The Gadys ialah sebuah kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2021, dianggotai oleh dua ahli asal, Ayunie Rizal dan Aznie Azmi serta ahli baru, Thamiera Chan. Bekas ahli kumpulan ini terdiri daripada Nelissa Nizam dan Faa Zaini.[1][2] Kumpulan ini menikmati kejayaan komersial menerusi single sulung mereka, "Gadys Raya", yang merupakan single Raya pertama mereka.[3][4]

The Gadys
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2021–kini
Syarikat rakaman
Ahli
  • Ayunie Rizal
  • Aznie Azmi
  • Thamiera Chan
Bekas ahli

Sejarah sunting

Keempat-empat ahli kumpulan The Gadys ialah rakan dan kenalan dalam industri seni dan sama-sama menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Hubungan mereka mula akrab selepas mengambil bahagian dalam pertandingan The Next My Star pada tahun 2020,[5] sekaligus membawa kepada penubuhan The Gadys setahun kemudian.[3]

Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Valient Music dan Universal Music Malaysia dan muncul bersama single sulung mereka, "Gadys Raya" ciptaan Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim.[3] Dikeluarkan pada 8 April 2022 sebagai single pra-penampilan mereka, lagu ini berkisarkan pengalaman ahli The Gadys sendiri yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan lebaran akibat pandemik COVID-19.[6]

Pada 9 September 2022, The Gadys muncul dengan single "Gelek Jambu" yang menggabungkan genre reggaeton, rock dan tradisional.[7][8] Mereka kemudian merakamkan semula lagu "Gadis dan Bunga" nyanyian asal Rahimah Rahim, yang dikeluarkan pada Mac 2023. Ini merupakan muzik video pertama The Gadys sebagai trio selepas pengunduran seketika salah seorang ahlinya, Faa Zaini pada November 2022 akibat masalah kesihatan.[9]

Pada tahun 2023, The Gadys mengumumkan pengunduran dua ahli asalnya, Nelissa dan Faa sekaligus meninggalkan Aznie dan Ayuni sebagai ahli asal dan mengambil ahli baru, Thamiera Chan yang merupakan anak saudara penyanyi, Stacy Anam. Pada masa yang sama, kumpulan ini muncul dengan single baru, "Gagal Cinta" yang merupakan rakaman rasmi pertama The Gadys tanpa Nelissa dan yang kedua tanpa Faa serta yang pertama bersama Thamiera sebagai ahli baru.

Ahli kumpulan sunting

Ahli terkini sunting

  • Ayunie Rizal (2021-kini)
  • Aznie Azmi (2021-kini)
  • Thamiera Chan (2023-kini)

Bekas ahli sunting

Diskografi sunting

Single sunting

Senarai single, dengan kedudukan carta terpilih
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta
Era Hot FM Suria
"Gadys Raya"[10] 2022
"Gelek Jambu"[11]
"Gadis dan Bunga"[12] 2023
"Gagal Cinta"
"Cuti Raya" 2024
"—" menunjukkan lagu yang tiada dalam carta, atau tidak dikeluarkan di wilayah tersebut.

Rujukan sunting

  1. ^ Farihad Shalla Mahmud (23 Jun 2022). "The Gadys jual imej seksi?". Berita Harian. Dicapai pada 4 September 2022.
  2. ^ Wafa Awla (26 Mei 2022). "Dikecam Bersuara Sumbang, The Gadys Tak Goyah". Getaran. Dicapai pada 4 September 2022.
  3. ^ a b c Ridzuan Abdul Rahman (9 April 2022). "The Gadys tak sabar". Harian Metro. Dicapai pada 10 April 2022.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (24 Mei 2022). "The Gadys bukan 'klon' Dolla". Harian Metro. Dicapai pada 3 September 2022.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (9 Ogos 2022). "The Gadys mantapkan vokal". Harian Metro. Dicapai pada 3 September 2022.
  6. ^ "The Gadys pertaruh single raya". Malaysia Gazette. 12 April 2022. Dicapai pada 3 September 2022.
  7. ^ "The Gadys kembali dengan Gelek Jambu". Malaysia Gazette. 24 September 2022. Dicapai pada 4 September 2023.
  8. ^ Atiqah Johari (15 September 2022). "Muncul Single Terbaru, The Gadys 'Gelek Maut' Dalam GELEK JAMBU". XTRA. Dicapai pada 4 September 2023.
  9. ^ Atiqah Johari (30 November 2022). "The Gadys Dah Berpecah? Ini Penjelasan Nelissa Nizam". XTRA. Dicapai pada 4 September 2023.
  10. ^ "Gadys Raya by The Gadys". Apple Music. Dicapai pada 4 September 2023.
  11. ^ "Gelek Jambu by The Gadys". Apple Music. Dicapai pada 4 September 2023.
  12. ^ "Gadis dan Bunga by The Gadys". Apple Music. Dicapai pada 4 September 2023.

Pautan laur sunting