Istilah Upanishad bermaksud "mereka yang duduk berhampiran" merujuk kepada para pendita yang sering mendengar ajaran-ajaran rahsia dari para wali atau guru kerohanian ("spiritual teacher"). Walaupun terdapat lebih dua ratus Upanishad, hanya lima belas disebut oleh para sarjana Hindu seperti Sankara (788-820). Lima belas ini serta Maitri adalah dianggap sebagai Upanishad yang utama. Upanishad yang tertua dan terpanjang ialah Brihadaranyaka Upanishad dan Chandogya Upanishad dari abad ke-7 SM.

Teks Hindu
Śruti

Smriti

Upanishad merupakan sebahagian daripada Veda. Semua Upanishad adalah bahasa Sanskrit purba yang digunakan dalam Veda. Upanishad mengandungi ajaran falsafah serta konsep-konsep utama agama Hindu. Beberapa ajaran Upanishad juga kemudiannya dikongsi oleh tradisi lain seperti agama-agama Buddha dan Jain.

Upanishad dianggap sebagai kesusasteraan utama dan paling penting dalam sejarah agama-agama dan kebudayaan India. Teks-teks ini memainkan peranan penting dalam perkembangan idea-idea kerohanian di India purba, menandakan titik peralihan daripada ritualisme Vedik kepada idea-idea dan institusi-institusi baru. Antara semua sastera Vedik, hanya Upanishad yang telah menjadi popular dan masih berkembang ke seluruh dunia. Tidak dapat dinafikan bahawa ajaran Upanishad merupakan intipati agama Hindu.

Amnya, Upanishad juga dikenali sebagai Vedanta. Vedanta bermaksud "bahagian akhir Veda" atau "matlamat akhir Veda". Konsep-konsep Brahman (Realiti Agung) dan Atman (Diri) merupakan tema utama Upanishad. Selain Bhagavadgita dan Brahmasutra, Upanishad-Upanishad utama merupakan tiga asas kepada beberapa fahaman Vedanta.

Menurut suatu pendapat, terdapat lebih 200 Upanishad.

Pada awal kurun ke-19, Upanishad mula diterjemahkan ke dalam bahasa asing dan sejak itu, ramai cendekiawan dan pemikir Barat telah menunjuk minat untuk mempelajari teks-teks purba ini. Arthur Schopenhauer yang amat tertarik dengan Upanishad memanggilnya sebagai "hasil terunggul pengetahuan manusia". Para Indologi moden telah membandingkan konsep-konsep asas Upanishad dengan falsafah barat.

Etimologi

sunting

Perkataan 'Upanishad' berasal daripada perkataan "sad" yang mempunyai beberapa maksud iaitu melonggarkan, pergerakan, dan penghapusan. Maka, "Upanishad" boleh diberi maksud "ilmu atau pengetahuan suci yang melonggarkan ikatan samsara (kehidupan semula), menghapuskan kejahilan manusia mengenai Dirinya yang sebenar, dan membawanya kepada Tuhan atau Brahman. Maka, kitab suci yang mengajar ilmu ini dipanggil sebagai "Upanishad".

Satu lagi maksud "Upanishad" ialah "duduk di samping". Maka, "Upanishad" ialah "ilmu kerohanian yang diajar secara peribadi atau sulit kepada seorang pelajar yang berkelayakan dan ilmu yang  dipelihara dengan penuh rahsia."

Kamus Sanskrit oleh Monier-Williams menyatakan bahawa "Menurut otoriti orang-orang India, Upanishad bermaksud menyingkirkan kejahilan dengan mendedahkan ilmu Roh yang Agung."

Sankaracharya menjelaskan dalam ulasan Katha Upanishad dan Brihadaranyaka Upanishad bahawa perkataan ini membawa maksud, "Atmavidya, iaitu, Ilmu Atman", atau "Brahmavidya, Ilmu Brahman".

Max Muller dan Paul Deussen menterjemahkan "Upanishad" sebagai "doktrin rahsia".

Robert Hume pula menterjemahkan perkataan ini sebagai "maksud mistik", sementara Patrick Olivelle pula memberikan maksud "hubungan terselindung".

Swami Vivekananda menyatakan bahawa "Upanishad mempunyai satu subjek, satu kerja yang perlu dilakukan iaitu kerja membuktikan perkara ini: 'Seperti mana seketul tanah dapat mengajar kita mengenai semua tanah dalam dunia ini, jadi, apakah perkara yang boleh mengajar kita tentang segala-galanya dalam dunia ini?'"

Menurut Swami Vivekananda, "Upanishad mengajar kita segala-galanya tentang agama."

Perkembangan

sunting

Pengarang

sunting

Sama seperti Veda, tidak ada sebarang catatan mengenai pengarang atau penulis Upanishad. Menurut S.Radhakrisnan[1], "tiada nama pengarang untuk hampir semua sastera awal India. Kita tidak tahu nama penulis-penulis Upanishad". Upanishad-Upanishad yang purba adalah sebahagian daripada Veda. Oleh itu, seperti Veda, Upanishad juga dianggap sebagai Apauruseya, yang bermaksud "bukan buatan manusia". Ayat-ayat suci Veda telah ditemui oleh para Rishi. Maka, kita boleh katakan bahawa Upanishad juga telah ditemui oleh para Rishi.

Teori-teori falsafah dalam Upanishad-Upanishad yang tertua boleh dikaitkan dengan Rishi-Rishi popular seperti Yajnavalkya, Uddalaka Aruni, Shvetaketu, Shandilya, Aitareya, Balaki, Pippalada, dan Sanatkumara. Rishi wanita seperti Maitreyi dan Gargi juga turut mengambil bahagian dalam dialog dalam Upanishad-Upanishad yang tertua.

Zaman Penulisan

sunting

Menurut tradisi, Upanishad ialah Wahyu. Ayat-ayat suci ini didedahkan oleh Tuhan pada permulaan setiap kitaran ciptaan kepada orang-orang yang berkelayakan. Maka, ayat-ayat suci ini adalah abadi.

Upanishad adalah suatu bahagian integral Veda. Oleh itu, Upanishad juga dipercayai didedahkan serentak dengan masa pendedahan Veda.

Tarikh-tarikh Rigveda adalah antara 4500 S.M. (oleh B.G.Tilak) dan 2400 S.M. (oleh Hang) dan 1200 S.M. (oleh Max Muller).

Para cendekiawan Eropah menyatakan bahawa kemungkinan Upanishad didedahkan antara 700 S.M hingga 600 S.M.

Menurut data astronomikal dalam Maitrayaniya Upanishad, B.G.Tilak mengandaikan bahawa Upanishad itu dihasilkan pada 1900 S.M. Maka, menurut Tilak dan para cendekiawan yang bersetuju dengannya, Upanishad dihasilkan antara tahun 2500 S.M. hingga 2000 S.M.

Kronologi

sunting

Para cendekiawan tidak dapat menentukan bilakah Upanishad dihasilkan. Menurut ahli falsafah dan sarjana Sanskrit, Stephen Phillips, adalah amat sukar untuk menentukan Upanishad-Upanishad yang paling tua kerana semua pendapat bergantung kepada bukti-bukti yang tidak mencukupi dan teks-teks kuno dalam bahasa yang kuno dan sukar difahami. Menurut ahli Indologi Patrick Olivelle, sebarang percubaan untuk menentukan tarikh teks-teks Upanishad yang tepat kepada beberapa kurun adalah sama seperti kestabilan rumah yang dibina dengan kad terup! Beberapa orang sarjana juga telah cuba untuk menentukan kronologi Upanishad dengan membuat perbandingan dengan teks-teks agama Buddha.

Patrick Olivelle telah memberikan kronologi Upanishad awal seperti berikut:

  • Brihadaranyaka dan Chandogya adalah dua Upanishad yang paling awal. Kedua-dua teks ini adalah sebelum teks-teks agama Buddha, iaitu lebih kurang antara kurun ke-7 hingga ke-6 S.M.
  • Taittiriya, Aitareya, dan Kausitaki adalah kumpulan kedua yang dihasilkan sebelum zaman Buddha, kemungkinan antara kurun ke-6 hingga kurun ke-5 S.M.
  • Kena, Katha, Isa, Svetasvatara, dan Mundaka kemungkinan dihasilkan pada kurun-kurun terakhir S.M.
  • Prasna dan Mandukya mungkin dihasilkan pada kurun pertama Masihi.

Stephen Phillips pula berpendapat bahawa Upanishad-Upanishad bertarikh antara 800 hingga 300 S.M. Menurutnya lagi, Brihadaranyaka, Chandogya, Isha, Taittiriya, Aitareya, Kena, Katha, Mundaka, dan Prasna Upanishad adalah ke semuanya teks-teks sebelum zaman agama Buddha dan agama Jain. Svetasvatara dan Mandukya pula mungkin serentak dengan zaman Buddha dan Jain.

Upanishad-Upanishad yang baru pula, yang juga dikenali sebagai Upanishad minor, kemungkinan dihasilkan antara kurun pertama hingga kurun ke-2 Masihi. Gavin Flood memberikan kebanyakan Yoga Upanishad tarikh antara 100 hingga 300 Masihi. Patrick Olivelle dan beberapa sarjana lain pula menandakan dua puluh Sannyasa Upanishad sebagai teks-teks kurun kurun pertama Masihi hingga 200 Masihi. Hampir separuh daripada Sannyasa Upanishad kemungkinan dihasilkan antara kurun ke-14 hingga ke-15 Masihi.

Geografi

sunting

Amnya, Upanishad dianggap sebagai dihasilkan di India utara. Kawasan ini dikelilingi lembah Indus di utara, lembah Ganges di timur, pergunungan Himalaya di utara, dan pergunungan Vindhya di selatan. Menurut para cendekiawan, Upanishad-Upanishad awal kemungkinan dihasilkan di pusat Brahmanisme purba, merangkumi kawasan Kuru-Panchala dan Kosala-Videha. Bahagian ini tersebat daripada Bihar, Nepal, Uttar Pradesh, Uttarakhand, Himachal Pradesh, Haryana, Rajasthan timur,dan Madhya Pradesh utara.

Menurut Witzel, Brihadaranyaka Upanishad kemungkinan dihasilkan di Videha, di mana rajanya, Janaka, merupakan watak utama Upanishad ini. Kemungkinan Chandogya Upanishad dihasilkan di bahagian barat India, merangkumi wilayah Kuru-Panchala.

Sebanyakan Muktikā Upanishad nampaknya berasal daripada India selatan. Dalam bab keempat Kaushitaki Upanishad, suatu lokasi bernama Kashi (Varanasi) disebut.

Bilangan & Klasifikasi

sunting

Pada masa ini, terdapat lebih 200 judul bercetak yang dikenali sebagai "Upanishad".

Di India Selatan, suatu senarai menurut Mukhya Upanishad yang diterbitkan dalam bahasa Telugu memberikan senarai 108 Upanishad. Senarai ini telah menjadi popular dan masih diikuti kini. Di India Utara pula, satu senarai 52 Upanishad lebih popular.

Sepuluh Upanishad Utama

sunting

Sankaracharya (788 - 820 M) telah memilih sepuluh Upanishad sahaja untuk menulis ulasannya. Sankaracharya juga merujuk kepada beberapa buah Upanishad lain dalam ulasan Brahmasutra. Ramanuja (1017-1137 M) pula telah menambah dua lagi Upanishad. Sekiranya kita menerima Upanishad-Upanishad ini sebagai yang paling purba dan utama, senarai berikut (menurut susunan abjad) dapat diberikan:

  • Aitareya Upaniṣad
  • Bṛhadāraṇyaka Upaniṣad
  • Chāndogya Upaniṣad
  • Īśāvāsya Upaniṣad
  • Jābāla Upaniṣad
  • Kaivalya Upaniṣad
  • Kaṭha Upaniṣad
  • Kauṣītaki Upaniṣad
  • Kena Upaniṣad
  • Māṇḍūkya Upaniṣad
  • Mahānārāyaṇa Upaniṣad
  • Muṇḍaka Upaniṣad
  • Praśna Upaniṣad
  • Śvetāśvatara Upaniṣad
  • Taittirīya Upaniṣad
  • Vajrasūcikā Upaniṣad

Klasifikasi Mukhya Upanishad

sunting

Mukhya Upanishad boleh dibahagikan kepada dua kelas menurut masa. Teks paling tua ialah Brihadaranyaka dan Chandogya.

Setiap Upanishad utama boleh dikaitkan dengan salah satu bahagian Veda yang dikenali sebagai Shakha. Pada masa ini, hanya beberapa Shakha sahaja masih wujud.

Upanishad-Upanishad baru pula kebanyakannya tidak berkaitan dengan Veda dan tidak disebut atau diulas oleh para ahli falsafah Vedanta. Bahasa Upanishad baru juga agak moden dan tidak sama dengan bahasa dalam Upanishad klasik. Oleh itu, Upanishad-Upanishad baru ini lebih mudah untuk difahami.

Hubungan Veda-Shakha-Upanishad
Veda Shakha Upanishad Utama
Rig Veda Shakala Aitareya
Sama Veda Kauthuma Chāndogya
Jaiminiya Kena
Ranayaniya
Yajur Veda Katha Kaṭha
Taittiriya Taittirīya dan Śvetāśvatara[2]
Maitrayani Maitrāyaṇi
Hiranyakeshi (Kapishthala)
Kathaka
Vajasaneyi Madhyandina Isha dan Bṛhadāraṇyaka
Kanva Shakha
Atharva Veda Shaunaka Māṇḍūkya dan Muṇḍaka
Paippalada Prashna Upanishad

Kaitan dengan Veda

sunting

Semua Upanishad boleh dikaitkan dengan Veda - Rigveda, Samaveda, Yajurveda dan Atharvaveda. Dalam zaman moden, Upanishad-Upanishad yang terkandung dalam Veda diasingkan daripada bahagian-bahagian Brahmana dan Aranyaka, dan diterbitkan sebagai teks-teks berasingan.

Senarai berikut memberikan kaitan Upanishad dengan empat Veda. Namun, senarai ini bukan muktamad. Terdapat juga beberapa senarai lain yang berbeza. Di India Selatan, misalnya, senarai yang digunakan adalah menurut senarai dalam Muktika Upanishad yang diterbitkan dalam bahasa Telugu. Senarai ini menjadi popular dalam kurun ke-19 dan kini, ianya popular sebagai senarai 108 Upanishad. Di India utara pula, terdapat suatu senarai 52 Upanishad.

Muktikā Upanishad menyenaraikan 108 Upanishad yang dibahagikan seperti berikut: 13 Upanishad awal yang dinamakan mukhya (utama), 21 sebagai Sāmānya Vedānta, 20 sebagai Sannyāsa, 14 sebagai Vaishnava, 12 sebagai Shaiva, 8 sebagai Shakta, dan 20 sebagai Yoga. Senarai 108 Upanishad menurut Muktikā adalah seperti dalam rajah di bawah. Upanishad utama atau mukhya Upanishads adalah yang paling penting dan popular.

Hubungan Veda-Upanishad
Veda Bil. Mukhya[3] Sāmānya Sannyāsa[4] Śākta[5] Vaiṣṇava[6] Śaiva[7] Yoga[8]
Ṛigveda 10 Aitareya, Kauśītāki Ātmabodha, Mudgala Nirvāṇa Tripura, Saubhāgya-lakshmi, Bahvṛca - Akṣamālika Nādabindu
Samaveda 16 Chāndogya, Kena Vajrasūchi, Maha, Sāvitrī Āruṇi, Maitreya, Brhat-Sannyāsa, Kuṇḍika (Laghu-Sannyāsa) - Vāsudeva, Avyakta Rudrākṣa, Jābāli Yogachūḍāmaṇi, Darśana
Krishna Yajurveda 32 Taittiriya, Katha, Śvetāśvatara, Maitrāyaṇi[note 1] Sarvasāra, Śukarahasya, Skanda, Garbha, Śārīraka, Ekākṣara, Akṣi Brahma, (Laghu, Brhad) Avadhūta, Kaṭhasruti Sarasvatī-rahasya Nārāyaṇa, Kali-Saṇṭāraṇa Kaivalya, Kālāgnirudra, Dakṣiṇāmūrti, Rudrahṛdaya, Pañcabrahma Amṛtabindu, Tejobindu, Amṛtanāda, Kṣurika, Dhyānabindu, Brahmavidyā, Yogatattva, Yogaśikhā, Yogakuṇḍalini, Varāha
Shukla Yajurveda 19 Bṛhadāraṇyaka, Īśa Subala, Mantrika, Niralamba, Paingala, Adhyatma, Muktika Jābāla, Paramahaṃsa, Bhikṣuka, Turīyātītavadhuta, Yājñavalkya, Śāṭyāyaniya - Tārasāra - Advayatāraka, Haṃsa, Triśikhi, Maṇḍalabrāhmaṇa
Atharvaveda 31 Muṇḍaka, Māṇḍūkya, Praśna Ātmā, Sūrya, Prāṇāgnihotra[11] Āśrama, Nārada-parivrājaka, Paramahaṃsa parivrājaka, Parabrahma Sītā, Devī, Tripurātapini, Bhāvana Nṛsiṃhatāpanī, Mahānārāyaṇa (Tripād vibhuti), Rāmarahasya, Rāmatāpaṇi, Gopālatāpani, Kṛṣṇa, Hayagrīva, Dattātreya, Gāruḍa Atharvasiras,[12] Atharvaśikha, Bṛhajjābāla, Śarabha, Bhasma, Gaṇapati Śāṇḍilya, Pāśupata, Mahāvākya
Jumlah Upanishads 108 13[note 2] 21 19 8 14 13 20

Mazhab-mazhab Vedanta

sunting

Upanishad merupakan salah satu daripada tiga sumber utama mazhab-mazhab Vedanta, di samping Bhagavadgita dan Brahmasutra. Pelbagai intepretasi berlainan dapat diberikan kepada ajaran-ajaran Upanishad. Amnya, mazhab-mazhab Vedanta cuba untuk menjawab persoalan mengenai perhubungan antara Brahman dan Atman, dan perhubungan antara Brahman dan dunia. Oleh itu, mazhab-mazhab Vedanta dinamakan mengikut pandangannya terhadap perhubungan antara Brahman dan Atman.

Lain-lain mazhab Vedanta termasuklah Dvaitadvaita oleh Nimbarka, Suddhadvaita oleh Vallabha, dan Acintya Bhedabheda oleh Sri Krishna Chaitanya.

Sankaracharya telah memberikan ulasan untuk 11 Upanishad utama.

Advaita Vedanta

sunting

(Artikel utama :Falsafah Vedanta)

Advaita secara literal bermaksud "ketidakduaan". Ini adalah suatu sistem pemikiran monistik. Brahman dan Atman (Diri) bukan dua entiti berlainan.

Antara semua mazhab Vedanta, Advaita Vedanta merupakan mazhab falsafah India yang paling berpengaruh. Pelopor falsafah ini ialah Gaudapada yang memberikan prinsip-prinsip asas falsafah Advaita dalam ulasannya terhadap ayat-ayat bercanggah Upanishad. Idea-idea ini, kemudiannya diperkembangkan oleh Sankaracharya.

Menurut King, karya utama Gaudapada, Māṇḍukya Kārikā, penuh dengan terminologi falsafah dan analogi agama Buddha. Menurut King juga, penulisan Sankaracharya mempunyai perbezaan ketara dengan Brahmasutra, dan bahawa idea-idea utama Sankaracharya bercanggah dengan idea-idea Upanishad. Sebaliknya, S.Radhakrishnan berpendapat bahawa, pandangan Sankaracharya adalah terus.

Upanishad-Upanishad mengandungi empat ayat, Mahāvākya (Ayat-ayat Hebat), yang digunakan oleh Shankaracharya untuk membuktikan Atman dan Brahman sebagai kebenaran sastera:

Terjemahan

sunting

Upanishad-Upanishad telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing termasuk Persia, Itali, Urdu, Peranchis, Latin, Jerman, Inggeris, Belanda, Poland, Jepun, Sepanyol dan bahasa Russia. Semasa pemerintahan Akbar, (1556–1586), Upanishad diterjemahkan buat pertama kali ke dalam bahasa Persia. Sultan Mohammed Dara Shikoh, cicit Akbar, telah menerbitkan suatu koleksi yang bernama Oupanekhat pada tahun 1656. Dalam koleksi ini, 50 Upanishad telah diterjemahkan daripada bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Persia.

Anquetil Duperron, seorang Peranchis, menerima satu manuskrip Oupanekhat dan menterjemahkannya daripada bahasa Persia ke dalam bahasa Peranchis dan Latin. Terjemahan Latin, bernama Oupneck'hat, telah diterbitkan dalam dua jilid di antara tahun 1801-1802. Terjemahan Peranchis tidak pernah diterbitkan. Maka, versi Latin telah memperkenalkan ajaran Upanishad ke dunia barat. Walau bagaimanapun, menurut Paul Deussen, para penterjemah Persia telah menterjemahkan secara bebas dan telah mengubah maksud pada beberapa tempat.

Terjemahan pertama Aitareya Upanishad daripada Sanskrit ke dalam bahasa Inggeris telah dilakukan oleh Colebrooke pada tahun 1805. Terjemahan pertama Kena Upanishad pula dilakukan oleh Raja Rammohan Roy pada tahun 1816.

Terjemahan Jerman yang pertama dikeluarkan pada tahun 1832.

Upanishad versi Inggeris mula-mula dikeluarkan pada tahun 1853 oleh Roer. Namun, pada tahun 1879 and 1884, Max Muller mengeluarkan edisi Inggeris yang sistematik dengan memasukkan semua 12 Upanishad utama.

Selain daripada itu, Robert Ernest Hume telah menterjemahkan 13 Upanishad utama, Paul Deussen menterjemahkan 60 Upanishad, Sarvepalli Radhakrishnan menterjemah 18 Upanishad, dan Patrick Olivelle menterjemah 32 Upanishad.

  1. ^ Parmeshwaranand classifies Maitrayani with Samaveda, most scholars with Krishna Yajurveda[9][10]
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mukhya101213
  1. ^ S Radhakrishnan, The Principal Upanishads George Allen & Co., 1951, pages 22, Reprinted as ISBN 978-8172231248
  2. ^ Lal 1992, m/s. 4090.
  3. ^ Peter Heehs (2002), Indian Religions, New York University Press, ISBN 978-0814736500, pages 60-88
  4. ^ Patrick Olivelle (1992), The Samnyasa Upanisads, Oxford University Press, ISBN 978-0195070453, pages x-xi, 5
  5. ^ AM Sastri, The Śākta Upaniṣads, with the commentary of Śrī Upaniṣad-Brahma-Yogin, Adyar Library, Templat:Oclc
  6. ^ AM Sastri, The Vaishnava-upanishads: with the commentary of Sri Upanishad-brahma-yogin, Adyar Library, Templat:Oclc
  7. ^ AM Sastri, The Śaiva-Upanishads with the commentary of Sri Upanishad-Brahma-Yogin, Adyar Library, Templat:Oclc
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ayyangaryoga
  9. ^ Parmeshwaranand 2000, m/s. 404–406.
  10. ^ Paul Deussen, Sixty Upanishads of the Veda, Volume 1, Motilal Banarsidass, ISBN 978-8120814684, pages 217-219
  11. ^ Prāṇāgnihotra is missing in some anthologies, included by Paul Deussen (2010 Reprint), Sixty Upanishads of the Veda, Volume 2, Motilal Banarsidass, ISBN 978-8120814691, page 567
  12. ^ Atharvasiras is missing in some anthologies, included by Paul Deussen (2010 Reprint), Sixty Upanishads of the Veda, Volume 2, Motilal Banarsidass, ISBN 978-8120814691, page 568