Buka menu utama

Ubi gadong atau nama saintifiknya Dioscorea daemona (atau D. hispada Dennst.[1], D. hirsuta Dennst., Dioscorea triphylla Auct. ) merupakan sejenis ubi beracun jika dimakan begitu sahaja. Tetapi ubi ini boleh dimakan dengan pemprosesan yang betul. [2] Ubi gadung dikatakan berasal dari India tetapi tersebar luas ke Asia Tenggara di kawasan hutan sekunder, belukar dan turut ditanam di kawasan taman. Ubi gadung yang telah diproses enak dimakan bersama kelapa parut yang disalut sedikit garam dan gula.

Ubi gadong
Diosc hispi 090103-5117 rwg.JPG
Pengelasan saintifik
Alam: Hidupan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Keluarga: Dioscoreaceae
Genus: Dioscorea
Spesies: D. daemona
Nama binomial
Dioscorea daemona
Sinonim

D. hispada Dennst. D. hirsuta Dennst.

Ubi gadong tumbuh membesar di dalam tanah. Ia hidup liar di hutan sekunder, belukar dan biasanya juga ditanam di taman. Ubi gadung adalah tumbuhan beracun dan mampu hidup dalam pelbagai keadaan cuaca. Ia boleh hidup bertahun lamanya dan amat sukar untuk mati. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang hidup menjalar dan memanjat serta boleh memanjang hingga 20 meter dengan batangnya yang berduri.

PerubatanSunting

Ubi gadung kini dikaji bagi ciri-ciri keupayaannya membunuh cacing dan serangga, selain dari kajian bagi menguju keberkesanan perubatan tradisinya yang lain.[3]

RujukanSunting

Pautan luarSunting