Sir Thomas More (7 Februari 14786 Julai 1535) ialah peguam, penulis, negarawan, dan syahid Katolik. Semasa hidupnya, beliau memperoleh reputasi sebagai seorang cendekiawan humanisme yang terutama di Universiti Oxford, dan pernah menyandang banyak jawatan awam. More dihargai kerana merupakan pengaruh utama dalam pengembangan ekuiti (keadilan) sebagai sebuah sistem undang-undang tambahan kepada undang-undang Inggeris. Beliau mencipta perkataan "utopia" yang merujuk kepada sebuah negara pulau khayalan yang ideal. Sistem politik negara ini diperihalkan dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1516.

Santo Thomas More
Potret St. Thomas More
oleh Hans Holbein si Lebih Muda (1527)
Lahir1478
London
Meninggal1535
London
Dihormati olehGereja Katolik, Gereja England
Dikanunkan1935 oleh Pius XI
Tempat keramatCanterbury (kepala), Menara London (badan)
Hari perayaan22 Jun
AtributKapak
NaunganAnak-anak angkat, Arlington, Virginia, kakitangan perkhidmatan awam, kerani mahkamah, perkahwinan yang sukar, keluarga yang besar, peguam, Pensacola-Tallahassee, Florida, ahli politik, ibu bapa tiri, duda

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada musim luruh tahun 1529, More mewarisi Kardinal Wolsey sebagai Lord Canselor England. Beliau tidak bersetuju dengan Raja Henry VIII terhadap pembubaran perkahwinan baginda dengan Catherine dari Aragon. Dua tahun kemudian pada tahun 1532, More meletakkan jawatannya dan bersara daripada kehidupan awam.

Pada tahun 1534, Parlimen meluluskan Akta Keagungan (bahasa Inggeris: Supremacy Act) yang menjadikan Raja England sebagai ketua Gereja England. More enggan menerima Raja Henry VIII sebagai ketua Gereja England, satu keputusan yang menamatkan kerjaya politiknya, serta mengakibatkannya dihukum mati kerana menderhaka.

Pada tahun 1935, empat ratus selepas kematiannya, More diisytiharkan sebagai santo Gereja Katolik oleh Paus Pius XI, dan kemudiannya diisytiharkan sebagai santo penaung untuk golongan negarawan dan peguam. Beliau berkongsi hari perayaan pada 22 Jun dalam takwim santo Katolik, dengan Santo John Fisher, Biskop tunggal semasa pembaharuan Inggeris yang enggan menolak kepercayaan Katolik dan taat setia kepada Paus. More ditambah dalam takwim santo Gereja England pada tahun 1980.


Rujukan sunting

  • Wood, James, The Broken Estate, Essays on Literature and Belief, Pimlico, 2000, ISBN 0-7126-6557-9, 16.

Biografi sunting

Pautan luar sunting

 
Wikisource



Didahului oleh
Sir Thomas Nevill
Speaker Dewan Rakyat British
1523
Diikuti oleh:
Sir Thomas Audley
Didahului oleh
Sir Richard Wingfield
Canselor Duchy Lancaster
15251529
Diikuti oleh:
Sir William Fitzwilliam
Didahului oleh
Thomas Kardinal Wolsey
Lord Canselor
1529 – 1532
Diikuti oleh:
Sir Thomas Audley
(Penyimpan Mohor Agung)