Terier Tibet

Terier Tibet (bahasa Inggeris: Tibetan terrier) ialah satu baka anjing bersaiz sederhana berasal dari Tibet.[1] Sungguhpun namanya, ia bukan anggota kumpulan terier. Baka ini memperoleh namanya daripada pelancong Eropah yang pertama kali menghadapi baka ini kerana keserupaannya dengan terier.[2] Namanya dalam bahasa Tibet untuk baka ini, Tsang apso, diterjemahkan kasar-kasar kepada "anjing kasar dan berjumbai-jumbai atau berjanggut (apso), dari provinsi Tsang". Sesetengah anggapan pelancong lama memberikan nama dokhi apso atau apso "luar", menyatakannya sebagai anjing pekerja yang tinggal di luar.

Terier Tibet
Tibet Terrier Bennie (cropped).jpg
Terier Tibet
Nama lainTsang apso
Dokhi apso
Negara asalTibet
Anjing (Canis lupus familiaris)

Dibiakbakakan dan dibesarkan di biara oleh lama selama 2000 tahun lali, terier Tibet dibela sebagai jampi tuah, maskot, anjing pengawal, dan teman. Tambahan kepada penggembalaan biri-biri, ia juga digunakan untuk mengutip barang yang jatuh di bawah sisi gunung.[3]

Dikenali sebagai "anjing suci Tibet", ia tidak pernah dijual tetapi hanya diberikan sebagai hadiah oleh sami untuk menggalakkan kekayaan baik. Sejarah awal baka ini berhubung dengan hanya sebilangan anjing asasi. Analisis DNA terkini telah menyimpulkan bahawa terier Tibet diturunkan daripada baka anjing paling purba.[4]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ American Kennel Club (2013). Get to know the Tibetan Terrier. Dicapai daripada http://www.akc.org/breeds/tibetan_terrier/index.cfm
  2. ^ GotPetsOnline.com (2013). Tibetan Terriers. Dicapai daripada http://www.gotpetsonline.com/pictures/gallery/dogs/terrier-dogs/tibetan-terriers/ Diarkibkan 2016-06-23 di Wayback Machine
  3. ^ Kelab Terier Tibet Amerika Syarikat (2012). About the Breed: History. Dicapai daripada http://ttca-online.org/html/history.html
  4. ^ Ostrander, Elaine A. (2007). "Genetics and the Shape of Dogs". American Scientist. 95 (5): 406. doi:10.1511/2007.67.3724.

Pautan luarSunting