Khemah besar
Khemah besar[1] merupakan salah satu konsep politik merujuk sifat sesebuah parti politik memiliki banyak pengikut dengan beragam-ragam latar belakang[2] baik secara peribadi mahupun ideologi; hal ini berbeza dengan keberadaan kelompok parti politik biasa yang tegas mempertahankan sesuatu nilai yang dianggap sesuai anggaran dasar dan hubungan.[3]
Idea politik ini mula diungkapkan hasil penterjemahan kata istilah asal konsep tersebut dalam bahasa Inggeris, "big tent", yang menerangkan sifat parti-parti politik ini yang memayungi banyak ideologi di bawah suatu penjenamaan seragam seakan suatu "khemah" atau "tenda"[4] yang besar; konsep politik ini mula wujud dalam rantau Nusantara diperkenalkan pertama kalinya dalam negara Indonesia yang mengistilahkan ia sebagai "tenda besar".[5]
Mengikut negara
suntingAmerika Syarikat
suntingParti Libertarian dan Parti Demokrat merupakan dua buah parti di Amerika Syarikat yang sering disebut bersifat "khemah besar" kerana aneka latar belakang para anggota dan pengurus parti-parti ini. Salah satu bukti dari hal ini adalah Ron Paul dan Gary Johnson yang pernah mencalonkan diri sebagai calon presiden Parti Libertarian. Meskipun parti lawan menganggap kedua-dua calon ini sebagai berhaluan "liberal", namun terdapat perbezaan pandangan sesama dua orang ini: Ron Paul dikenal sangat menentang pelaksanaan dasar membenarkan pengguguran kandungan yang dipandangnya dan rakan seperjuangan sebagai pencabulan hak anak-anak sedangkan Gary Johnson tiada berfahaman sebegitu.
Hal ini juga terlihat pada Parti Demokrat di zaman Franklin D. Roosevelt. Pada zaman tersebut, Parti Demokrat merupakan salah satu partai besar dengan dukungan dari berbagai lapisan kelas terutama masyarakat kelas bawahan, buruh, dan petani.
Selain itu, Parti Republikan juga dianggap sebagai parti "khemah besar" pada awalnya kerana polisi pemerintahan Abraham Lincoln yang ramah terhadap kaum minoriti terutamanya kepada masyarakat kulit hitam.[6] Selain itu, pada zaman kini, parti ini dianggap memasuki fasa ini kerana memiliki banyak tokoh yang mempunyai ideologi politik yang beragam.[7]
United Kingdom
suntingPada zaman Perdana Menteri Gordon Brown (2007–2010), Parti Buruh pimpinan kabinetnya dalam kerajaan mengalami penglbatan besar-besaran melalui masuknya orang dengan berbagai-bagai latar belakang termasuk daripada parti saingannya sendiri seperit Parti Demokrat Liberal.[8]
Jerman
suntingDi Jerman, Kesatuan Demokratik Kristian merupakan salah satu parti yang sering dianggap bersifat khemah besar; hal ini dibuktikan dengan jalinan pakatan dengan CSU di Bavaria. CSU dan CDU, meskipun memiliki latar belakang yang sama bahkan kelompok gabungan dalam parlimen Jerman (CDU/CSU) itu sendiri memiliki banyak pandangan dan fahaman politik dalaman yang berpincangan.
(Lihat di CDU/CSU mengenai sebab ini)
Kanada
suntingParti Liberal Kanada dianggap sebagai mewakili suatu rangkuman bersifat "khemah besar".[9]
India
suntingDi India, Kongres Kebangsaan India merupakan salah satu parti jenis ini pada awal pendiriannya memiliki cita-cita untuk mengusir penguasaan jajahan British dan didokong pelbagai pihak yang mengambil serta dengan latar belakang yang berbeza-beza.
Indonesia
suntingDi Indonesia, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan pada zaman awal (Pemilihan umum 1999) dianggap sebagai salah satu perwakilan "partai tenda besar" di Indonesia kerana luasnya spektrum politik dan latar belakang orang seperjuangan (kader) yang ada pada saat itu.[10] Hal ini dibuktikan dengan masuknya beberapa tokoh politik dari berbagai latar belakang seperti Soetardjo Soerjogoeritno, Sabam Sirait, Abdul Madjid, Aberson Marle Sihaloho, Royani Haminullah, Sukowaluyo Mintoraharjo (GMKI), Roy B.B. Janis (GMNI), Sophan Sophiaan, Alexander Litaay (GMKI), Haryanto Taslam, Noviantika Nasution, Arifin Panigoro (ITB, dan pengusaha Grup Medco), Tjahjo Kumolo (KNPI, bekas anggota Golkar),Theo Syafei (eks Pangdam Udayana), Raja Kami Sembiring Meliala (tokoh tentera), Widjanarko Puspoyo (eks Golkar), Zulfan Lindan (HMI), Permadi, Meliono Soewondo (ITB), dan Heri Akhmadi (ITB, mantan aktivis mahasiswa '78).[10]
Selain itu, Golongan Karya juga sering disebut sebagai sebuah kelompok tenda besar kerana beberapa kadernya datang dari berbagai-bagai latar belakang yang berbeza[11] tercermin dalam keanggotaan antara lain termasuk Akbar Tanjung, Aburizal Bakrie, Jusuf Kalla, Siswono Yudo Husodo dan Agung Laksono.
Malaysia
suntingParti Keadilan Rakyat adalah contoh parti khemah besar di Malaysia.[perlu rujukan] Pelbagai sisi pandang termasuk sosial demokrat, liberal, nasionalis dan Islamis ada diwakili di dalam parti ini merangkumi golongan dakwah seperti ABIM dan JIM, bekas anggota UMNO, aktivis hak asasi manusia dan kesatuan sekerja yang mewakili kepelbagaian rakyat berbilang kaum Malaysia.
Rujukan
sunting- ^ Nazrin Zulkafli (2 Mei 2021). "DAP bentuk jajaran baharu bersama parti lain dalam diam: Wan Saiful". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-02. Dicapai pada 30 Jun 2021.
- ^ "Big tent politics". TheFreeDictionary.com. Dicapai pada 2017-11-15.
- ^ https://www.usnews.com/opinion/articles/2010/05/17/political-purity-vs-big-tent-party-building-is-a-false-choice
- ^ "tenda". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Rujuk:
- Billiocta, Ya'cob (8 Mei 2014). "Ini prospek koalisi tenda besar Prabowo". Merdeka. Dicapai pada 21 September 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - "Pertanyaannya, Itu Koalisi Tenda Besar atau Koalisi Bingung?". Kompasiana. 5 Mei 2014. Dicapai pada 21 September 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
- Billiocta, Ya'cob (8 Mei 2014). "Ini prospek koalisi tenda besar Prabowo". Merdeka. Dicapai pada 21 September 2019. Cite has empty unknown parameter:
- ^ Page, Clarence. "Can Virginia's Democratic win revive 'big-tent' politics? Let's hope". chicagotribune.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Disember 2017.
- ^ Harris, Peter. "The GOP Must Be the Big-Tent Party". The National Interest (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-12-11.
- ^ "How big tent politics works". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 14 November 2007. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2017-11-15.
- ^ Carty, R. Kenneth (10 Mei 2016). Big Tent Politics: The Liberal Party's Long Mastery of Canada's Public Life (dalam bahasa Inggeris) (ed. Reprint edition). UBC Press. ISBN 9780774830003.
|edition=
has extra text (bantuan) - ^ a b (apakabar@Radix.Net), apakabar@Radix.Net. "[INDONESIA-L] TAJUK - Arogan Membaw". www.library.ohio.edu. Dicapai pada 17 November 2017.
- ^ Akbar., Tanjung, (2007). The Golkar way : survival Partai Golkar di tengah turbulensi politik era transisi. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. ISBN 9789792233636. OCLC 232148981.CS1 maint: extra punctuation (link)