Topokon adalah sebuah mukim berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Tamparuli yang terletak di Daerah Tuaran, Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. Jarak kampung ini daripada pekan Tuaran ialah 10 kilometer dan 9.5 kilometer daripada pekan Tamparuli. Penduduknya adalah terdiri daripada suku kaum dusun. Mereka adalah petani, penoreh getah, bekerja dengan kerajaan, bekerja di sektor swasta dan sebagainya. Penduduk menganuti agama Kristian, Islam dan Pagan. Topokon dikenali dengan jalanraya yang berliku-liku. Penghasilan penduduk di sini adalah getah, padi, halia, buah-buahan tempatan seperti langsat, cempedak, tarap dan durian. Terdapat juga kedai kecil yang berdekatan untuk kemudahan masyarakat di kawasan Topokon.

Topokon
Etimologi: Tumbuhan Orkid iaitu Tapako dalam bahasa Dusun
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahTuaran
Zon waktuUTC+8 (MST)
Kod kawasan088

EtimologiSunting

Nama asal Topokon adalah 'Topoko'on' yang diambil dari nama tumbuhan orkid dalam bahasa Dusun 'tapako' yang bermaksud "kawasan yang banyak ditumbuhi tapako" terletak di lokasi Sekolah Kebangsaan Topokon sehinggi kini. Nama kampung-kampung dipersekitaran Topokon adalah seperti kg. Menguwou, kg. Tinambak, kg. Lontik, kg. Maralamin, kg. Rongolis, kg. Kosusu, kg. kionsom dan kg.Bokulungon. Kampung Topokon pada suatu ketika dahulu adalah tempat persinggahan bagi penduduk Ranau ke Tamu Tuaran.

KemudahanSunting

e-DesaSunting

e-Desa merupakan satu usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui kerjasama diantara Kementerian Pembangunan Sumber Manusia dan Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kemudahan e-Desa kampung Topokon, Tamparuli dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim pada tahun 2013. e-Desa yang dibina ini akan memberi peluang kepada penduduk menikmati kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan lebih baik dan selesa di kawasan Topokon.[1] Terdapat juga pelbagai aktiviti yang diusahakan oleh e-desa untuk menarik minat penduduk di kawasan kampung Topokon.

Mukim TopokonSunting

Mukim Topokon terdiri daripada 16 buah kampung iaitu;[2]

  1. Kampung Gayaratau
  2. Kampung Bundu Gulu
  3. Kampung Timbou
  4. Kampung Bundu Tohuri
  5. Kampung Rongolis
  6. Kampung Puhus
  7. Kampung Kolipasuan
  8. Kampung Kosusu/kionsom
  9. Kampung Topokon
  10. Kampung Tinambak
  11. Kampung Lontik/Maralamin
  12. Kampung Ratau Baru
  13. Kampung Wangkod
  14. Kampung Madang
  15. Kampung Gontung
  16. Kampung Rungus

RujukanSunting

  1. ^ "Penubuhan e-Desa rapatkan jurang digital". besrtmkk.wordpress.com. 21 Februari 2013. Dicapai pada 20 Januari 2020.
  2. ^ Rosliah, Kiting (2016). Peranan Pendidikan Talaala Dan Cadanagan Cara Mewariskannya Dalam Masyarakat KadazanDusun (PDF) (PhD). Universiti Malaysia Sabah. Dicapai pada 13 Januari 2020.

Pautan luarSunting

  Kategori berkenaan Topokon di Wikimedia Commons