Taman Harmoni, Semenyih

Taman Harmoni adalah sebuah taman perumahan di Seksyen 6, Bandar Teknologi Kajang. Terletak di mukim Semenyih, daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Taman ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang dan di bawah Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Pemaju kawasan perumahan ini ialah Dynafare Sdn Bhd (303305-U) yang beralamat di 5, Jalan Seri Baiduri 2, Taman Seri Baiduri, Bandar Teknologi Kajang. Dibangunkan di atas Lot 2128, 2129, 2215 & 2216. Status tanah di kawasan ini adalah Pegangan Bebas (Freehold).

Terdapat beberapa jenis rumah di kawasan perumahan ini iaitu :

  • Rumah Teres
  • Rumah Berkembar
  • Banglo / Rumah Sesebuah
  • Rumah Flat
Fail:Taman harmoni map.gif
Lokasi ke Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang

Lokasi sunting

Berada di Seksyen 6, Bandar Teknologi Kajang. Terdapat tiga (3) jalan masuk utama ke taman ini :

1. Dari simpang tiga (3) lampu isyarat Jalan Kajang / Semenyih berhampiran Pasaraya Billion Semenyih adalah ke arah kanan (jika dari arah Kajang dan arah kiri jika dari arah Semenyih). Masuk terus sehingga simpang tiga (3) ke arah kanan di Seksyen 4 (terus akan menghala ke Taman Industri Mega). Setelah membelok ke kanan, teruskan perjalanan melalui kawasan kilang sehingga simpang empat (4). Belok kiri pada simpang empat tersebut dan anda akan tiba di taman ini.

2. Dari simpang tiga (3) lampu isyarat Jalan Reko, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi menuju ke arah Hentian Kajang / Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), masuk melalui terowong keretapi di sebelah kiri. Teruskan perjalanan sehingga di sehingga tiba di bulatan, ambil jalan ketiga (3). selepas melalui kajang 2, taman perumahan tropicana, dalam jarak kira-kira 3 km. Teruskan perjalanan pada simpang empat (4) tersebut sehingga berjumpa dengan simpang tiga (3), belok kanan dan anda akan sampai ke taman ini.

3.Dari pusat Bandar Baru Bangi, ambil jalan mengahala ke Jalan Reko, jalan terus melalui "flyover" merentasi Jalan Reko. Teruskan perjalan sehingga tiba di bulatan, ambil jalan ketiga (3). selepas melalui kajang 2, taman perumahan tropicana, dalam jarak kira-kira 3 km. Teruskan perjalanan pada simpang empat (4) tersebut sehingga berjumpa dengan simpang tiga (3), belok kanan dan anda akan sampai ke taman ini

Penduduk sunting

Majoriti penduduk di Taman Harmoni ini berketurunan Melayu. Terdapat juga kaum Cina, India dan lain-lain.

Pendidikan sunting

Pra-sekolah sunting

  • Tadika Kemas Taman Harmoni
  • Tadika Play House Taman Harmoni

Sekolah sunting

Pengajian Tinggi sunting