas dan dua kawasan perindustrian iaitu Taman Industri Balakong Jaya dan Taman Perindustrian Alfa Impian.[1][2][3]

T417  MRT Batu 11 Cheras - Taman Karunmas
Laluan MRT Batu 11 Cheras–Taman Karunmas
Gambaran menyeluruh
PengendaliRapid KL (Rapid Bus)
DepotDepoh Bas Kajang
StatusBeroperasi
Perkhidmatan bermula16 Julai 2017; 6 tahun yang lalu (2017-07-16)
Waktu malamAda
Laluan
Jenis laluanLaluan perantara
LokasiLembah Klang, Malaysia
Melalui petempatan
Senarai petempatan
    • Batu 11 Cheras
    • Taman Cheras Jaya
    • Taman Dutamas
    • Kampung Baru Balakong
    • Taman Impian Ehsan
    • Taman D'Impian Tropika
    • Taman Setia
    • Taman Industri Balakong Jaya
    • Taman Perindustrian Alfa Impian
    • Taman Desa Karunmas
Melalui mercu tanda
Senarai mercu tanda
    • Plaza Kasturi
    • AEON Cheras Selatan
    • Hospital Columbia Asia
    • Kawasan Perniagaan Desa Ria
    • Apartmen Merpati
    • Apartmen Serindit
    • Apartmen Flora
    • Apartmen Rakyat
    • Apartmen Zapin
    • Dewan Taman Impian Ehsan
    • Flat Taman Desa Karunmas
Titik mulaMRT Batu 11 Cheras (Pintu A)
Melalui
Senarai jalan raya
Titik tamatMRT Batu 11 Cheras (Pintu A)
Hentian/stesen bas38 hentian
Perkhidmatan/servis
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas pengangkutan awam
Kekerapan20–40 minit
Kekerapan hari minggu30–60 minit
Hari operasiSetiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
ZonKoridor Cheras
Pertukaran ke laluan lain
Jadual laluanJadual T417 (2020)
← T416  Laluan bas di Lembah Klang  T418 →

Laluan bas ini berkhidmat di 38 buah hentian bas,[1] dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Julai 2017, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Kajang (PYL) fasa kedua dari stesen MRT Muzium Negara ke stesen MRT Kajang.[4][5] Laluan bas T417 merupakan satu daripada 23 buah laluan bas perantara MRT Laluan Kajang yang diperkenalkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menjelang pembukaan MRT Laluan Kajang fasa kedua.[5][6] Laluan bas T417 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[1]

Perkhidmatan sunting

Laluan bas T417 telah diperkenalkan sehari sebelum MRT Laluan Kajang dibuka secara rasmi iaitu pda 15 Julai 2017 melalui hantaran di Facebook melalui akaun rasmi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).[6] Dalam hantaran tersebut, laluan bas T417 telah tersenarai dalam 23 buah senarai laluan bas perantara MRT yang bakal diperkenalkan menjelang pembukaan MRT Laluan Kajang pada 16 Julai 2017.[6] Pada awalnya, laluan bas T417 tidak berkhidmat di sekitar Taman Desa Karunmas,[6][3] tetapi menjelang 1 Disember 2017, laluan bas T417 telah diperpanjangkan laluannya dengan memasuki kawasan perumahan Taman Desa Karunmas.[7] Kenyataan rasmi itu dibuat di laman Facebook Rapid KL.[7] Dengan pemanjangan laluan bas ini, 10 hentian baharu bas dibentuk di sepanjang Jalan Balakong Jaya 5, Jalan Penaga, Jalan Karunmas 5 dan Persiaran Karunmas.[1][8]

Laluan bas T417 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Cheras (dalam kategori penomboran laluan bas 400–499).[9] T417 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Batu 11 Cheras, Taman Cheras Jaya, Taman Dutamas, Kampung Baru Balakong, Taman Impian Ehsan, Taman D'Impian Tropika, Taman Setia, Taman Desa Karunmas, Taman Industri Balakong Jaya dan Taman Perindustrian Alfa Impia. Perkhidmatan bas ini menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat di kawasan tersebut ke Stesen MRT Batu 11 Cheras, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Kajang (PYL) ke Kwasa Damansara dan Kajang.[1][3]

Terdapat sebanyak 38 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T417, dengan 17 buah hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain.[1] Masa perjalanan keseruluhan laluan bas ini adalah dalam lingkungan 42 minit dari Hentian Bas MRT Batu 11 Cheras ke hentian bas yang sama.[10] Kekerapan bas laluan ini pula 20 hingga 40 minit pada hari Isnin–Jumaat dan 30 minit hingga 1 jam pada hari Sabtu dan Ahad dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.[10] Bas laluan T410 berkhidmat setiap hari.Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala.[10] Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja iaitu melalui kad Touch 'n Go ataupun kad konsesi bermula tahun 2019.[11][12] Mod pembayaran sebelum tahun 2019 bas perkhidmatan bas laluan T410 ialah melalui wang kertas dan pembayaran elektronik.[12]

Hentian bas sunting

Terdapat 38 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T417.[1][3]

Senarai hentian bas sunting

Hentian bas laluan T417 (Setakat Mac 2024)[1][3]
Kod Nama hentian bas Lokasi Pertukaran/sambungan Nota Gambar
KJ755 MRT Batu 11 Cheras Pintu A Jalan SS 2/2 9 MRT Batu 11 Cheras
  Rapid KL: T411, T569
 
KJ341 Plaza Kasturi Jalan Balakong   Rapid KL: T416, T569, 590
KJ665 Cheras Selatan 118 Lebuhraya SILK   Rapid KL: T416, T569, 590  
KJ666 Jejantas Taman Sri Indah Lebuhraya SILK   Rapid KL: T416, T569, 590
KJ667 Susur Cheras Jaya Lebuhraya SILK   Rapid KL: T416, T569, 590
KJ704 Susur U-Turn Cheras Jaya Lebuhraya SILK   Rapid KL: T569, 590
KJ705 Symphony Tower Lebuhraya SILK   Rapid KL: T569, 590
KJ421 Komersial Desa Ria (Opp) Persiaran Impian
KJ413 Apartment Meranti Persiaran Impian
KJ414 Apartment Flora (Opp) Persiaran Impian
KJ415 Apartment Rakyat (Opp) Persiaran Impian
KJ737 Taman Industri Balakong Jaya Jalan Sinaran 2
KJ763 Taman Impian Ehsan 3 Jalan Balakong Jaya 5
KJ766 Dewan Taman Impian Ehsan Jalan Balakong Jaya 5
KJ818 One Industrial Park Jalan Penaga
KJ860 Kilang Plastik Ekspedisi Emas (Opp) Jalan Penaga
KJ877 Padang Permainan (Opp) Jalan Karunmas 5
KJ878 Flat Taman Desa Karunmas Persiaran Karunmas
KJ879 Simpang Jalan Karunmas 3 Jalan Karunmas 5
KJ880 Padang Permainan Jalan Karunmas 5
KJ881 Kilang Plastik Ekspedisi Emas Jalan Penaga
KJ883 Simpang Jalan Alfa Impian 3 Jalan Penaga
KJ738 Dewan Taman Impian Ehsan (Opp) Jalan Balakong Jaya 5
KJ739 Taman Setia Jalan Sinaran 2
KJ418 Apartment Rakyat Persiaran Impian
KJ419 Apartment Flora Persiaran Impian
KJ420 Apartment Serindit Persiaran Impian
KJ421 Komersial Desa Ria Persiaran Impian
KJ698 Taman Taming Jaya Lebuhraya SILK   Rapid KL: T569, 590  
KJ669 Komersial Taming Jaya Lebuhraya SILK   Rapid KL: T569, 590
KJ673 Kampung Baru Balakong Lebuhraya SILK   Rapid KL: T569, 590  
KJ703 Susur U-Turn Cheras Jaya (Opp) Lebuhraya SILK   Rapid KL: T569, 590
KJ674 Komersial Dutamas Cheras Lebuhraya SILK   Rapid KL: T416, T569, 590
KJ870 Columbia Asia Hospital Lebuhraya SILK   Rapid KL: T416, T569, 590
KJ693 Jejantas AEON Cheras Selatan Lebuhraya SILK   Rapid KL: T416, T569, 590
KJ336 Plaza Kasturi Jalan Balakong   Rapid KL: T416, T569, 590
KJ755 MRT Batu 11 Cheras Pintu A Jalan SS 2/2 9 MRT Batu 11 Cheras
  Rapid KL: T416, T569
 

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h "MyRapid - Bus Kiosk | T417" [MyRapid - Hentian Bas | T417]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  2. ^ "Rapid KL - Bus Info: Feeder Bus For MRT Kajang Line" [Rapid KL - Maklumat Bas: Bas Perantara untuk MRT Laluan Kajang]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  3. ^ a b c d e "MRT Batu 11 Cheras (T417) - Pintu A" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Ogos 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2017.
  4. ^ "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
  5. ^ a b Fuad, Faris (15 Disember 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2018. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  6. ^ a b c d Agensi Pengangkutan Awam Darat (15 Julai 2017). "Terdapat 23 laluan bas baru di bawah Fasa 2 Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang. Kenalilah kesemua laluan-laluan bas perantara MRT ini". Facebook. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2024. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  7. ^ a b Rapid KL (29 November 2017). "Laluan Bas Perantara MRT yang Dipanjangkan Perjalanan - T417". Facebook (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2024.
  8. ^ Rapid KL (28 November 2017). "Rajah laluan T417 (MRT Batu 11 Cheras-Flat Taman Desa Karun Mas) yang baharu". Facebook. Dicapai pada 2 Mac 2024.
  9. ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  10. ^ a b c "Laluan T417 – MRT Batu 11 Cheras ↺ Taman Karunmas". Moovit. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  11. ^ BERNAMA (29 Januari 2019). "Bas perantara MRT laksana sistem bayaran tambang tanpa tunai sepenuhnya". mStar Online. Star Media Group. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  12. ^ a b Najib (31 Januari 2019). "Bas perantara MRT tidak akan menerima wang tunai bermula Februari". Soya Cincau. Mind Blow Sdn. Bhd. Dicapai pada 28 Januari 2024.