Tukar-Tukar Menu
Tukar-Tukar Menu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Rusdi Ramli dengan idea asal oleh A. Aida, dibintangi oleh Izreen Azminda dan Fikree Aznan. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 29 Mei 2017 hingga 22 Jun 2017.[1]
Tukar-Tukar Menu | |
---|---|
Genre | Drama, cinta, komedi |
Pencipta | A. Aida |
Ditulis oleh | Azlina Din |
Pengarah | Rusdi Ramli |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Senyum Lagi" oleh Qierra dan Mark Adam |
Lagu penutup | "Senyum Lagi" oleh Qierra dan Mark Adam |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Faris Che Aziz |
Penerbit | Taha Wahid |
Penyunting |
|
Lokasi | |
Tempoh siaran | 40–42 minit |
Syarikat penerbitan | Jutaan Ringgit |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 29 Mei 2017 – 22 Jun 2017 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Premis
suntingMengisahkan Khatijah atau Cat (Izreen Azminda) terpaksa pulang ke kampung bagi menjaga ibunya Mak Ati (Norlia Ghani) yang diserang angin ahmar. Di kampung Cat terjumpa semula bekas kekasihnya iaitu Cef Shak (Cef Fikree). Ketika itu masing-masing dengan status janda dan duda anak satu. Pada mulanya Cef Shak mengelak untuk berjumpa Cat kerana teringatkan peristiwa lama dia ditinggalkan Cat semata-mata memilih lelaki mat salih sebagai calon suami. Namun, Cat tetap berusaha memujuk dan menambat hati Cef Shak semula. Bagaimana Cat dan Cef Shak setiap hari menyediakan menu berbeza dan diberikan kepada jiran mereka.
Pelakon
sunting- Izreen Azminda sebagai Khatijah
- Fikree Aznan sebagai Shak
- Muntazar Ghani sebagai Koji
- Baby Sofea sebagai Nur Ain
- Syamim Razi sebagai Addin
- Norlia Ghani sebagai Mak Ati
- Ziema Din sebagai Kak Ziha
Rujukan
sunting- ^ Drama Tukar-Tukar Menu mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.
- ^ Tukar-Tukar (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 29 Ogos 2018.